Resepi: Terubuk bakar bersama air asam.

Resepi: Terubuk bakar bersama air asam.

Hari ni teringin nak makan ikan bakar pulak, sebenarnya dari aritu lagi. Tapi harini mak aku beli ikan terubuk plaks pagi tadi… perghh… memang okay sangat aa tu kan… untuk dibakar… so aku baru jer lepas menikmati ikan terubuk bakar bersama air asam tadi… hehehe… ni aku nak kongsi resepi dia plaks… resepi orang bujang jer… lalalala….


Bahan-bahan:

  • untuk ikan bakar
    • cili kering, bawang, air (dikisar untuk dijadikan cili kisar)
    • serbuk kunyit
    • garam
  • untuk air asam
    • cili besar 3 biji
    • cili api 5 biji
    • bawang merah 2 biji
    • belacan
    • limau nipis
    • garam
    • gula
    • kicap

cara-cara:

  • untuk ikan bakar
    • gaul bahan yang telah dikisar bersama-sama garam dan kunyit ke atas ikan
    • seeloknya belah di tengah2 tulang belakang ikan untuk disumbat sambal yang dikisar tadi
    • balut dengan daun pisang
    • kemudian bakar di atas dapur dengan api yg kecil
  • untuk air asam
    • patahkan cili besar dan cili api
    • bakar belacan menggunakan api dapur
    • masukkan cili api, cili besar, belacan, bawang merah ke dalam lesung batu
    • tumbuk sehingga hancur/lumat (walaupun saya suka meninggalkan cili tersebut sedikit kasar)
    • setelah lumat, masukkan garam dan gula secukup rasa
    • tambahkan sedikit kicap dan perahan air limau nipis
    • gaul sehingga rata, air asam sedia untuk di makan

setelah ikan masak… bolehlah di makan dengan nasi panas atau ratah ikan itu begitu sahaja dengan air asam. Memang membuka selera di waktu tengahari… hehehe… kat bawah ni ada beberapa gambar ikan terubuk bakar dan air asam. selamat mencuba!.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
28 May 2009 05:26
8 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Rina AVAIL a.k.a cik betty 22 June 2011 at 15:55

    x amik gambar ikan tu sbb x lawa..kikiki..jd x kongsilah resipi..
    Rina AVAIL a.k.a cik betty menulis » #Wordless Wednesday 2My Profile

    • eizil 22 June 2011 at 16:12

      owhh erk… hehehe… pinjam jer gambar ikan yang lain… yang penting resepi tuh… :D

  • Rina AVAIL a.k.a cik betty 15 June 2011 at 9:27

    dah masak pon ikannya..ubahsuai dr resipi di sini..hehe
    Rina AVAIL a.k.a cik betty menulis » NostalgiaMy Profile

    • eizil 21 June 2011 at 23:50

      Owh yer, bestnya… hehehe… nanti kongsilah resepi yang diubahsuai tuh plaks… :D boleh saya cuba

  • Rina AVAIL a.k.a cik betty 1 June 2011 at 10:21

    sdg mencari reipi ikan terubuk dan terjumpa blog ini..alang-alang drop komen sekali..

    • eizil 6 June 2011 at 20:56

      terima kasih Rina sebab sudi tulis komen… :) dah jumpa ke resipi ikan terubuk yang dicari?

  • mis 14 September 2010 at 17:34

    nampak macam sedap sesangat……nak cuba la…..

  • hajarwan 5 September 2009 at 16:06

    Hi,
    I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. Great post, concise and easy to understand. I like this post..
    I found out that this blog is very interesting and informative.
    Best of luck to you!

    Cheers,