Petua tradisional: Melegakan batuk
Assalamualaikum dan selamat petang,
Minggu ni terasa lambat berlalu, mungkin disebabkan tidak banyak perkara yang perlu dikejar untuk minggu ini, atau mungkin aku sudah menyiapkan perkara-perkara penting yang perlu diselesaikan, atau apa jua sebab yang tidak dapat dijelaskan. Hari ini sepatutnya aku perlu pergi mengajar kelas bahasa untuk kelab di sekolah isteriku, tetapi rupa-rupanya mereka telah mengubah aktiviti kelab arini kepada aktiviti sukan, aku pun pulang ke rumah untuk meneruskan aktiviti lain, tetapi petang ni cuaca agak panas, dan terasa malas untuk melakukan kerja-kerja pengaturcaraan laman web.
Kali ini aku ingin berkongsi petua tradisional untuk melegakan batuk, perkara ini pernah aku dengar suatu masa dahulu, tetapi tidak pernah mencubanya sendiri, namun begitu, minggu lepas aku mengalami batuk yang agak teruk, walaupun telah mengambil ubat batuk, batuk aku masih tidak berkurangan, masih berkokol-kokol mengganggu tidurku dan jua pekerjaanku. Petua ini telah diingatkan kembali oleh isteriku, caranya mudah, anda hanya perlu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu. Mudah bukan? Setelah meminum air campuran ini, ia hanya mengambil kurang dari setengah jam untuk ianya memberi kesan, batukku berkurangan serta merta, lega rasanya. Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.
Selamat mencuba.

kat shah alam ni saya tak tahu nak dpt kan madu….selain madu dan limau nipis..ada lagi tak cara lain yg boleh sy dapat….
madu di kedai-kedai runcit atau pasaraya mesti ada, cuba gi giant ke, tesco ke, atau 7 eleven sendiri ada jual madu kalau tak silap…
satu lagi boleh gantikan madu dengan kicap (tapi yang ni pembaca yang kongsi, saya tak pernah cuba).
saya ni dah 2 minggu lebih batuk dan selsema,dah byk kali jumpa doctor,bagi ubat dah byk lain2 dah tapi sy masih lagi tak ok…mcm mana erk nak sembuh batuk dan selesema ni…kaedah yg lebih elok dan senang nak cari….
Bolehlah cuba petua yang saya kongsi ni, insyaALLAH dengan izinNya akan lega batuk tu
tengah batuk dan sakit tekak.minum ubat batuk jadi letih sngt,batuk tak hilang,nak cuba petua yg mna satu ni.
ade gak member kasi petua… kunyah bunga cengkih… dia kate dia da try.. 2-3 minggu mkn ubat batuk tp batuk masih cam gitu gak… last2 dia try petua kunyah bunga cengkih tuh… 2-3 ari jerr batuk.. pas tuh da ok da….
bunga cengkih, mencabar gak tu… huhu, mungkin kalau petua madu ngan air limau ni tak berkesan nanti, lerh try kunyah bunga cengkih plaks, lepas kunyah pastu telan ke?
petua tradisional kalau dibandingkan dengan kaedah moden, mana satu lagi bagus eh?
sy suka minum ubat batuk je terus. hehe
pendapat macam ni ada dua aa kot, ada sesetengah nak elakkan dari memakan ubat kaedah moden sebab isi kandungan yang diragui, ada pulak mengatakan petua tradisional tak berkesan.
dari segi batuk ni, untuk aku, petua tradisional lagi berkesan, sebab aku dah cuba dan dapat keputusan yang baik terus menerus.
ohh..boleh cuba ni nanti..
ahok,ahok…
tetiba nak batuk pulak.hehe…
sekarang ubat batuk pun dah disalah gunakan.jadi guna alternatif lain,guna petua tradisional.terima kasih dengan petua ni bro eizil

Pacifista – X menulis ยป Kenapa Bersih, Samad?
hehehe… terus nak terbatuk yer bro…
selamat mencuba…
satu lagi petua adalah ambil 1 sudu kicap dan beberapa titik air perahan limau nipis.
owhhh, kicap pun boleh erk bro… thanks bro sbb kongsi…
bleh pakai ker petua kicap tuh?…
kicap manis ke kicap masin??