Menghadapi perasaan negatif

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

kehidupan di dunia ini memang mencabar, banyak rintangan dan dugaan yang perlu kita hadapi. Seringkali kita mendengar, membaca mahupun melihat nasihat yang baik iaitu agar kita sentiasa berfikiran positif. Namun begitu, ianya bukanlah semudah yang disangka untuk kita mengubah gaya hidup, menjadikan semuanya positif. Walaupun kita telah menghadiri kursus ataupun kem motivasi agar kita menjadi positif, belum tentu selepas kita selesai menghadiri program tersebut, kita akan mampu untuk berfikiran positif.

Satu perkara yang penting dalam membuat perubahan besar begini, adalah mengambil langkah sedikit demi sedikit. Agaknya sudah menjadi lumrah, manusia sukar untuk menerima perubahan, terutama perubahan yang melibatkan perilaku, ideologi dan juga pemikiran. Walhal, ingin berubah daripada peminat minuman kopi ais kepada kopi panas pun kadangkala begitu sukar untuk kita lakukan. Perlu kita ingat, semua ini adalah dalam kawalan minda kita. Inginkan positif ataupun negatif, semuanya adalah pilihan diri kita sendiri. Emak, ayah, adik-beradik, saudara-mara, rakan-rakan dan sesiapa sahaja tidak mampu untuk mengubah cara kita berfikir. Hanya kita yang mampu mengubahnya, tetapi bagaimana?

Perkara paling penting yang perlu kita sediakan, adalah keazaman yang kuat untuk berubah. Kemudian kita pilih satu situasi yang kita seringkali memberi tanggapan negatif. Contohnya peminta sedekah mesti seorang yang penipu. Setiap kali kita nampak peminta sedekah, kita akan berfikir negatif seperti ini. Apabila ianya sudah menjadi amalan kita sejak sekian lama, pasti sukar untuk mengubah persepsi ini, tetapi ianya tidak mustahil. Jika kita ingin mengubah tanggapan kita, daripada kita berfikir peminta sedekah itu adalah penipu, kita tukar kepada, jika aku memberi sedekah, aku telah berbuat kebaikan dan akan menerima ganjaran pahala.

Anda tidak perlu memberi sedekah pada mulanya, cukup sekadar menanamkan pemahaman, bahawa apabila aku memberi sedekah, aku telah berbuat kebaikan dan akan menerima ganjaran pahala. Setiap kali anda berjumpa peminta sedekah, ulang perkara ini sehingga akan tidak lagi mempunyai pendapat, bahawa mereka adalah penipu. Ia mungkin memakan masa, tetapi sentiasa cuba mengubah tanggapan ini. Percaya atau tidak, anda akan mulai memberi sedekah setelah anda mengamalkan ayat yang positif tadi. Namun begitu, ingin diingatkan, walaupun anda mulai positif dengan peminta sedekah tadi, ada kalanya fikiran negatif tadi akan datang kembali. Biarkan ia hadir, tetapi cepat-cepat gantikannya dengan pemikiran positif tadi.

Jangan mendera diri anda untuk terus merubah banyak perkara dalam satu masa, cuma ambil satu situasi yang sering di hadapi, dan buat ulangan yang banyak sehingga anda merasa selesa dengan situasi itu. Latihan yang berterusan ini akan membolehkan anda menukar perasaan negatif kepada positif dalam lebih banyak perkara secara semulajadi. Sampai satu tahap, anda akan mengkaji yang positif terlebih dahulu sebelum menghuraikan yang negatif.

Berfikiran positif tidak bermakna kita membuta tuli menilai semua situasi adalah baik, tetapi ianya akan memberikan kita satu proses pemikiran yang lebih baik. Semasa penilaian sesuatu masalah contohnya, kita akan mencari penyelesaian dan bukannya berfikir tentang masalah tersebut. Kita akan lebih berhati-hati dalam perbualan, tiada lagi cacian atau makian, kerana perkara-perkara seperti cacian ini adalah punca utama mengapa kita akan menjurus kepada kenegatifan.


Sekadar berkongsi apa yang aku lakukan dalam kehidupan, kita hanya insan biasa, perlu sentiasa cuba untuk memperbaiki diri setiap masa, agar kehidupan lebih ceria dan cemerlang.

Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    Salam;
    Jika sebuah perniagaan kita mengalami kegagalan di sebuah lokasi, kemungkinan untuk berjaya di tempat lain adalah tidak mustahil, kita harus berfikiran dan bertindak positif.

  2. menulis

    setuju tu.
    setiap orang mesti ada perasaan negatif, bergantung bagaiman kita mengawalnya. cth yg bro dlm menderma tadi tu cth yg baik n kita kerap/biasa hadapi. jika kita faham fadhilat menderma sudah tentunya kita berfikiran positif demi mencapainya.
    kadang kita terserempak dgn budak2 penderma penipu atau sindikit yg kita pasti. pendapat peribadi, xperlulah menderma. pengutip derma tu biasanya xdapat apa2 keuntungan selain dpat makan. yg kaya/senang tokeynya. secara xlansung kita menggalakkan activiti xsihat jika menderma.
    Denaihati menulis » Harga sebuah kelekaan melampau kepada FacebookMy Profile

    • menulis

      betul gak apa bro cakap tu, kalau betul sendikit, memang kita pun tak nak sokong. Tapi kadang-kadang, jelas benda yang bukan sindikit pun dorang guna alasan yang sama untuk tidak menderma.

  3. menulis

    mengupas tentang ‘menghadapi perasaan negatif’, saya sendiri pun kekadang tidak dapat lari daripada perasaan negatif tersebut.
    apa yang eizil tulis di atas, memang tepat sekali, AZAM yang tinggi perlu ada dalam diri untuk menghadapi masalah negatif ini. dan lagi, step by step, langkah demi langkah. insyaallah kita dapat merubah diri kita ke satu tahap yang bebas daripada pemikiran sebegini.
    terima kasih bro eizil atas artikel yang berguna ini =)

  4. menulis

    Saya setuju dengan bro. Bukan mudah untuk berfikiran positif tapi perlu berusaha untuk memberi tanggapan yang baik bagi sesuatu perkara walaupun ada kala ia pahit untuk ditelan.

    p/s: Comment luv bro tidak berfungsi error “API URL not found.”

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.

Trackbacks