Ramadhan, Juadah dan Nafsu…

Seperti mana tajuk entri kali ni, pasal ramadhan, juadah berbuka dan juga nafsu. Kalau kebiasaannya kat malaysia, kebanyakan daripada kita rambang mata apabila berada di bazar ramadhan yang berda di sekitar tanahair. Sebabkan banyak pilihan, kadangkala juadah yang dibeli adalah berlebihan daripada yang diperlukan.
itu kebiasaannya disebabkan nafsu kita yang menguasai kita semasa membeli belah.
Namun, situasi yang hampir sama berlaku juga di bumi asing ini.
Walaupun harini tinggal bertiga jer berpuasa, namun juadah yang disediakan (terpaksa masak sendiri sebab takder bazar ramadhan kat sini) juga melebihi bilangan orang yang ada… huhuhuhu… Antaranya murtabak yang boleh di lihat di atas, dan di ikuti juadah-juadah berikut yang disenaraikan di bawah… huhuhu…



sambung kat dalam entri penuh…
kang penuh laks gambar makanan jer kat muka depan ni… hehehe….




So itulah serba sebanyak juadah kitorang arini… huhuhu… padahal yang ada tiga orang jer… tapi menu nyer melambak² tahap melampau… ini memang terlalu mengikut nafsu masak…
semua juadah ingin dibuat… hehehe… Ringkasan juadah seperti di bawah:
- Murtabak daging
- Roti Canai
- Kari ayam
- Popia
- Puding laici
- Puding jagung
- Ayam bakar
- Begedel
- Sup sayur
hehehe.. menu 6,7,8 dan 9 adalah menu semalam sebenarnya, sebab tak habis lagi… tapi macam upin ngan ipin… sebabkan nafsu, arini dok masak juadah lain plaks…
Janganlah contohi perkara ini, sebab ianya adalah tidak elok!.
Selamat berbuka puasa semua…