Resepi: Scone
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
Waktu aku dan family pergi ke melihat Kehijauan Bumi Malaysia tempoh hari, isteriku membeli scone dari tea house di ladang teh Bharatt. Scone adalah salah satu makanan kegemaran beliau. Disebabkan harga yang terlalu mahal di situ, sekadar membeli set 2 ketul sahaja, itupun dah berharga RM12 satu set. Aku berjanji dengannya, nanti aku buatkan scone ni kat rumah.
Disebabkan kesibukan dengan kerja yang bertimbun, semalam baru aku berkesempatan untuk mencuba membuat scone ini.
Percubaan kali pertama membuat scone. Aku ambil resepi dari sini. Resepinya adalah seperti berikut:
Bahan-bahan:
2 cups (260 grams) all-purpose flour
1/4 cup (50 grams) granulated white sugar
2 teaspoons (10 grams) baking powder
1/4 teaspoon salt
1/3 cup (76 grams) cold unsalted butter, cut into pieces
1 large egg, lightly beaten
1 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup (120 ml) whipping cream or milk
So setelah selesai menyediakan bahan-bahan, aku pun mula mencampurkan Tepung, Gula, Baking Powder dengan Garam di dalam mangkuk besar. Aku gaulkan supaya rata.
setelah digaul, campurkan butter yang dipotong sehingga menjadi seperti serbuk roti yang kasar (camner jer nak tulis yang ni erk). Seperti gambar di bawah.
Kemudian, dalam bekas yang berasingan, campurkan susu/whipped cream, vanilla dan telur yang dipukul lembut. Aku gunakan susu tapi pastikan anda mengurangkan jumlahnya kerana kalau tidak, adunan anda akan terlalu cair. Masukkan campuran ini kedalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan itu boleh diuli. Kemudian gelek adunan tersebut mengikut ketebalan yang anda gemari dan gunakan penekap untuk membuat bentuk. Aku tidak ada penggelek, so aku sekadar bulatkan menggunakan tangan (teknik orang tak cukup peralatan).
Kemudian panaskan dapur anda kepada suhu 190 darjah celcius kemudian masukkan scone yang telah disediakan.
bakar selama 15-18 minit atau sehingga scone anda cukup masak (bila cucuk ngan lidi, takder kesan tepung yang tertinggal). Sepatutnya sebelum masukkan dalam dapur pembakar, perlu menyapu cream sebagai glaze di atas scone tersebut untuk hasil yang lebih menarik, tapi aku takder berus dan sebagainya, so takder glaze untuk scone kali ni.
Kemudian anda boleh memotong scone ini dan menambah cream bersama jem kegemaran masing-masing untuk menikmati keenakan scone ini. Tidak lupa juga teh sebagai pelengkap hidangan ini. Kalau yang minat kopi tu, still kena minum teh juga, sebab memang itu gabungan yang mantap untuk scone ni. Aku seperti biasa melengkapkan dengan meminum teh hijau kegemaran. ![]()
So selepas waktu berbuka puasa, isteri aku pun mencuba scone buatan aku ni. Aku pun tanya aa, ada rasa scone ke? Dia mengangguk2 sambil meneruskan kunyahan sconenya. Kemudian selepas itu dia kata “Sedap!”. Tersenyum kepuasan bila dapat menunaikan janji selain dapat melihat keseronokan di raut wajah isteri menikmati scone buatan sendiri.
Modal untuk aku buat scone kali ini tak sampai RM10, tapi dapat membuat 9 ketul scones. Kalau beli kat tea house tu dah dekat RM60 dah tu. Memang berbaloi kalau masak sendiri ni. Kepada yang lain, selamat mencuba







akak pun nak cuba gak buat scone ni…ye la start jatuh cinta dngn scone ni pown kt cameron highlands barat.
che aishah menulis » Mengenalpasti kod tambahan dalam theme WordPress
selamat mencuba kak…
Nak cuba jugak. Thanks for sharing
tq la ajar resepi tu….
ur welcome… selamat mencuba
mau share kat blog sy ye…. credit ke link ni..
Izzlin menulis » Tiring Week!
Okay Izzlin, dipersilakan…
Assalamualaikum Eizl,
kebetulan tgh puasa juga ni…lalu berdendanlah perut melihat scone tu…
resepi yang simple dan flexible untuk untuk si suami buat suprise pada isterinya…
t/kasih eizil
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard work smart & creative”
Assalamualaikum
Wassalam pemburu impian,
selamat berpuasa, bolehlah jadikan scone sebagai resepi untuk berbuka arini
wah best betul dapat jadi cheff ni hehehe
ishak menulis » Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda
dah best… apa lagi bro… hehehe…
Ya Allah laki sape yg rajin banget ni..heheheh
catzer menulis » Buku Percuma Edisi Kemas Gobok
hehehe… itu kena tanya isteri laki tu baru lerh tahu…
scone ni orang kata cucoq ke? kuih ke? roti atau biskut?
ehhehehe blur. macam sedap
Luth Textile menulis » Gajet oh gajet-
dia dalam kategori roti segera… kalau tak pernah try, lerh gi kat kedai-kedai roti atau coffee house untuk cari scone ni… tapi tak banyak kedai jual