Puisi kehidupan : keheningan malam

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua,

semoga pagi ini anda tidak dilanda Blues orang kita, Blues hari isnin yer, segala tips-tips yang diberikan sebelum ni sila gunakan sebaik-baiknya, kerana ianya pasti akan memberikan hari Isnin anda sinar baru dalam kehidupan. Tetapi jika anda masih layan blues juga pada hari ini, apa kata kita layan sambil menikmati puisi nukilan aku suatu masa dahulu.

Di keheningan malam
ku duduk seorang diri
dalam kegelapan dinihari
hatiku gundah,gulana sepertinya
namun tiada yang dapat ku pastikan
hanya kehidupan menjadi pedoman

diriku ibarat bola di atas padang
di tendang ke sana sini
semata hanya untuk di masukkan
kedalam jaring yang begitu jauh jaraknya


ke kiri ke kanan diri ini pergi
tiada yang pasti di mana berakhirnya
walaupun tujuan di depan mata
tapi adakah ianya akan di capai???
tiada siapa yang mengetahui

hidup ini penuh dugaan
dugaan mendatang tanpa hentinya
saban hari berlalu meninggalkan diriku
namun tidak dugaan yang mendatang
ia tetap menghiasi hidupku ini
tanpa segan silu

insan datang dan pergi dalam hidupku
meninggalkan seribu satu makna
terpalit seribu satu garisan yang penuh beerti
mengisi kehidupan ini
memberi pengalaman yang bermakna
gelak tawa bersilih ganti dengan tangisan sepi
hidup tetap harus diteruskan

kini diriku sendiri tidak pasti
adakah aku akan berjaya mencapainya
adakah diri ini akan berada di dalam jaring tersebut
dan mereka meraikan dengan sorak sorai
gembira tiada terkata…

namun ia hanya tanda tanya yang akan membelenggu diri ini…
-12 Disember 2004
-Eizil

ini adalah artikel berjadual sebelum aku bertolak ke kelantan, semasa artikel ini diterbitkan, kemungkinan aku masih di jalanan, semoga perjalananku dipermudahkan olehNYA. Sejak dua menjak ni, diri ini terlalu sibuk dengan pelbagai perkara, semua urusan perlu diselesaikan, semoga ianya akan mendatangkan hasil suatu hari kelak. Wallahualam.

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

    • menulis

      6 tahun dulu memang selalu gak dok layan lagi Bila Rindu tu rasanya, sebab tu yang terpengaruh kot… hehehe

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.