Permulaan suku terakhir yang mencabar
Assalamualaikum dan selamat petang semua,
Suku terakhir tahun ini nampaknya dihiasi dengan cabaran-cabaran baru, perancangan yang sebelum ini dibuat untuk dilakukan pada suku terakhir ini sekali lagi terpaksa diubahsuai kerana ada perubahan yang diluar kawalan aku. Ini semua lumrah kehidupan, cabaran yang membuatkan minda kita bekerja keras untuk mencari penyelesaian. Lebih menarik apabila tawaran dan peluang yang lebih baik terbentang di depan mata. Hanya perlu mengambil tindakan untuk menggapai peluang tersebut yang mungkin tidak akan datang lagi di kemudian hari.
Hari ini aku sibuk dengan pelbagai urusan di luar, kurang sedikit masa untuk bergiat cergas melawat blog rakan-rakan, ada beberapa urusan termasuk pembelian tiket untuk ke Kuala Lumpur esok pagi telah berjaya diselesaikan sebentar tadi. Kepada sesiapa yang akan menghadiri GDG DevFest Kuala Lumpur pada 4hb Oktober nanti, bolehlah kita berjumpa, bersua muka dan bertukar pendapat sekiranya ada kesempatan.
Sebagai pemangkin untuk memberikan semangat untuk mengejar segala yang kita impikan, jom kita layan video di bawah…
dan katakan… anda boleh lakukannya…
Kerja kita akan lebih mudah,
Jika melakukan dgn penuh tabah,
Kerana perjuangan kita belum sudah,
Pasti di penghujung akhir nanti kita dpt sesuatu yg indah.
sensasi2020 menulis » Get Ready For #ChurpOut 2012!
Walaupun hidup penuh cabaran,
Perlu ada segala kesabaran.
sensasi2020 menulis » Get Ready For #ChurpOut 2012!
Dalam kehidupan banyak cabaran,
Cabaran yang memerlukan pengorbanan.
sensasi2020 menulis » Get Ready For #ChurpOut 2012!
Hanya kita mampu merancang,
Untuk membuat lebih terancang,
Tanpa melakukan apa-apa yang sumbang,
Pasti di akhir tahun kita dapat cemerlang.
sensasi2020 menulis » Get Ready For #ChurpOut 2012!