Resepi: Roti Sardin

Resepi: Roti Sardin

Harini tadi aku buat roti sardin, tapi yang ni agak istimewa sebab aku guna roti perancis yang panjang tu untuk buat roti ni. Mungkin ada sesetengah tak berapa suka roti tu, tapi bagi aku, roti tu menarik untuk dibuat roti seperti mana yang aku buat ni. hehehe… kalau rasa nak cuba, bolehlah cuba resepi seperti di bawah ni.


Bahan-bahan:

  • Roti perancis sebatang
  • Bawang merah dan bawang putih di mayang halus
  • Sardin 2 tin
  • Daun bawang diricik halus
  • Serbuk kari
  • Telur 4 biji
  • Garam dan minyak
  • Cili Kisar

Cara-caranya:

  • Mula tumis bawang putih bersama sedikit minyak sehingga garing
  • masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili itu garing
  • Tambah ikan sardin (buang sos sardin terlebih dahulu) kemudian hancurkan
  • Tambah sedikit serbuk kari dan garam secukup rasa
  • Goreng sehingga ikan tersebut agak garing kemudian asingkan
  • Pukul 4 biji telur bersama sedikit garam di dalam bekas
  • kemudian tambah bawang merah, daun bawang dan ikan sardin yang telah di sediakan tadi
  • Gaul sehingga sebati
  • Kemudian kerat roti perancis ke bahagian yang agak kecil, kemudian belah dua, tetapi pastikan roti tidak terus putus.
  • Kemudian panaskan kuali leper, dan letak sedikit butter/minyak.
  • Curahkan campuran telur dan bahan2 lain ke atas kuali tersebut, jangan terlalu byk, cukup sekadar untuk menutupi seluruh permukaan roti tadi
  • Kemudian tekapkan permukaan roti itu ke atas campuran di atas kuali tadi, kemudian biarkan ianya masak.
  • Apabila siap, bolehlah menambah salat atau timun sebagai hiasan, atau cukup sekadar menambahkan sos jika anda suka, jika tidak, roti itu sudah sedap untuk di makan begitu sahaja.

Selamat mencuba, mungkin kali ni resepinya agak panjang sedikit. Tetapi cubalah yer, gambar terlupa nak ambil semasa penyediaan, dah siap jer baru teringat nak amek gambar, so minta maaflah kalau gambar kurang untuk penyediaan resepi kali ini.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
19 June 2009 09:40
3 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • dillhanim 19 June 2009 at 18:50

    eh, dah jadi cam blog resipi plak website ni.. hehe..

    keep it coming :)

    • eizil 19 June 2009 at 21:19

      @Rahmah: jemput laa datang sini… hehehe
      @dillhanim: hehehe… kebetulan lately ni byk plaks masak… kekekee….

  • Rahmah 19 June 2009 at 18:32

    hemm…npk sedap…nk sikit…hehehe