Theme Arialist
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Design The Arialist ini merupakan rekaan Mohd Huzairy dari Mentariworks. Aku telah mengambil inisiatif untuk menjadikan design ini theme wordpress versi bahasa melayu untuk kegunaan sesiapa sahaja yang sukakan theme yang ringkas dan padat seperti The Arialist ini. Sedikit petikan dari pereka The Arialist ini.
The Arialist adalah sebuah template XHTML/CSS yang menggunakan 100% Arial untuk mukataipnya. Projek ini dilesenkan di bawah GNU Public License V3, atau dalam bahasa mudahnya, jenis sumber terbuka.

Theme ini dilengkapi dengan widget dinamik dan juga fungsi baru di dalam wordpress 3.0 iaitu menu yang boleh diubahsuai dari dalam dashboard tanpa perlu mengubah apa-apa kod di dalam theme. Design The Arialist dilepaskan menggunakan lesen GPL, lesen yang sama juga digunakan untuk theme The Arialist veri bahasa melayu ini. Kepada yang ingin menggunakan theme ini, bolehlah memuatturun dari capaian laman web di bawah atau ingin mencuba terlebih dahulu bolehlah menggunakan pautan demo di bawah.
Jika terdapat sebarang masalah berkenaan theme ini, bolehlah menggunakan ruangan komen di sini untuk membuat pertanyaan.