Sejauh mana keikhlasan kita berkongsi sesuatu ilmu?
Assalamualaikum dan salam seribu satu senyuman kepada semua,
benda ni seringkali bermain-main di fikiran, banyak lagi perkara lain, tapi kali ini ingin meluahkan dalam bentuk penulisan pula. Seringkali isu memberi kredit atau backlink menjadi bualan dalam alam maya ini. Semua pihak ingin memastikan hak cipta atau hak milik mereka terpelihara. Aku juga sebelum ini begitu, namun setiap kali aku berfikir mengenai punca sebenar aku menulis sesuatu itu, aku mulai menukar persepsi aku dalam bidang hak cipta atau hak milik ini. Terutama sekali dalam bidang penulisan dan perkongsian ilmu di blog atau alam maya ini.
Memang benar, ada perkara yang kita ingin pastikan hak cipta terpelihara kerana khuatir ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan menggunakan hasil penulisan atau kerja kita untuk kepentingan mereka (seperti contoh untuk mendapatkan tender/projek dan sebagainya). Namun dalam banyak hal, aku rasa sekiranya ilmu yang dikongsikan itu disampaikan kepada orang lain, tanpa memberikan kita kredit sebagai penulis asal sesuatu artikel itu, aku rasa ianya sudah memadai. Sekurang-kurangnya ilmu yang hanya pinjaman kepada kita itu berjaya disalurkan kepada orang lain. Jika kita mengungkit-ngungkit ilmu yang disampaikan, sama-samalah kita musahabah semula diri ini, sejauh mana keikhlasan kita dalam menyampaikan sesuatu ilmu itu.
Seringkali juga kita mendengar, membaca atau melihat, sesetengah pengajar yang seringkali memberi ancaman, tidak akan menghalalkan ilmu yang telah diajar oleh mereka dan sebagainya. Walaupun mungkin sekadar ingin memberi ugutan agar anak murid melakukan kerja rumah dan sebagainya, bagi aku, ini adalah satu konsep atau perbuatan yang tidak bagus untuk diamalkan, kerana ilmu itu adalah antara saham yang boleh berkembang selagi mana anak-anak murid atau sesiapa sahaja mengamalkannya. Bahkan, sekiranya ilmu yang kita kongsikan itu, berjaya membuat mereka berjaya dan beramal soleh, pasti dan pasti kita ada juga mendapat tempias daripada perbuatan baik mereka semua.
Saban hari aku cuba menerapkan prinsip ini, usahlah terlalu gusar sekiranya ada yang menyalin bulat-bulat apa jua artikel atau rencana yang kita tulis, sekiranya mereka menyampaikan kepada orang lain, bersyukurlah ilmu itu telah disebarkan kepada lebih ramai orang, kerana jika berharap hanya kita sahaja yang cuba untuk mengwar-warkan ilmu itu, pastinya ianya tidak akan tersebar kepada lebih ramai orang. Biarlah tiada kredit sekalipun, sekiranya kita benar-benar yakin dengan janji Allah, setiap perbuatan yang baik pasti akan menerima balasan yang baik, jika demikian, kenapa perlu risau tentang perkara yang remeh seperti itu?
Sekadar berkongsi apa yang seringkali terpendam jauh di sudut hari, semoga kita menjadi lebih ikhlas dalam melakukan apa juga pekerjaan atau tugasan yang diamanahkan. Sama-sama cuba kita menghidupkan slogan bro denaihati, hidupkan untuk memberi, jadi berilah apa jua yang kita mampu, dari ilmu, wang ringgit, kasih sayang dan sebagainya. Wallahualam.
Pengkongsian yg jelas perlu diterapkan,
Supaya ramai yg akan memahami,
Jangan hanya ingin mendapatkan kepujian,
Tapi berbakti hanya kerana Ilahi.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Ikut macam guru mengajar di sekolah,
Mendidik dan menerapkan segala ilmuan,
Untuk dijadikan pelajar yg bermaruah,
Dengan segala pengajaran yg amat memerlukan.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Semakin kita banyak mencari ilmu,
Semakin banyak lagi ilmu yg belum dipelajari,
Semakin banyak kita berkongsi ilmu,
Semakin banyak lagi ilmu yn belum dikongsi.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Ilmu yang ada amat terpuji,
Bila dikongsi lagi terpuji,
Supaya yg tak tahu dpt mengerti,
Barulah hidup kita Allah berkati.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Jarang nak jumpa manusia sempurna,
Pasti ada rahsia yang perlu dipertahan,
Walaupun berkongsi ini boleh diberi kepada sesiapa,
Namun ada juga yang perlu disimpan.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Ilmu dikongsi perlu ikhlas,
Barulah hidup lebih jelas,
Semoga Allah saja yg balas,
Jangan pula nak kongsi terasa malas.
sensasi2020 menulis » Pantun Nasihat
Konsi ilmu banyak harganya,
Boleh memberi org lain keilmuan,
Pendapat diambil pasti byk setujunya,
Kerana ilmu tidak habis jika diberikan.
sensasi2020 menulis » Pantun Nasihat
Ilmu ditimba takkan habis,
Ibarat menimba di lautan luas,
Apa yang ada perlulah ikhlas,
Semoga rezeki kita semakin deras.
sensasi2020 menulis » Pantun Nasihat
Ilmu yang ada pwerlu dikongsi,
Baru hidup lebih bererti,
Ada pahala jika diberi,
Tak rugi utk anak bangsa sendiri.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Hidupkan untuk memberi tema Denaihati,
Selalu memberi segalam ilmu di dada,
Tak pernah bersuara tentang ilmu diberi,
Sentiasa ada saja entri utk rakan-rakan baca.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
ilmu utk dikongsi bukan hak peribadi…
auc dot com menulis » Jom Tengok Hantu Dengan Kayu Koka
betullah tu bro… semoga kita senantiasa cuba menyampaikan ilmu kepada yang lain…
Ilmu yang ada anugerah Ilahi,
Perlulah sama-sama berkongsi,
Cuma rahsia suami isteri kena jagai,
Kalau yg lain “Hidupkan Untuk Memberi”.
sensasi2020 menulis » Pantun Nasihat
kadang-kadang suakr nak jumpa manusia yang sudi kongsi ilmunya 100%..ni yang nyata la di alam pekerjaan…
Hafizul menulis » Pemenang Tak Rasmi Contest Eyriqazz Vs Denaihati
[...] Jer Link Baik Punya [...]
[...] Jer Link Baik Punya [...]
seronok bila kita berjaya berkongsi ilmu bersama rakan2 bila hati betul2 ikhlas

cik tom menulis » Cara Nak Cash Out Duit Says mudah jer
itulah kan, kalau kita berkongsi ilmu dengan ikhlas, kepuasan dia tidak terhingga.
betul tu ciktom..tak sukar mana pun nak tulis secara ikhlas..satu kita beri, 10 yang akan kita dapat..hehe
Hafizul menulis » Pemenang Tak Rasmi Contest Eyriqazz Vs Denaihati
sebab berkongsi ilmu adalah untuk memberitahu kepada mereka yang tidak tahu. iklas itu penting
lewisdotmy menulis » Senarai Website Untuk Simpan Gambar Percuma
Antara sebab saya menulis blog ini berkongsi sesuatu. Walaupun tidak selalu Alhamdulillah ada berkongsi pengalaman untuk kebaikan pembaca.
akubiomed menulis » DIY Proton Gen2 Power Window Regulator
Benar. Tulis ilmu yang baik dan jauhi cerita yang kurang bermanfaat. Banyak faedah kepada sang penulis.

Firdaus Latib menulis » Pengaruh Pelawat Dengan Blog Commenting