Movie: Shooter (2007)

shooter.jpg

Shooter… daripada tajuk tu sendiri, kita dah lerh agak cerita ni sure ada kaitan dengan senapang pistol atau rifel. Memang itu pun laa kisahnya, filem ini mengisahkan bagaimana seorang penembak tepat yang berkhidmat dengan tentera Amerika. Beliau adalah antara penembak tepat terbaik di dalam Amerika pada masa itu.


Namun disebabkan misinya yang gagal di dalam perang, rakan pengakap yang bersama² berada di perang tersebut telah mati, apabila mereka telah diserang oleh helikopter selepas sambungan radio mereka ke pangkalan sementara mereka telah diputuskan. Kemudian selepas 3 tahun, seseorang daripada pihak yg berkepentingan telah datang ke rumahnya yang terletak di atas bukit bukau. Beliau telah diminta untuk menjaga keselamatan Presiden yang akan memberi ucapan. Beliau perlu memikirkan kemungkinan rancangan yang akan dilakukan oleh pembunuh tersebut.

Namun pada hari kejadian, perkara yang lain telah berlaku, apabila beliau telah memberi arahan untuk menyuruh Presiden untuk turun dari pentas. Beliau telah ditembak di bahu dan bawah perut. Dia telah diperangkap untuk dituduh sebagai penembak yang cuba membunuh presiden. Namun begitu, beliau telah berjaya melarikan diri dengan kecederaan yang dialami daripada tembakan tersebut. Beliau telah mengambil langkah² pertolongan cemas untuk memberhentikan perdarahan yang dialaminya.

Selepas itu, beliau telah dikehendaki di seluruh Amerika dengan alasan beliau adalah pembunuh. Namun seorang pegawai FBI telah di serang olehnya semasa melarikan diri. Pegawai itu telah diberitahu bahawa beliau bukanlah pembunuh sebenar dan telah diperangkap sebelum melarikan diri. Pegawai itu mengesyaki sesuatu dan telah melakukan penyiasatan mengenai perkara tersebut. Seterusnya bermulalah aksi-aksi yang menarik bagaimana beliau ingin melepaskan diri daripada kecederaan dan perangkap tersebut.

*komen*

Cerita ni macam biasa aa… macam cerita² aksi yang lain,cum ada beberapa adegan yang diubah untuk menjadikan cerita ini lebih berseri. Banyak adegan tembak-menembak yang dilakonkan di dalam filem ini. Kurang sesuai untuk budak² bawah umur… hehehe… takut terpengaruh kang. Tapi cerita yang menghiburkan untuk peminat senjata atau kisah penembak tepat dan seumpamanya.

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. wanie menulis

    elo yang mane ko menghilang hah? gwe rindu bangat nak begado ngn lho..ngahngah…ko pe citerrrrr lepas keje lupekan aku yg kiut ni sampei ati mu

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.