Resepi: Mee Kari

Resepi: Mee Kari

Semalam ramai tetamu kat rumah, so aku masakkan mee kari untuk tetamu-tetamu yang datang. Sajer aa masak sbb kesian kat mak aku yang dok penat buat keje dah sebelum ni. So kat sini aku kongsi sket resepi mee kari yang aku buat tu… :D

Bahan-bahan:

  • Mee kuning / spaghetti
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Tauhu segar
  • Tauhu goreng
  • Kobis
  • Sawi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serbuk kari ikan
  • Santan
  • Garam
  • Cili kisar / cili boh
  • ayam
  • daging
  • udang

Cara-cara:

  • Potong fish ball, fish cake, tauhu segar kemudian goreng di atas kuali.
  • Hiris kobis, kemudian potong sawi, asingkan batang sawi ke dalam bekas kobis dan daunnya ke bekas yang lain.
  • Potong daging dan ayam kepada ketulan / hirisan yang kecil
  • Hiris bawang merah, bawang putih
  • Bancuh serbuk kari ikan dengan menggunakan air
  • Kemudian tumis bawang merah, bawang putih, dan cili kisar
  • Masukkan daging, biarkan daging itu empuk
  • Kemudian masukkan ayam, masukkan sedikit air utk biarkan ayam itu masak terlebih dahulu.
  • Kemudian masukkan udang dan serbuk kari yang telah di bancuh.
  • Masukkan santan selepas itu, biarkan kuah itu mendidih, kemudian masukkan kobis dan batang sawi
  • Biarkan kuah itu direneh sehingga kobis itu lembut, kemudian masukkan fish cake, fish ball, tauhu segar yang telah digoreng tadi, dan tauhu goreng ke dalam periuk.
  • Kemudian tambah garam secukup rasa dan daun sawi ke dalam periuk.
  • Biarkan kuah mendidih untuk sementara dan tutup api selepas tu.
  • Celurkan mee kuning dengan menggunakan air panas, jangan biarkan ianya terlalu kembang, kerana nanti kurang lazat…

Begitulah sedikit sebarang resepi orang bujang daripada saya. Selamat mencuba semua. Kuantiti bahan-bahan adalah bergantung kepada berapa ramai resepi ini akan dihidangkan. Di bawah ada gambar-gambar bahan-bahan sehingga mee kari yang telah siap untuk di makan.


Selamat mencuba.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
30 May 2009 00:40
10 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Juan 23 September 2012 at 6:06

    memang kegemaran aku nih
    Juan menulis ยป Resepi Ayam Masak Paprik Sedap TerbaikMy Profile

  • Muhafizah 6 August 2009 at 12:37

    Hi…ada resepi kueteow thng(sup) tak?? atau pun resepi kueteow hailam??

    • eizil 6 August 2009 at 13:15

      ada resepi tu, nanti saya kongsi erk… :D

  • lia 20 June 2009 at 21:49

    nnt eizil kongsikan resepi mee bandung dengan semua kwn2 kat cn yea.

    • eizil 20 June 2009 at 22:06

      insyaALLAH lia…. nanti saya kongsi yer… :)

  • lia 15 June 2009 at 17:06

    Salam..eizil..ermm resepi mee bandung ada tak?..sy nak try buat…hehehe

    • eizil 17 June 2009 at 6:58

      Wassalam, mee bandung erk… ada gak resepi dia… nanti saya kongsi erk… hehehe… tak suka nak kongsi resepi bila takder gmbr…
      aritu time buat mee bandung lupa nak amek gmbr…

  • eizil 5 June 2009 at 11:58

    @iqa: hehehe… takyah memalu… tak pandai lerh belajar kan… kekeke

    @wanie: hehehe… thanks wanie… aku takder camera bagus untuk amek gmbr… so tu gmbr tak berapa nak bagus tu… hehehe

  • waniee 30 May 2009 at 12:57

    denggg i dont fancy mee kari much..but i tink urs look so frikken good!!!!!! if onli gamba ko better wehh..lagi meleleleleh air liuq aku

  • iqa 30 May 2009 at 8:50

    mak ai pandai masak….malunyer,…mmg btuah la saper jadik isteri awak nti…