Sekitar minggu perkongsian ilmu

Sekitar minggu perkongsian ilmu

Assalamualaikum dan selamat hari selasa semua,

mungkin ramai yang sedang menanti pengumuman tugasan ketiga dan juga pengumuman cabutan bertuah, beberapa hari ini sejak khamis lalu, aku sibuk dengan beberapa majlis ilmu yang dihadiri, sekali sekala pergi ke Kuala Lumpur memang kebiasaannya banyak urusan luar yang perlu diselesaikan.

Bermula pada hari khamis dengan aktiviti bersama Google Devfest yang diadakan di Berjaya Times Square, aktiviti yang memberikan ulang kaji yang bagus untukt teknologi-teknologi yang disediakan oleh pihak Google. Kemudian pada hari Sabtu bersama Denaihati Network menjadi pengajar untuk sesi WP Private Training, walaupun ada sedikit kesulitan pada awalnya, majlis ilmu itu berjaya juga diselesaikan berkat kerjasama para peserta dan bro denaihati kita.

Perasmian majlis oleh Tun Mahathir

Tetamu yang hadir di majlis Dr Zakir Naik di PWTC

Petang sampai ke malam ahad, aku membawa akak dan emak ke majlis bersama Dr. Zakir Naik, majlis ilmu yang mendapat begitu ramai peserta dari sekitar tanahair ini memang boleh membuka minda untuk berfikir dengan lebih mendalam disebalik sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr. Zakir Naik. Namun begitu, aku menghadapi pelbagai halangan sebelum boleh mendengar ceramah beliau dengan selesa.

Hari ini, seawal jam 6.15 pagi aku keluar daripada rumah untuk menghadiri Technical Training yang di adakan di hotel Intercontinental Kuala Lumpur, majlis anjuran HackInTheBox ini memberi ruang untuk aku menambah pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan laman sesawang, terutama dalam bidang keselamatan. Esok adalah hari kedua aku akan menghadiri bengkel ini, semoga semuanya akan berjalan lancar, banyak perkara yang aku ingin pelajari dari bengkel ini.


Kepada rakan-rakan peserta aktiviti Blogging Contest Eizil.com jangan lupa untuk menghantar tugasan kedua yang telah diumumkan dalam artikel Perancangan dan Impian yang ingin dicapai. Jikalau anda sudah menghantar tugasan kedua, terima kasih aku ucapkan, aku mohon maaf kerana ada beberapa artikel yang dihantar pada minggu ini tidak sempat untuk dibaca lagi. Namun usah gusar, aku akan menilai semua artikel dengan sebaik-baiknya selepas ini. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
09 October 2012 00:33
23 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.