Samsung Galaxy S Advance

Samsung Galaxy S Advance

Assalamualaikum dan salam hujung minggu,

hujung minggu kunjung tiba sekali lagi, pasti ramai yang menantikan hari-hari sebegini, aku ada tugasan penting yang perlu diselesaikan hari ini, semoga semuanya berjalan lancar. Tempoh hari apabila si hitam manis rosak, aku hantar ke kedai untuk mengetahui kos untuk baiki telefon tersebut, namun selepas sehari, aku mendapat berita yang memang tidak menyenangkan, kos untuk baik pulih si hitam manis mencecah RM500. Walaupun aku memang sayang dengan telefon yang aku perolehi dari program Maxis 10 itu, namun kos baik pulih sudah menyamai harga telefon baru, jadi aku mengambil keputusan untuk melupakan hasrat membaiki telefon tersebut.


Pada mulanya aku rasa seperti ingin mencari telefon BlackBerry lagi, namun atas sebab-sebab berkaitan dengan kerjaya dan projek akan datang, aku mengambil keputusan untuk membeli telefon Android. Aku cuba untuk mencari telefon dalam lingkungan harga RM500, namun kebanyakan telefon yang menggunakan sistem operasi android dalam lingkungan harga ini kebanyakan saiznya agak kecil. Sebelum ini memang aku selesa dengan si hitam manis sebab ada skrin sentuh dan juga papan kekunci QWERTY yang memudahkan aku untuk menaip. Apabila perlu bertukar ke telefon skrin sentuh sepenuhnya, aku mencari saiz telefon yang sedikit besar agar tidak terlalu sukar untuk menaip nanti.

Setelah mencari, ada dua pilihan yang menarik perhatian aku, satu HTC One V dan juga Samsung Galaxy S Advance, pilihan pertama iaitu HTC One V menggunakan Android versi Ice Cream Sandwich dan dilengkapi dengan waranti selama 2 tahun (promosi sekarang, jika tidak hanya setahun). Manakala Samsung Galaxy S Advance menggunakan Android Gingerbread dan waranti hanya setahun. Setelah mencuba kedua-dua telefon, secara dasarnya kedua-dua telefon bagi aku memberikan keselesaan kepada pengguna. Namun begitu, aku lebih berminat dengan rekabentuk Samsung Galaxy S Advance dan akhirnya model ini yang menjadi pilihan.

Setakat ini memang aku masih kekok untuk menaip menggunakan skrin sentuh sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya, semua email sudah dapat di baca melalui telefon semula, beberapa hari tanpa telefon pintar membuatkan banyak kerja-kerja tergendala ketika aku keluar. Semoga telefon ini akan berkhidmat untuk jangka masa yang lebih panjang lagi. Berikut adalah sedikit spesifikasi ringkas telefon ini.

Platform

  • 850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz GSM & EDGE Band
  • 850 / 900 / 1,900 / 2,100MHz 3G Band
  • GPRS supported
  • EDGE supported
  • HSPA 14.4 / HSUPA 5.76
  • Android 2.3 (Gingerbread)
  • Android Browser

Regional Availability

  • Global GSM – MEA/SEA/SWA/LA/CHN

Physical Specifications

  • 120g Weight
  • 123.20 x 63.00 x 9.69mm in dimension

CPU

  • STE U8500 (Dual ARM cortex A9)
  • Dual 1GHz CPU Clock Rate

Design

  • Full Touch Form Factor

Display

  • 4.0″ WVGA 16M Super AMOLED
  • 480 x 800 Resolution
  • 4.0 inch

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
09 June 2012 08:28
12 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • es 8 January 2013 at 21:26

    salam. bro harga terkini s advance ni berape ?

  • Hafizul 20 September 2012 at 12:41

    smart arr samsung ni..hehe
    Hafizul menulis » Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] JertehMy Profile

  • marou apple hijau 7 September 2012 at 22:30

    wah macam best.
    ni pun tgh servay review pasal samsung s advance.
    kena beli ni

  • eddie 1 July 2012 at 1:03

    dah lama sgt pulak rasanya samsung wave aku nie…brape harag nie bro

    • eizil 4 July 2012 at 1:04

      time beli aritu seribu lebih, skangni dah boleh dapat dalam 800++…

  • aimannajmy 21 June 2012 at 5:10

    wah bro pun pakai samsung galaxy series jugak huhu.. terbaiklah.. welcome to the club bro! huhu
    aimannajmy menulis » Mari melukis dengan Samsung Galaxy S2 part 2My Profile

  • akubiomed 16 June 2012 at 2:59

    Saya pernah tolong setup tablet yang mengunakan OS Android walaupun tidak pernah memiliki gajet Android. Bagi saya gajet berasaskan OS Android ini mudah digunakan.

    Telefon yang saya rada sukar yang pernah saya guna adalah Window Mobile untuk PDA Atom.
    akubiomed menulis » Pelancaran Kawasaki D-Tracker 150 berciri MotardMy Profile

  • nurmisnan 11 June 2012 at 21:02

    Plan sebenarnya na tunggu LTE tapi lambat lagi gamaknya..
    lagipun phone skrg tidak support utk service ini..

    Lambat sgt kena grab juga Samsung ni.. hik3

  • Anarm 9 June 2012 at 16:54

    wow!! dah bleh join geng androider la lepas ni.. hehe.. apalagi.. root.. root.. pasang custom rom.. keh3.. :P
    Anarm menulis » Mencari Rumah Sewa BerdekatanMy Profile

    • eizil 9 June 2012 at 17:43

      hahaha… kalau root nanti waranty void plaks… tunggu aa dulu… :D