Resepi: Samosa daging

Resepi: Samosa daging


Video cara-cara melipat samosa

Hari ni aku sajer nak kongsi resepi Samosa yang ringkas dan mudah untuk dibuat oleh sesaper sajer… hehehe… :D

Bahan-bahan

  • 300gm Daging cincang
  • 3 tangkai daun bawang (diricik)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2-3 biji kentang (bergantung kepada saiz kentang)-dipotong dadu
  • kulit popia bersaiz besar
  • air
  • garam + gula
  • serbuk kari (bancuh dengan air)
  • cili giling/cili boh

Cara-cara membuat


  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili boh sehingga cili boh agak garing.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh
  3. biarkan sebuk kari itu ditumis sehingga agak garing
  4. Masukkan daging cincang
  5. masukkan sedikit air, kemudian masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Tambah air jika perlu. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Biarkan masak sehingga kuah inti itu kering dan daging serta kentang empuk.
  7. Masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian gaul inti bersama-sama daun bawang yang telah diricik tadi.
  8. Kemudian sediakan kulit popiah seperti video di atas. Penerangan selanjutnya disediakan di dalam video di atas. :)

So pastu siaplah samosa ringkas yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa atau pada bila-bila masa yang kita nak… hehee… :D Kat bawah ni ada rupa samosa yang belum digoreng dan selepas digoreng.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
21 September 2008 13:44
2 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • eizil 23 September 2008 at 0:41

    hehehe… sure… :D no problemo… ;)

  • waniee 22 September 2008 at 22:23

    ergh. that looks awfully delicious eizil.. buat utk akuu bile u balek nanti banggg… *kekenyet!!