Resepi: Nasi goreng kacang panjang.
Beberapa hari yang lepas, mak aku tersilap beli taucu. Brand tu dia tak pernah beli, tapi sebab dia teringin nak makan masak taucu aritu, dia pun beli aaa. Pastu masak macam biasa, tapi taucu tu rasa dia sangat tak sedap. Cian mak aku, sampai terbantut terus nak makan. Aku tak sampai hati tgk mak aku tak makan disebabkan salah produk yang di beli. Aku pun tanya, mak nak makan apa jer? nasi goreng okeh tak? dia okay jer… hehehe… So aku pun bersiap2 aaa kat dapur gi buat nasi goreng.
Bahan-bahan:
- Bawang merah dan bawang putih dimayang halus
- Udang
- Kacang panjang dipotong serong
- Fishball di potong dua dan fishcake di hiris
- Bawang goreng untuk hiasan
- Minyak, sos tiram dan garam secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak di dalam kuali
- Tumis bawang putih dan bawang merah
- Bila dah naik bau, masukkan sedikit sos tiram, dan kemudian masukkan kacang panjang
- selepas seketika masukkan udang dan digoreng sehingga udang itu agak masak
- masukkan fishcake dan fishball ke dalam kuali
- goreng lagi sehingga semuanya agak garing
- tambah kacang panjang ke dalam kuali, dah goreng untuk seketika
- tambah garam secukup rasa kemudian masukkan nasi yang telah dihancurkan(jika berketul)
- Kemudian hidangkan nasi goreng bersama2 bawang goreng
Begitulah serba ringkas mengenai nasi goreng yang aku buat kali ni, walaupun dah beberapa hari aku buat, tak sempat nak tulis kat sini. hehehe… selamat mencuba kepada sesiapa yang membaca.
kat bawah ni seperti biasa aku letak gambar berkaitan dengan resepi kali ni.
sgt2 respect..
musti sodapp..
mau cube.. yeahhh….
hehehe…. sila2… cuba jangan tak cuba
wahh macam2 ada kat sini.tip memasak pn ada bgs2
meliurkannn huhu
kalau dah terliur… buat jer…
resepi dah ada kat atas tu… tinggal nak buat jer
Mak ai.. Siap ada artikel menu masakan nie.. Kompon tgh lapaq nie..
hehehe… biasa aa bro… tanpa makanan, manakan kerja boleh diselesaikan… wahahaha