Peraturan Lama Blogging yang Akan Membunuh Pembaca – Bahagian 1
Assalamualaikum dan selamat pagi,
pagi ni hujan turun dengan lebatnya, syukur alhamdulillah atas kurniaannya, semoga pohon-pohon di sekitar rumah semakin segar apabila menerima hujan yang lebat. Artikel kali ini adalah hasil penulisan Tuan Firdaus Latib yang merupakan seorang usahawan internet dan pemilik Studio Aksara. Beliau menjadikan blog ini sebagai medium untuk berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran sosial media.
Sejak permulaan kehidupan manusia, semuanya dipenuhi dengan peraturan. Peraturan tidak terhad pada pegangan agama semata-mata. Setiap perkara yang kita lakukan, akan wujud cara operasinya mengikut peraturan. Sebagai contoh, untuk mengambil sijil Diploma, kita perlu melalui pendidikan tadika, pendidikan sekolah rendah dan pendidikan menengah rendah.
Malah kita juga perlu mencapai keputusan peperiksaan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak tertinggi. Sekiranya peraturan itu gagal dipatuhi, kita terpaksa akur untuk membuat pilihan lain. Begitu juga dalam dunia blog, ia ada peraturannya sendiri.
Tetapi berbeza dengan peraturan lama dan peraturan baru. Contohnya, pada tahun 2000, setiap pekerja diwajibkan mematuhi peraturan untuk membawa buku nota kecil, apabila mesyuarat berlangsung. Tetapi bermula tahun 2010, yakni wujudkan gajet-gajet pencatat maklumat yang serba canggih seperti iPad, Blackberry dan sebagainya, peraturan lama sudah boleh diketepikan bagi memaksimumkan produktiviti mesyuarat.
Dalam blogging, adakah wujud peraturan-peraturan lama yang akan membunuh blog kita?
Teori K.I.S.S (Keep It Simple Smarty) Dalam Penulisan Entri
Teori ini sering diguna pakai oleh pemilik blog baru. Mereka sangka dengan menulis sesuatu yang simpel, dan tidak mempunyai nilai yang tinggi akan dapat menjadikan blog mereka sebagai blog berpengaruh.
Hakikatnya kita dapat lihat, teori ini semakin sukar digunakan hari demi hari. Ini kerana kewujudan blogger-blogger baru yang lebih matang dalam perkongsian ilmunya berkembang dengan pesat. Dunia blog kini sudah diterima oleh golongan-golongan profesional dan ilmuan, untuk berkongsi sesuatu bersama para pembaca.
Oleh itu, bagi pengamal teori ini, berhati-hati. Sekiranya kita ingin menerbitkan entri yang simpel, fikirkan implikasinya pada pembaca. Adakah ia dapat memberi sesuatu yang bermanfaat kepada mereka? Atau ia akan dianggap sebagai ilmu picisan yang menunjukkan taraf ilmu pemilik blog itu.
Jangan Takut Untuk Menulis Entri yang Panjang – Selagi Ia Bermanfaat
Pembaca kini lebih bijak memilih blog untuk dijadikan sebagai pusat menelaah ilmu. Justeru itu, sebagai pemilik blog, berkongsi ilmu berkaitan dengan industri secara mendalam dapat meningkatkan kepercayaan mereka untuk memilih blog kita.
Antara kajian kes yang menunjukkan entri yang panjang dapat meningkatkan jenama, identiti dan kesetiaan pembaca adalah blog Viperchill, milik Glen Allsop. Setiap entri yang diterbitkan dalam blog beliau mengandungi lebih daripada 1,000 patah perkataan. Setiap perkongsian beliau adalah spesifik. Ibarat kita tidak perlukan penerangan daripada individu lain.
Kesimpulannya, peraturan lama blogging berkenaan teori KISS semakin kurang sambutannya. Ini kerana pembaca mahukan informasi yang jauh lebih baik. Mereka mahu bertandang ke blog yang dapat memberikan perkongsian yang menerangkan sesuatu topik secara spesifik.
Nota kaki: Sesiapa yang ingin menulis di eizil.com boleh hubungi saya untuk menghantar artikel anda.

mmg best baca blog yang panjang tapi untuk yang bermanfaat je. kalau kisah hidup merapu meraban tak tentu pasal memang tak minat langsung. hidup kena ada prinsip, kalau melalut dalam post sape je nak baca. kucing sebelah rumah pun pandang derk saje.
letih nak tulis panjang2

Ritz menulis » Jalan Berlubang vs Nyawa Pengguna Jalan Raya
assalamualaikum, saya personally juga kurang puas hati bila baca entry yang pendek-pendek ni..
sabree hussin menulis » Kisah Buat Pinjaman Untuk Kepentingan Peribadi
Saya menulis untuk bacaan dan rujukkan anak-anak remaja saya dan mereka yang seusia dgnnya.
Maklumat yang saudara pparkan sangat dihargai. Terimakasih.
Pada hemat saya, sebagai medium ‘penerbitan’ sendiri (self-pulishing) blogger harus punya identiti dan cara tersendiri. Tidak dinafikan, mengikut trend kadang kala membantu kedatangan pelawat ke blog. Namun akhirnya kita tak punya keunikan sendiri yang berbeza dari jutaan blog lain.
muhammad fakhruddin menulis » Maka Orang Pun Bertanya
testing dulu
zool menulis » Resipi Kejayaan Pasukan bolasepak Kelantan
komen dah masuk…
takde masalah rasanya kalau nak tulis pendek atau panjang.bergantung kepada kemampuan. pembaca ni ada pelbagai ragam tersendiri
zool menulis » Basikal tandas
hmmmm sesuatu yg menarik utk diketengahkan

auc dot com menulis » Samsung dan Google Hasilkan Samsung Chromebook Untuk Saingi MacBook Air
Entry yang berguna untuk Nurul…
Salam kenal.. readers dari Denaihati..

Nurul menulis » Selamat Pagi Isnin
Wahhh reader setia denaihati ke ni??hehe
Hafizul menulis » Gaya Berjalan Yang Sangat Kelakar
aku setuju dengan teori ini walaupun artikel pendek masih popular dikalangan blogger2 lama.. pembaca sekarang suka kan entry yang dapat memuaskan hati mereka selagi ia bermanfaat
pengalaman saya, menulis satu Tutorial yang bagus akan membawa traffik yang sama banyak dengan blog entri yang di tulis setiap hari dan tanpa isi (KISS)
Ros menulis » Bunga dari Fabrik
emm biasa la kan..tutorial memang orang akan baca sampai habis dan setiap inci ayat orang akan perhatikan..setuju dengan pengalaman ros ni..hehe
Hafizul menulis » Pagar Untuk Angsa
Saya setuju…penulisan artikel yang bermutu dan panjang akan memberikan pelbagai kelebihan kepada blog itu sendiri. Antaranya dari segi SEO, bounce rate akan menjadi rendah seterusnya CTR akan dapat ditingkatkan…
Syarih menulis » Pembahagian Daging Korban dan Aqiqah.
emm setuju sgt..bound rate tu susah nak turun kepada peratusan yang membanggakan..kadang2 entri yang panjang kalau tiada point, orang akan skip2 jer..last2 komen terus..hehe
Hafizul menulis » Pagar Untuk Angsa
Tak larat nak tulis 1000 patah perkataan mcm si Glenn tu. Tapi kalu mampu, mmg dibuat selalu.
Dulu Lain Sekarang Lain menulis » Debate On Religion In Toilet
rasanya ikut keperluan post dan jenis blogger tersebut. ada yang blogger suka post panjang tapi merapu je lebih. ada yang pendek tapi straight to the point.
post yang panjang perlulah lebih detail atau lengkap penerangannya. supaya pembaca dapat memahami apa yang blogger cuba sampaikan.
post yang pendek, macam short point. post yang secara general.
Encik Din menulis » Live Streaming Final Piala Malaysia 2012 – Kelantan Lawan ATM
Emm betul kan..banyak lagi yang perlu saya pelajari dari kata-kata saudara ni…
Hafizul menulis » Pagar Untuk Angsa
selagi ada idea.. bolehla tulis… kalau tak ada idea jangan harap nak tulis

mohd luthfi menulis » Pertama kali naik kapal terbang PEN – KUL – DXB – MUN!
Kadang-kadang dengan peraturan hingga menghalang kreativiti. Ia terjadi apabila pengalaman pertama kali mengunakan kamera DSLR tidak terikat dengan ilmu jadi saya membidik mengikut kata hati.
Sekarang ini apabila ada ilmu mengenainya menjadikan saya terlalu cerewet sebelum membidik.
Saya sebenarnya suka mengikut kata hati.
Apa pun peraturan memastikan kita berada didalam ‘direction betul’
akubiomed menulis » Hot Chicks or Hot Bikes?
kadang sebab tak ada idea nak menulis..terpaksa juga tulis seciput..hehe
Ibu Mifzal Arsyad menulis » Drama Adam & Hawa Episod 29 – 32
Saya adalah orang yang akan menulis panjang2 , sampai jemu org nak baca huu
puanbee menulis » Syarat Mohon Kad Komuter 1 Malaysia – KTMB
Azie tulis pendek2 jer kalau panjang2 jadi mengarut dah!!!,
Azie menulis » Bagaimana Nak Saving Duit Poket
hahaha..mengarut kalau point tak lari ok jer..sama la ngn sy..kalau panjang gak merapu habis dah..haha
Hafizul menulis » Pagar Untuk Angsa
Hahaha..jemu ke??bagi sy ok apa..kelakar ada la…hehe
Hafizul menulis » Pagar Untuk Angsa
ha? entri pendek? alamak .. saya selalu menulis entri pendek sebab artikel di blog saya memfokus kepada berita. kalau menulis tips, ngamlah menulis panjang-panjang untuk menghuraikan cara bagaimana melakukan sesuatu. NIat saya menulis pendek adalah untuk menyampaikan apa yang berlaku. Dalam sehari, saya keluarkan 5-15 artikel. Nampaknya kena tulis panjang-panjanglah lepas ni.. mungkin 1-2 artikel sahaja sehari.
iAwani menulis » Dapatkan Domain Percuma Dengan Servis DNS Dari Ml.my
jarang sekali aku tulis panjang2 ni
lagi pun kebanyakan isi cerita aku biasa2 saja
tehr menulis » Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012
Rasanya tip KISS ini hanya sesuai digunapakai oleh blogger2 yang dah lama sebab itu adalah cara diorang untuk memberikan value added (inlinks) kepada entry2 mereka yang lain. Utk blogger baru tidak begitu sesuai memandangkan kita masih lagi berada di tahap awal (percubaan untuk menarik pembaca) dan menunjukkan kualiti yang dimiliki. IMHO
shraqs menulis » Cara – Cara Root Galaxy Note II
setuju… saya rasa saya juga masih baru. Banyak lagi perlu dipelajari.
iAwani menulis » Dapatkan Domain Percuma Dengan Servis DNS Dari Ml.my
Ada jugak entry MJ yang panjang, kalau ringkas takut ianya tak mencapai apa yang ingin dimaksudkan, tp semua tu bergantung pada apa yang kita ingin tulis dan huraikan.

Thanks Bro
Myra Jay menulis » WAJAH
Tips yang berguna untuk blogger baru..
saya sering terfikir juga, pembaca mahukan yang ringkas atau panjang…
sekarang dah dapat jawapan….hehehe…
Melastik Bintang menulis » Apa Itu Pavlova?