Pentingnya menguasai teknik berkomunikasi.
Assalamualaikum dan selamat hari ahad,
harini tiada program luar biasa yang akan berlaku, rutin harian seperti biasa akan dilakukan, semoga semuanya berjalan lancar. Kali ini ingin mengajak rakan-rakan merenung kembali cara dan teknik yang kita gunakan untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Dengan pelbagai laman sosial, kemudahan berhubung mengguna teks yang lebih canggih dan cepat, perbincangan yang boleh dilakukan secara beramai-ramai tanpa perlu berada di tempat yang sama dan pelbagai lagi.
Semua ini adalah benda yang bagus, pelbagai perkara yang dahulunya agak sukar untuk dilakukan, kini semuanya tidak mustahil lagi, bekerja secara jarak jauh juga sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pihak. Perniagaan dijalankan terus di atas talian, proses pembelajaran dan pengajaran jua lebih mudah, penyebaran berita, bertanya khabar, proses mengekalkan perhubungan sesama insan, dan banyak lagi yang boleh kita lakukan. Selain itu, kita juga boleh berdakwah dengan menggunakan teknologi-teknologi ini, namun tanpa sedar, kadangkala kita lupa untuk menguasai teknik berkomunikasi yang baik dalam menggunakan semua teknologi yang ada.
Aku sendiri sentiasa cuba untuk memperbaiki teknik berkomunikasi, kerana mahu atau tidak, ayat yang sama, boleh di baca dengan nada berbeza-beza dan mendatangkan maksud yang berlainan kepada pihak yang membacanya. Tambah teruk apabila di pembaca berfikiran negatif, dan hanya nampak perkara negatif dalam ayat yang cuba kita sampaikan. Bahkan, artikel ini juga mungkin akan disalaherti sekiranya pembaca itu melihat dari sudut yang lain. Namun tujuan aku menulis ini sekadar ingin mengajak berbincang dengan rakan-rakan pembaca semua, mengenai teknik berkomunikasi yang perlu kita kuasai ini.
Walaupun niat kita ingin menyampaikan sesuatu yang baik, tidak bermakna kita boleh sesuka hati menggunakan apa-apa ayat yang kita ingin gunakan tanpa memikirkan masyarakat sekeliling yang akan membacanya. Penyampaian sesuatu maklumat melalui medium bertulis ini sangatlah berbeza sekiranya kita menyampaikan secara berbicara. Ada satu kekurangan yang jelas, iaitu tiada intonasi yang boleh kita bekalkan dalam penulisan, kecuali yang membaca itu memang telah mengenali penulisan kita untuk sekian ketika, proses penyampaian akan lebih mudah.
Justeru itu, sekiranya kita ingin berdakwah melalui medium-medium baru seperti laman sosial dan sebagainya, kita perlu belajar teknik-teknik yang bersesuaian untuk menyampaikan apa yang kita ingin sampaikan. Jangan kerana kita tidak cekap dalam berkomunikasi, perkara yang baik yang ingin disampaikan itu menjadi sesuatu yang tidak baik atau sukar untuk diterima oleh orang lain. Janganlah kita sekadar melepaskan batuk di tangga, dengan pemikiran, cukuplah aku dah sampaikan, diorang yang tak nak terima, nak buat macam mana.
Bagi aku, proses dakwah yang baik, bukan sekadar menyampaikan dan tinggalkan begitu sahaja, kita perlu fikir akan hasil penyampaian yang cuba kita lakukan. Adakah ianya berkesan? atau ianya hanya membangkitkan kemarahan orang lain. Memang benar, untuk menyampaikan sesuatu yang baik, ada cabaran dan halangannya, tapi tidak bermakna kita tidak perlu mencari jalan untuk menyampai dengan lebih baik. Perhubungan sesama insan yang baik, dan cara berkomunikasi yang baik, pasti akan memudahkan kita melakukan proses dakwah ini. Setiap hati yang keras pasti boleh dilembutkan jika kena caranya.
Kita seringkali menggunakan pendekatan, menyampaikan secara keras atau tegas, kerana inginkan mereka sedar. Walhal, apabila kita tidak mengajak secara lembut, kebarangkalian untuk mereka memberontak adalah lebih tinggi. Jika kita tidak pasti akan sifat atau peribadi seseorang itu, atau kita ingin menyampaikan kepada orang ramai secara umum, adalah lebih baik sekiranya kita melakukannya dengan pendekatan yang lebih mesra dan lembut. Usahlah mendesak atau memaksa, gunakan perkataan-perkataan yang elok dan sedap untuk dibaca, insyaALLAH, dengan izinNya, apa yang kita cuba sampaikan akan berjaya disampaikan dengan lebih baik.
Aku masih mencari cara terbaik untuk menyampaikan perkara yang baik di kalangan keluarga terdekat, benarlah kata bijak pandai, antara cabaran hebat untuk berdakwah adalah untuk berdakwah dengan keluarga sendiri. Tambah sukar sekiranya kita bukanlah ketua keluarga, banyak perkara yang perlu dititik-beratkan sebelum melakukan apa-apa. Teknik yang halus dan mudah untuk diterima perlu digunakan, perancangan yang teliti juga perlu agar hasilnya adalah lebih baik. Kalau ada cadangan dan pandangan, mohon kongsi di ruangan komen.

hehe..betul dah tu bro…
Hafizul menulis » Minta Jasa Baik Korang Semua
Salam.. dalam mendalami isu penyampaian, masing2 mempunyai ideologi dan pendapat sendiri. Hakikatnya, memang susah untuk memuaskan hati semua pihak.
Itu adalah lumrah manusia. Sememangnya setiap hari kita ingin belajar untuk menjadi yang terbaik. Namun, ramai yang sudah selesa dengan seadanya sehingga sukar untuk membuat penambah-baikan.
Terbaik, kita perlu berfikir diluar kotak, disamping selalu mendekati diri dengan tuhan, bagi memastikan diri kita mampu dan kuat untuk memberikan penyampaian dan juga menerima pandangan yang ingin disampaikan.
Ahli intelek dan pemikir ada berkata, “banyakkan mendengar sebelum berkata”. Jika kita dapat menguasainya, walaupun sedikit, sekurangnya dapat mengajar kita untuk lebih bersabar dan berfikiran rasional.
Pentingnya juga kita meletakkan diri kita di dalam “kasut” orang yang ingin kita sampaikan tersebut. Kita fikirkan bagaimana reaksi orang itu jika apa disampaikan bakal mengundang berbagai pandangan tidak diingini.
Seperti Eizil utarakan, jika kita tidak mampu untuk takluk cara kita sampaikan diterima oleh keluarga terdekat, apatah lagi kita ingin menyampaikan kepada orang lain. Sudah tentunya gagal. Ia termasuklah jika ingin berdakwah, kerana ia berkaitan. Namun, jika tidak mencuba dan berusaha sedaya upaya, kita tidak tahu tahap yang boleh kita boleh capai.
Tidak guna juga jika kita bertawakal kerana tidak diterima sepenuhnya oleh Allah SWT tanpa usaha. Maka, sebaiknya kita berusaha, bukan sahaja pada diri kita sendiri, malah keluarga dan masyarakat secara amnya, dan berdoa agar penyampaian (dakwah) kita itu dapat memberikan impak yang semaksimum, sekadar yang termampu.
Terima kasih berkongsi. Wassalam.
ikut cara nabi…meh meh kita kaji nabi bt cmna…jgn duk cari yang len
beatnotbomb menulis » Cara simpan lebihan Corntoz yang coool!
Kalau ada pauh di ladang,
Boleh aku menumpang mandi,
Kalau ada penyampai di padang,
Boleh kita berkomunikasi cara tersendiri.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
Cara penyampaian biarlah jelas,
Supaya apa yg diberi tahu mudah difahami,
Agar nama kita tidak akan terjejas,
Dek kerana cara kita yang senang dihubungi.
sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?
apa yg bro tulis ni saya sendiri pernah terfikir akan hal ini pada diri sendiri. kadang kadang manusia tu lalai dengan teknologi sehinggakan komunikasi antara face to face itu lebih baik sebenarnya buat diri dan persekitaran kita
Juan menulis » Memilih Kerja
Pengalaman memberikan suatu kedewasaan,
Namun penulisan masih ada yg kurang,
Perlu lakukan tindakan yg ada keberanian,
Barulah dapat lakukan kerja dgn senang.
sensasi2020 menulis » Penghinaan Terhadap Islam serta Rasulullah- Innocence of Muslim
Teknik berkomunikasi amatlah penting dlm kehidupan, sentiasa ceria dlm menghasilan sau perkenalan yg hibat.
sensasi2020 menulis » Penghinaan Terhadap Islam serta Rasulullah- Innocence of Muslim
Kat mana mana pun komunikasi tu penting. Tak guna jadi bos kalau tak reti nak berkomunikasi.
dennis menulis » GAME XBOX 360 BARU
sebaik-baik nasihat adalah nasihat kata-kata yang lembut dan penuh dengan makna agar setiap kata yang keluar itu tiada risiko untuk menyakiti hati orang lian..pendakwah khasnya perlu mempelajari teknik komunikasi yang berkesan agar apa yang dibawanya menjadi ikutan sepanjang zaman.
Hafizul menulis » Kehidupan Di Alam Percintaan
wpun sy lecturer dan students anggap sy cool (perasan jap ;p), rase cam tak hebat je dlm komunikasi secare berkesan ni..byk lg kene perbaiki… huhuhu
Nadot menulis » Restoran Haji Sharin Low Bangi Lagi!
tapi yang tak bestnya, semua benda kita cakap, mesti ada yang sarcasm. tu memang tak boleh larila. redha je la..
syahrilhafiz menulis » 10 Entri Terbaik Denaihati
berkomunikasi memang penting… saya kerja mendengar dan berkomunikasi dengan orang setiap hari dalam talian…

KiD menulis » Masalah Wireless UniFi
saya setuju ..ia amat penting
komunikasi berkesan penting. byk bercakap tapi klu percakapan yng krg bermanfaat adalah tidak bagus.mgkn dapat menyinggung mana2 pihak.
qadar menulis » Kursus Taska Kemas
betul lah tu, kita memang digalakkan untuk mengupgrade diri dan apa2 jua skil yang ada
tu aa kan kak, kalau kita tak cuba upgrade, pasti akan ketinggalan suatu masa nanti.
even sekarang ni orang cerdik pun ada yang tak pandai berkomunikasi.
hafiz menulis » I Art You Malaysia
Cerdik dalam bidang lain, tetapi lupa untuk mendalami ilmu komunikasi, sebab tu jadi begitu tu.
Penguasaan berkomunikasi penting ia menuntut keyakinan dan kesabaran. Menegur dan mengajar pun ada caranya dan tidak mudah melatah.
akubiomed menulis » Sungai Chiling tempat membidik solo dengan kamera DSLR
Setuju dengan pernyataan bro, menegur dan mengajar memang perlu menggunakan cara yang bersesuaian.
Satu perkongsian yang amat menarik,memang betul tu,komunikasi ni amat penting tak kira di mana jua kita berada
wazy menulis » Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2012
Sekadar berkongsi kerana sejak dua menjak ni, ramai yang sudah tidak mengendahkan perkara sebegini.
teknik komunikasi memang penting untuk kita berjaya dalam kehidupan dan bersama masyarakat
lewisdotmy menulis » Samsung ATIV Tab Di Malaysia
Semoga kita sentiasa cuba untuk memperbaiki teknik komunikasi kita…
cara berkomunikasi memang beri pengaruh yang besar…dari pengalaman dan sekeliling juga kita boleh belajar cara berkomunikasi dgn betul
Shahrul menulis » Mencarut, Sumpah Seranah kerana Parti Politik
tulah bro, kalau tersilap cara, kadangkala boleh membaca padah…
kene prihatin dgn persekitaran..emosi dsbnya..mmg ssh berkomunikasi secara berhemah..bkn bedal semacam..huhu
Jebeng Otai™ menulis » Tips Perniagaan Online : Pengurusan Stok