Resepi: Masakan kentang ringkas

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

kali ini aku ingin berkongsi satu resepi ringkas yang boleh di masak oleh sesiapa sahaja, kalau resepi ni tak boleh masak juga, aku tak dapat nak tolong dah. Resepi ini memerlukan bahan yang sangat sedikit, dan bahan-bahan ini boleh didapati di kebanyakan kedai-kedai runcit mahupun pasaraya. Resepi ini sesuai di makan begitu sahaja, atau dijadikan hidangan sampingan bersama-sama nasi, steak atau sebagainya yang anda gemari. Mari kita lihat terlebih dahulu bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Kentang 6-7 biji (bergantung kepada berapa ramai orang makan)
  • Bawang besar 2 ulas (kalau kentang banyak, boleh tambah bawang ni)
  • Bawang merah 4 ulas
  • garam dan lada putih secukup rasa
  • mentega/minyak zaitun

Sedikit jer bahan-bahan yang diperlukan, bawang tu kalau malas sangat, boleh guna bawang besar sahaja, abaikan bawang merah tersebut. Kemudian mari kita lihat bagaimana untuk menyediakan hidangan ini?


Cara-cara

  • Cuci kentang tersebut dengan kulit-kulitnya (tidak perlu kupas), kemudian rebus sehingga agak empuk
  • Kemudian hiris kentang pada ketebalan yang digemari
  • Panaskan kuali, dan masukkan mentega/minyak zaitun tadi
  • Kemudian masukkan bawang yang mayang halus, biarkan sementara sebelum memasukkan kentang yang telah dipotong tadi
  • Kemudian goreng sehingga bawang dan kentang mula keperang-perangan, semasa anda menggaul, kentang tersebut mungkin akan pecah, biarkan sahaja.
  • Masukkan sedikit garam dan juga lada putih secukup rasa, kemudian gaul rata dan hidangkan untuk dijamu

masakan kentang ringkas Resepi: Masakan kentang ringkas

Kentang yang siap dimasak sedia untuk di makan


Mudah bukan? kentang yang digunakan memang tidak dikupas untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik, tetapi jika anda tidak suka, anda boleh juga mengupasnya selepas direbus. Selamat mencuba, jangan lupa kongsikan pengalaman anda jika anda mencuba resepi ini di ruangan komen.

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

    • menulis

      saya pernah juga mencuba dengan memotong kentang terlebih dahulu sebelum merebus, tetapi kentang yang biasa terdapat di kedai di malaysia ni lebih lembut, jika dibiar rebus secara lama, ianya akan lebih mudah pecah semasa proses tos kentang dari periuk rebusan.

      Apapun, terpulang sama ada ingin merebus tanpa memotong, atau potong terlebih dahulu… :)

  1. menulis

    kat mana bro belajar memasak nie? ala-ala western nie…eh, tapikan bro memang penah duduk di perantauan..no wonder la kot..hehe

    • menulis

      banyak gak belajar dari rancangan tv, selain cuba-cuba kat dapur, kalau dah minat tu, memang banyak jer cara untuk belajar… :D

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.