Movie: Open Season(2006)

Movie: Open Season(2006)

open season ver2

Seterusnya mengenai filem Open Season. Ini merupakan filem animasi yang telah berada di panggung sejak 29 september 2006. Filem yang mengisahkan seekor beruang yang telah dibesarkan di dalam pekan, dan merupakan beruang yang membuat pertunjukkan, telah di hantar ke dalam hutan untuk beliau mempelajari kehidupan sebenar. Filem ini penuh dengan babak-babak yang akan melucukan hati anda.

Keadaan menjadi lebih teruk, kerana Open Season, iaitu nama yang diberikan kepada musim memburu tersebut telah tiba semasa beruang itu di hantar. Walaupun beliau telah di hantar ke luar dari kawasan pemburuan, namun kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Semua kelompok yang berada bersama-sama beruang tadi telah hanyut di bawa air sungai ke kawasan pemburuan. Kemudian mereka telah berusaha untuk menyelamatkan diri daripada pemburu-pemburu tersebut.

Kepada peminat filem animasi, ini adalah filem yang mesti di tonton tak kira di mana jua anda berada… ehehe…. tapi memang best aa sangat cite ni… sonok jer tgk… kompom tak bosan aa kalau sesaper yang minat filem animasi… ;)


Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
22 February 2007 15:35
1 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.