Pengalaman pertama kali bertemu cicak pokke @ gecko
Assalamualaikum dan selamat hari ahad semua,
seperti biasa, hujung minggu biasanya aku akan balik ke kampung mertua sekiranya tiada apa-apa urusan yang perlu diselesaikan pada hujung minggu tersebut. Jumaat lepas aku dan isteri bertolak lambat sedikit daripada rumah untuk pulang, kami sampai ke kampung sekitar jam 9.30 malam. Sampai di rumah, selepas bersalam dan sebagainya, kami pun naik ke bilik untuk meletakkan barang-barang, aku melangkah masuk terlebih dahulu, kemudian isteri aku terpijak ada najis di pintu. Warna hitam dan agak banyak.
Aku memberitahu isteriku, tahi katak kot, sebab biasanya tahi katak agak besar, namun isteriku bertegas bahawa itu tahi cicak, sebab ada kesan warna putih. Terdetik di hati, besar betul cicak tu kalau tahi dia sebesar tu. Aku pun membiarkan isteriku sedang mencari-cari alat untuk mencuci najis tersebut, selepas menyalin baju, aku ingin berbaring sebentar di atas katil dan ketika itu aku ternampak seekor cicak yang begitu besar di atas dinding belakang pintu. Ini adalah pertama kali aku melihat cicak sebesar itu, terus terang memang berderau juga darah waktu tu, aku memberitahu isteriku, dia yang pada mulanya tidak nampak cicak itu masuk kembali ke dalam bilik untuk melihat, dan beliau turut terperanjant.
Kemudian aku mengambil peluang untuk mengambil beberapa gambar sebelum turun ke bawah untuk memberitahu abah (bapa mertuaku), kebetulan upacara penyampaian hadiah majlis tilawah sedang berlangsung, kami menanti terlebih dahulu sehingga rancangan selesai. Kembali ke bilik untuk mencari cicak tersebut, namun ianya telah hilang daripada belakang pintu itu, rupa-rupanya cicak tersebut telah beralih tempat daripada belakang pintu, ke muka pintu, aku boleh tak perasan waktu nak masuk bilik, selepas isteri dan adik iparku memberitahu baru aku perasan (aku kalau dah terlalu fokus kat sesuatu destinasi, biasanya tak perasan dah apa ada kiri kanan). Berbekalkan batang penyapu buluh, aku mengetuk kepala cicak pokke tersebut, terasa keras kepalanya, namun ianya tetap melekat pada dinding, kagum aku sebentar dengan kebolehan cicak ini kerana walaupun sudah tidak bernyawa, kakinya masih boleh melekat pada dinding tersebut.
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman pertama aku bertemu dengan cicak pokke @ gecko ini, suatu masa dahulu kecoh sebentar mengenai cicak ini yang dikatakan boleh merawat aids, dan dijual dengan harga puluhan ribu ringgit. Rasanya sekarang dah takder dah orang jual cicak pokke @ gecko ni, kalau ada pun, cicak tu dah mati, memang takder harga dah.


wahh sedap arr bertemu dgn pok ke..haha..ehh siap ambil ukuran lagi..pok ke tu dah mati ke??
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah
besar jugak yer tokek nie…betol ker leh kaya cepat kalau bela tokek2 nie?
Eeeee rasa geli pulakkk.
Sempat lagi bunuh dan ambik gambar ye hehe
Affan Ruslan menulis » Bermain Roller Coster di Canada’s Wonderland
emm geli ke??biasa jer sy tengok..haha..kat luar negara ada tak cicak mcm ni?pernah jmp tak?hehe
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah
Assalamualaikum….ramai juga pemburu tokek ni dtg ke kampung…
Orang Kampung menulis » Aktiviti Perbankan Tanpa Cawangan BSN
Kg man tu bro??mesti tempat tu ramai pok ke??tak pun kg tu dekat dgn hutan..hehe
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah
takut tgk haha
Geli lah dengan spesis cicak ni , tk renung lama2 pun tk boleh
puanbee menulis » Promosi Botol susu AVENT murah | botol susu bebas bpa (0% bpa)
tu aa puan bee, memang meremang gak bulu roma pertama kali nampak tu… sebab cicak ni besar betul…
gambar tahi cicak tu ada ? teringin pulak nak tengok , tahi cicak hitam putih besar2 eii
puanbee menulis » Promosi Botol susu AVENT murah | botol susu bebas bpa (0% bpa)
Hahaha..ada pulak nk tengok gambar tahi cicak..adoii mcm2 puanbee ni..
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah
Kalau anak-anak saya sudah lama menjerit dan melolong.

akubiomed menulis » Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala
masih belum ada rezeki untuk ada anak, kalau tak memang dah macam bro kata tu…
pokke bukan besar lagi ke?
sjiehan menulis » Rumah Anak Yatim Nur Kasih Memerlukan Sumbangan
bergantung kepada usia dia juga bro… dia memang boleh membesar lagi…
ha ha..ada lagi besar..
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah
besar gak ye.. ni kalau masuk dalam baju, mau nya lintang pukang lari.
Man menulis » Justin Bieber Dan Selena Gomez Pun Nak Kecoh
kalau cicak besar ni masuk dalam baju… tataulah macam mana… hahaha… sure trauma jap pastu.
haha..tak cukup tanah lari kot…waaaaa…
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah