Resipi: Kerabu Mangga ringkas

Assalamualaikum dan selamat hari sabtu semua,

kali ni nak berkongsi resipi mudah untuk membuat kerabu mangga yang sedap. Resipi kali ni adalah perkongsian oleh isteri aku, kebetulan pohon mangga di depan rumah kembali berbuah, kami mengambil mangga yang masih muda untuk dijadikan hidangan berbuka puasa.


resipi kerabu mangga Resipi: Kerabu Mangga ringkas

Bahan-bahan

  1. Mangga muda
  2. ikan (cthnya ikan kembung atau lain-lain yang bersesuaian)
  3. Cili api
  4. Garam dan gula
Cara membuatnya
  1. Bakar ikan, kemudian asingkan isi dari tulang ikan tersebut.
  2. Mangga muda disagat atau menggunakan pisau potong halus.
  3. Cili api ditumbuk bersama isi ikan bakar tadi, kemudian tambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Gaul mangga bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
  5. Siap untuk dihidang.
Mudah bukan? Hidangkan bersama lauk-pauk yang lain, pasti akan membuka selera semasa berbuka puasa mahupun di masa-masa yang lain. Selamat mencuba.

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

    • menulis

      selain ikan nak ganti ngan lain-lain erk, boleh aa kot kalau nak cuba, mungkin ganti ngan hirisan udang ke… atau apa bahan lain yang dirasakan sesuai… :D tak pernah cuba lagi stakat ni.

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.