Rahsia disebalik kelahiran di bulan islam

Rahsia disebalik kelahiran di bulan islam

Ada org bagi kat aku.. :D aku lahir bulan rejad… :D kekeke… kepada sesiapa yang tatau camner nak kira.. lerh gi kat IslamicFinder untuk check… :D

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 December 2007 17:35
58 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Juan 26 September 2012 at 1:49

    alamak lupa plak lahir bulan mana
    Juan menulis ยป Resepi Satay Ayam – Pilihan Selera MalaysiaMy Profile

  • pza 8 June 2012 at 21:28

    baru tau sy lahir 10 ramadhan..tq

  • nur hazwani aqilah 3 February 2012 at 19:07

    saye bulan muharram..betul juga apa yang ditulis dalam tu…same dengan saye…..hahahahahahahaaa….. Muharram
    Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
    menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
    sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
    dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
    pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
    yang baik dan selalu berada dalam selamat…sameee..

    • mohd norr 4 December 2012 at 4:38

      tp saye punya 100 peratus bertentangan.. :(

  • MUZALIFAH BT IBRAHIM 17 January 2012 at 20:19

    Muharram
    Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
    menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
    sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
    dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
    pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
    yang baik dan selalu berada dalam selamat.

    …..pendim betul…pemikiran yg baik..hurmm kdg2 ad jgk fkr yg ngatif….alhamdulillah yg lain mcm betul je….

  • ida 9 January 2012 at 15:51

    Jamadil Awal
    Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
    berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
    bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
    tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
    menemui kegagalan juga.

    KEGAGALAN? BETUL KE NI? :/

  • nor najihah.. 24 December 2011 at 20:59

    ahakz ! ^^’
    nape laen jer nih..
    check kt lmn web laen bulan zulhijjah..
    bile check kt cni bulan muharram..
    haha ! mne 1 yg bt0i/tepat nih ??..
    muharram 0r zulhijjah ek ??..
    hehe..adehh..c0nfius.. =,=!!

  • fayad 19 November 2011 at 10:43

    adik aku lahir bulan safar???mmg sebijik la

  • Cik Eyka 12 November 2011 at 19:12

    segalanya bergantung pada diri kita, setelah ibu bapa kita mendidik kita, kita lah yg memilih jalannya, diantara baik dan buruk..

  • biscuit.. 17 September 2011 at 14:52

    xkan rabiul akhir xde yg positif lgsung??mane anda dpt sumber2 ni??jgn juz copy2 je..kalu dlm rabiul akhir bulannya negatif,,,cuba anda fikir Allah 2 maha adil..xde sape yg mahu dilahirkan dlm sifat yg negatif..as a conclusion,,this blog,info tak releven langsung..Allah lebih mengetahui.

  • ADI 3 September 2011 at 14:29

    dapat Jumada Al-Awwal….uhuhuuuh…Jamadil Awallll….memang ade yg betull…besh!

  • naiba 17 August 2011 at 11:46

    kalau saya lahir 21 ogos 1986…camne ek nak tahu tarikh dalam bulan islam?

    • eizil 22 August 2011 at 21:21

      dalam artikel tu saya dah kongsi tools untuk tukar tarikh lahir kepada bulan islam

      • naiba 23 August 2011 at 11:46

        heheh..ok..terima kasih…mase sye post komen aritu..saye tak perasan…^_^”
        maaf ye…

  • zyra rashyd 30 July 2011 at 22:55

    aq bulan ramadan…17 ramadan… nape ckit je?

  • Bot 25 May 2011 at 6:51

    adeh ,aq bln muharram , payah le ada 2 plihan.. Xde yg tepat plup.. Hee

  • suhaily akmam bt shaarani 7 May 2011 at 11:45

    saya kalau lahir 24hb 6 1974 kalau ikut kalender islam jamadilakhir sikit dan rejab tapi dalam bln rejab yg dinyatakan kat laman tu kata bln tu nakal emak sy kata sy adalah paling baik tak brp tepatlah ramalan nie tp kalau sya usahkan atau nk dptkn sesuatu insyaallah pasti dapat tp kena byk berusaha dan sabar lah

  • patriani 20 March 2011 at 23:20

    myb 2 ramalan jeee….

  • mon 18 March 2011 at 22:11

    tolong aku jugak…….lahir 3june 1979

  • mon 18 March 2011 at 22:10

    betulkah

  • aiem junior 26 January 2011 at 0:02

    please tolong aku.. aku lahir 24 mac 1986 …ape dalam bulan islam aku xtau la..plesase gi tau…

    • zura 4 February 2011 at 1:07

      salam…aiem junior!!aku da dpt bulan islam kO…13 Rejab 1406…nk tau dpt mne pegi search kt islamic finder…..cau…..

  • mohd nor 12 August 2010 at 14:15

    salam taikh lahir aku 3 febuari 1983 kalu dlm bln islam aku tak tau tlg ar sape pandai convertkan tarikh lahir aku nie ke dalam bln islam yer salam

    • zura 4 February 2011 at 1:09

      Salam…………..ko search kt islamic finder………..

  • Abd Rahman 15 July 2010 at 23:21

    Nak ambik info skit erk… bolehkan … halal yer :D

    satu bulan jer…

    • eizil 16 July 2010 at 17:37

      No problem… :) sila2… kalau letak linkback lagi cool… hehehe

  • syauqi 27 May 2010 at 22:45

    alhamdulillah … sya dilahirkan dalam bulan ramadhan … aimin

  • bengkek 4 November 2009 at 10:47

    apelah…. aku lahir bulan syawal tapi aku punyelah baik. adeke patut dikate perwatakan aku keras!!! aku x caye…….

1 2