Posmen bertandang bersama sekeping kad ucapan

Posmen bertandang bersama sekeping kad ucapan

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

sudah lama rasanya tidak menerima sebarang surat kecuali surat daripada bank-bank tercinta dan juga penyedia perkhidmatan seperti talian internet dan sebagainya. Harini menerima sepucuk kad ucapan hari raya daripada kak jie. Tersenyum lebar sendirian apabila menerima kad ucapan tersebut, budaya yang semakin lama semakin sudah dilupakan. Tempoh hari baru selesai mengirim semua kad-kad raya untuk program Jom hantar kad raya secara percuma, harini menerima pula kad raya yang tak disangka-sangka.


Terima kasih diucapkan kepada kak jie sekeluarga atas kad ucapan yang telah dikirimkan, semoga ramadan dan aidilfitri tahun ini akan memberikan kebahagian kepada kak jie sekeluarga. Tahun ni cik abang adalah ya berhari raya bersama keluarga? pasti lebih meriah.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
09 August 2012 22:34
17 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.