Penggunaan perkhidmatan data telefon android lebih banyak dari BlackBerry?

Penggunaan perkhidmatan data telefon android lebih banyak dari BlackBerry?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

harini cuaca nyaman sebab hujan turun dengan lebatnya malam tadi dan bagi ni, syukur alhamdulillah dikurniakan cuaca sebegini, selesa rasanya untuk bekerja dalam pejabat merangkap ruang tamu rumah ku ini. Tempoh hari selepas si hitam manis terjatuh dalam air masin, banyak komponennya yang rosak dan disebabkan kos membaikinya mencapai RM500, aku mengambil keputusan untuk membeli telefon baru. Samsung galaxy S Advance menjadi pilihan dengan budget yang aku ada pada masa itu.

Bertukar dari telefon yang mempunyai skrin sentuh dan papan kekunci QWERTY kepada telefon yang menggunakan skrin sentuh sepenuhnya sememangnya membuatkan aku kekok, pada awalnya nak menaip satu perkataan pun perlu mengulang beberapa kali kerana jari jemari yang besar ini dan tidak biasa lagi menaip menggunakan skrin sentuh. Sebelum ini walaupun telefon mempunyai skrin sentuh, aku tetap menaip menggunakan papan kekunci yang tersedia kerana ianya lebih cepat dan memudahkan.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, aku pada awalnya melanggan DiGi smartplan lite (pakej ni dah tiada), yang mempunyai kuota bulanan hanya sebanyak 300MB, namun selama hampir setahun aku menggunakan pakej ini bersama si hitam manis, tiada masalah yang dihadapi, kuota 300Mb sentiasa mencukupi walaupun aku menggunakan banyak perkhidmatan seperti email, social media apps, google maps, dan lain-lain lagi. Berbeza pula apabila aku bertukar kepada Samsung galaxy S Advance, walaupun penggunaan aku tidaklah serancak dulu disebabkan faktor perlu menaip menggunakan skrin sentuh, di tambah dengan kesibukan kerja sejak dua menjak ini, namun kuota internet aku telah penuh pada minggu ketiga pusingan bil telefon aku.


Pada mulanya aku ingat bolehlah bertahan hingga ke hujung bulan apabila amaran 75% diterima, namun harapan ku meleset, ketika masih berbaki 6 hari pada bulan itu, kuota telah habis digunakan, dan disebabkan aku memerlukan perkhidmatan itu kerana ada urusan di luar pada masa itu, aku pun bertukar ke pakej yang lebih tinggi iaitu dengan kuota 1Gb sebulan. Semoga pakej ini dapat menampung penggunaan aku selepas ini, jika tidak, mungkin aku telah membuat keputusan yang salah.

Ingatkan boleh berjimat dengan tak perlu melanggan BIS dah, tapi rupanya terpaksa ganti dengan benda lain pula. Semoga tak perlu tukar pakej dah selepas ni.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
10 July 2012 11:25
10 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Hafizul 20 September 2012 at 11:55

    emm mahal ke tak harga telefon ni?hehe..teringin juga nak pakai gadjet mcm ni..arus pergerakan gadjet mcm ni pun amat laju dan tak smepat nak ikut perkembangan dia..hehe
    Hafizul menulis » Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] JertehMy Profile

  • akubiomed 16 July 2012 at 13:54

    Kenapa bro tak kekal dengan BB?

  • dennis 12 July 2012 at 10:48

    Now aku memang banyak menggunakan android berbanding bb. feel enjoy ngn android
    dennis menulis » KELEBIHAN DAN KEKURANGAN EBOOK ARIFF SHAHMy Profile

  • Ibu Mifzal Arsyad 12 July 2012 at 8:58

    mmg android guna byk data quota banding dgn blackberry. salah satu cara nak kawalnya leh install aplikasi onavo. boleh restrict kan background data.. ada aplikasi yg kita dh tutup tp still aktif. kalau guna android ICS mmg dah ada setting data usage kt setting tu..leh tick kan restrict kan background data. so leh la jimat sket.
    Ibu Mifzal Arsyad menulis » Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)My Profile

  • Anarm 10 July 2012 at 17:28

    mesti auto sync on tu.. tutup.. tutup.. tak auto sync pon phone ok je..
    Anarm menulis » Kenapa Benci Hari Isnin?My Profile

    • eizil 10 July 2012 at 18:48

      maksudnya kalau guna google address, kena sync manual aa tiap kali erk kalau off auto sync ni?

  • eddie 10 July 2012 at 17:27

    itu la pasal…kalau pakai samsung mmg kena off…kalau x memang laju je makan badwith

    • eizil 10 July 2012 at 18:49

      owhh okay… :D itulah punca dia erk… huhuhu… rugi plaks upgrade pakej, dah taklerh nak downgrade…

  • Syafiq ?omo???? 10 July 2012 at 11:32

    auto sync dah tutup?
    Syafiq ?omo???? menulis » Spek mata baruMy Profile

    • eizil 10 July 2012 at 11:40

      auto sync tu tak tutup lagi… benda tu jejas tak untuk request email? ke takder kaitan erk?