Resepi: Mee Sup Daging

Resepi: Mee Sup Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam bergegas balik ke Kelantan disebabkan ada urusan penting yang kena diselesaikan. Perjalanan alhamdulillah tiada masalah, dan tidak hujan, membuatkan perjalanan tidak terganggu. Harini sekadar nak berkongsi satu resepi ringkas yang boleh dimasak oleh sesiapa sahaja. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat sedikit tetapi rasa yang diperolehi masih boleh membuatkan sesiapa yang memakannya bertambah skali lagi.

Mee sup ringkas yang sedia untuk dimakan

Bahan-bahan untuk resepi ini

  1. Daging dipotong nipis
  2. Bawang merah dan putih di ricik
  3. Mee
  4. Sedikit sos tiram, garam, dan lada hitam
  5. Daun sup

Untuk resepi ini, aku tidak menggunakan rempah sup disebabkan tujuan untuk meringkaskan resepi ini. :) Tapi jangan risau, rasanya masih sedap (hehehe boleh tanya isteri aku untuk saksi)

Cara-cara untuk memasak


  • Tumis bawang merah dan bawang putih tadi di dalam minyak yang sederhana (aku guna olive oil untuk rasa yang lebih mantap)
  • Masukkan sos tiram
  • Kemudian masukkan daging, dan goreng sementara
  • Masukkan air, dan kecilkan api, biarkan air itu mendidih sehingga daging itu cukup empuk (lagi lama lagi best)
  • Masukkan sedikit lada hitam untuk perasa (kalau tak nak pun takper)
  • Kemudian jika daging sudah cukup empuk, masukkan daun sup dan biarkan mendidih seketika
  • Akhir sekali masukkan mee dan bolehlah dihidang selepas itu.

Ini adalah resepi Mee Sup versi ringkas, kalau nak versi yang lengkap pun ada. Tapi nanti takut ramai yang tak masak sebab tak cukup bahan. Selamat mencuba.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
13 July 2010 11:05
17 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • JANG 2 March 2011 at 18:15

    MMM..SIMPLE N MUDAH BG YG BERKERJA KEJAR MASA TIME LUNCH..BLE JAK TRY..

    • eizil 8 March 2011 at 15:50

      selamat mencuba… :)

  • Resepi Ramadhan | Eizil.com 15 August 2010 at 16:55

    [...] artikel berikut:Resepi: Telur scramble kentangResepi: Nasi Lemak Sambal SotongResepi: Mee KariResepi: Mee Sup DagingResepi: Terubuk bakar bersama air asam. [...]

  • Cik Nass 14 July 2010 at 12:45

    Adoi yai…kelaparan semakin memuncak. Rasa nak hirup sup tu direct dari bloig u ni. ekekekek.~ selamat menjamu selera…
    Cik Nass menulis » Susahke kahwinMy Profile

    • eizil 14 July 2010 at 12:55

      kekeke… buat masa ni teknologi blog belum sampai tahap lerh hirup direct dari blog…. klu tak memang best gak tuh… kenyang sebab jalan-jalan kat blog jer…

      • Cik Nass 14 July 2010 at 13:02

        tahu takpe..~ selamat berkenalan…. ^_^
        Cik Nass menulis » Susahke kahwinMy Profile

        • eizil 14 July 2010 at 13:11

          Selamat berkenalan juger… terima kasih sebab sudi singgah di sini… :)

  • yonna 14 July 2010 at 1:43

    kenapalah kena baca entry ni di hening2 pagi? T___________________T terliur sudah
    yonna menulis » Oh La La LangkawiMy Profile

    • eizil 14 July 2010 at 10:01

      hehehe… ciannya Yonna… dah terliur masak jer… ;)

  • x-po 13 July 2010 at 21:03

    bro org klate ke?
    x-po menulis » EGOKAH JIKA TETAP PENDIRIANMy Profile

    • eizil 13 July 2010 at 22:43

      bukan orang kelate, tapi duduk klate skang… :D

  • luth textile 13 July 2010 at 19:47

    wah! letak sos tiram? amat esotik sekali :D
    kalau kuah2 sup ni aku lebih suka bihun, tapi kalau goreng2 aku suka makan mee.
    basah2 aku suka kuey teow. lain2 jenis utk berlainan masakan.

    ish, rajin benar ke kelantan.
    luth textile menulis » Spain Juara FIFA World Cup 2010 – Antara menang dan kalah- ramalan sotong Octopus dan Kaki JudiMy Profile

    • eizil 13 July 2010 at 22:43

      hehehe… camtu erk… lerh jer gak masak guna bihun benda ni bro… :D

      aku memang selalu jer ulang alik kelantan-kl bro… :D

  • ikoko 13 July 2010 at 13:49

    okeh.. tak tahan please… T_T lama giler tak makan mee kasar, sangat suka mee kasar, tapi perut tak tahan. sure banyak kali memerut pastu. huuu
    ikoko menulis » Harapan Tinggi SangatMy Profile

    • eizil 13 July 2010 at 14:10

      semua jenis mee kasar erk? ke ada certain brand jer?

      • ikoko 13 July 2010 at 14:11

        taktau ah.. memang keturunan kot… mak, adik semua pun macam allergic, boleh tu boleh makan, cuma nanti perut serious meragam. huuu..

        takpe2.. resepi ni leh test ah!! tukar ngan ayam sedap gaks tak ek?
        ikoko menulis » Harapan Tinggi SangatMy Profile

        • eizil 13 July 2010 at 14:14

          owhh okay… takper jer, kalau tak tahan makan mee, ganti ngan bihun pun okay…

          kalau tukar ngan ayam, dia nyer sedap kurang sket, sebab stok hasil rebusan daging ngan ayam ni lain rasa dia… :D