Theme Booklogue
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ini adalah kedua yang aku edarkan kepada semua pengguna WordPress. Theme Booklogue ini adalah hasil rekaan Mohd Huzairy dari MentariWorks. Sebelum ini aku telah membina theme The Arialist versi melayu dari design Mohd Huzairy, dan kini aku membina theme Booklogue pula. Theme ini memaparkan beberapa ciri baru kepada semua pengguna, tujuannya adalah untuk memaparkan buku-buku yang berada dalam koleksi kita, tetapi ianya juga boleh digunakan untuk memaparkan portfolio atau gambar-gambar terpilih yang kita mahukan.
Antara ciri-ciri yang terdapat dalam theme ini adalah:
- Menggunakan fungsi featured image di dalam post.
- Smart thumbnail untuk mengenalpasti tinggi dan lebar sesuatu gambar yang ingin digunakan dalam artikel.
- Lightbox untuk paparan lengkap mengenai buku tersebut.
- Custom box untuk memudahkan pengguna mengisi nama, tarikh dan penerangan buku tersebut.
Cara-cara untuk menggunakan theme ini.
- Upload folder /booklogue/ ke dalam /wp-content/themes/
- Kemudian di dalam Editor untuk menulis artikel baru, anda akan dapat melihat ruangan
Booklogue Post Detailsdan jugaFeatured Image(rujuk gambarajah di bawah) - 2 Ruangan ini adalah untuk anda mengisi butiran buku, dan juga memuat naik thumbnail buku tersebut.
Theme ini adalah theme 1 column tanpa sebarang widget, anda mungkin boleh menambah plugin WP-PageNavi jika memerlukan pagination untuk theme ini. Sila gunakan butang di bawah untuk memuat turun atau melihat live demo theme booklogue ini.

