Resepi Ramadhan
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia diucapkan,
sudah menjadi kebiasaan kita akan bertanya mengenai menu yang kita makan semasa di bulan Ramadhan ini, dari bersahur sehinggalah kita berbuka. Tidak salah rasanya kita berkongsi menu antara satu sama lain, kerana bagi aku, secara tak langsung aku juga mendapat idea untuk apa yang ingin dihidangkan pada hari keesokkannya atau pada masa-masa yang lain. Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan, bak kata orang, Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain begitu juga dalam konteks ini, Rambut sama hitam, tapi selera lain-lain.
Salah satu hobi aku selain mengaturcara aplikasi online adalah memasak, sudah acapkali aku berkata aku merasa puas apabila mereka yang menikmati hidangan yang aku masak begitu berselera menikmatinya. Kadangkala aku cuba untuk mendapatkan resepi seringkas mungkin, dan kadangkala aku membuat resepi yang sangat kompleks ramuannya semata-mata untuk kepuasan bersama. Dalam artikel ini aku ingin berkongsi semua resepi-resepi yang telah aku tulis dalam blog aku ini sepanjang hayatnya, kebanyakan resepi ini sangat mudah dan ringkas untuk dibuat, terutama untuk hidangan berbuka puasa atau bersahur untuk anda. Jom kita lihat senarai resepi yang telah aku tulis selama ini.
Ada 13 resepi yang telah dikongsikan setakat ini, ada banyak lagi resepi yang aku ingin kongsikan, tapi belum ada kesempatan lagi, setiap hari aku sentiasa bereksperimen dengan makanan, kadangkala hasilnya kurang sedap, kadangkala pula diluar jangkaan. Sememangnya memasak ini suatu aktiviti yang menyeronokkan. Disamping aku berkongsi resepi-resepi di atas, aku juga ingin memberitahu mengenai satu lagi aplikasi yang sedang dibangunkan oleh team kureno, aplikasi yang diberi nama What To Eat ini akan memberikan anda kemudahan untuk mengisi keperluan pemakanan seharian. Aplikasi ini pasti akan membantu untuk anda mengisi perut dan seterusnya mengenyangkan ![]()

Aplikasi ini dijangkakan akan dilepaskan dalam masa terdekat, sementara ini, team kureno mengajak pengguna-pengguna twitter untuk menggunakan hashtag #menuramadhan bersama-sama dengan #berbuka atau #sahur untuk berkongsi menu hidangan masing-masing di twitter. Live tweet mengenai #menuramadhan ini ada disediakan di laman web berikut What To Eat | Menu Ramadhan. Penglibatan semua pengguna twitter di Malaysia amat dihargai, semoga aplikasi ini akan membantu anda di masa akan datang, nantikan kemunculannya













mcm mana bro boleh pandai masak?
(
yonna menulis » SayaAdaMasalahNakLetakTajuk
memula tak pandai gak, belajar satu persatu, dari yang asas, pastu praktis selalu… lelama lerh aa masak…
wahh sedap semua ni,hehehe
wazy menulis » Slot Akasia Epilog Syurga Cinta Di TV3
hahahaha nice! nanti aku share hashtag tu #menuramadhan
aku teringin nak makan itik
thanks bro… tak pernah makan itik lagi erk? ciannya, huhuhu nanti ada kesempatan kita layan itik sesama
Wow! Pandai memasak programmer ni.
hehehe… sebahagian daripada hobi bro
Aduuh~
Semuanya menu yang hebat-hebat~
hafidz menulis » Album Review – The Times The Ballad Of Jimi Acid
Menu ringkas2 jer tu bro… hehehe semua pasti boleh masak…
fuhh..lazat
amin menulis » Tampil Menarik Dengan Sliderdock
hehehe… klu lazat silalah cuba…