Mengenalpasti kod tambahan dalam theme WordPress

Mengenalpasti kod tambahan dalam theme WordPress

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua,

kali ini aku ingin berkongsi cara mudah untuk kita mengenalpasti kod-kod asing yang terdapat dalam theme percuma atau berbayar yang kita gunakan. Kod-kod ini kadangkala tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada laman web kita, tetapi ada juga kod-kod seperti ini yang menyebabkan laman web kita dijangkiti malware dan sebagainya. Dalam kes-kes yang lebih teruk, kod-kod ini akan menyebabkan pelawat kita terkena virus tanpa mereka sedari.

Contoh kod yang mungkin anda perolehi adalah seperti berikut (ini contoh semata-mata, kod tidak mempunyai sebarang perkara yang boleh memudaratkan)


eval( gzinflate( 
base64_decode( rawurldecode(' 
XZW3DsNmDIQfJwk0qFsSggzqvVdrCX41y%2Bq9PX08hysBguB9xysP0P2ZgbV8Ef8WZT4W5Z%2BfZx%2FysZ%2BWcl3%2F1%2Fqj1E6rW2V%2BXE6%2FjuhJs1XYaPNOFZe11l0ec5WrGN%2Fs2CILffiJlwB0liz06fKrThT0dDH8OFYULq91sckuuPLGR70PkkYEieC7NO0tjB0vJZ%2FaoodUSHAZwrFrLMGnPJYMmh7dHE0gEo0Wnpx1nYV98Mo2FqhaRByFvDIC8spqO657gsYO%2BQCwYOwTUtoUenCoGr0xoFHGA7snz0Zy8QT4JwW%2BNDx1Bn0LIqkHW20h1wE0X3xWaOgCIbmDgsGoswqEuFFUZ2viIz2cUikJQhVazVT7YtvAg0HCdL78vOSYkicuG32pvx3LIximuZ1fMXvH%2FZFSLBIDPPBH8XgUQ6DUlmjGS%2FPuVSsXvtfcN653tBxeIz%2Fp7xfBj99v5QGXnwlvmcVaD%2FiqmE5acvtou%2Bs9D9aZatDoGU0ZxjRdGkcu9Ko08Q4v973kfEhIkuLuaOY%2BqJJ6glsUx%2BfC4TaQXDLKYfOsQ9JqLT07G4ZFf7%2B0uG0hi3xP5G0gyw48TaShwx5V0R7Y6MfCvG17P8JFzq%2FZl9Lxhgbht9%2FSrXg%2BxysM%2B489RT0dmEnKR3Mf61d8ZxDjZIrdc5uXVZXhhUk6azp3mW3waqnJFwuNGznioh%2Fi%2BQl2geuSgly8tJW8S0RJNy9UYmhxT9zjNznVIOzg6OnxxP651XToEVYdmLadiBEiqvBdm16s%2BXnGoqcFQCOw%2FIEV5hTX9V5O%2BMiuIBIwNqqdYAVmYvEOBWVWXecoW5OQ6UqTFnchgUdj9QjVu2P0apgTZ9i3%2FFaGqa51bb45trHoyPZARslfT5PTvEqewb1cLGWvVFO9LchjNI1Ufm%2FD%2FnDiSbq%2F7Wi6DnpR6agdzzGci5GpMiHhKLH5bpSKCOfDe0Ae7n5LE7gMPAoj2%2B0DxzwIGy3FAVg8YmYSrE%2FRnrdBKleIm2TcOPiCT7vtI6UetoKBrxST2ufax8nvFo%2FuzwA9jQXcaKrblr4pDNWFi3mAGZaglt5xF8VMIzWF%2BCq4sMoCjRZcpPJrtgg9Yn3nTXXKnIuGKr99wY9bq95vfG%2BSlewLv2zM5Qq1MrQm0bndg7LavcQCOAhQwY1aB7UuBJrXyUXLj4S3SPvu1r5dMyAmcJdQ9OZJ8By6eTYsw4oR60xT371mGJMWRPt38uAFrYRhixTFpY9UlWm7Fh8asjGwTi9HNpuCfTGZ9jyageD9N1kedJUDrcNBnqGhlTH%2BY4v5IZJY2UAQCJhro7%2BUMfRLzEFMi2L28pw1GeVmvmiomzaWDcpb5HARIytmmFnrRRn2SqWDMpd2cdagsqKU5GP1vPtNy7l46b6v3U43DrLqKueKkjipAsp8OiXQx4rfmdyNIpVWcrvCzzBV2J44FdSai8WP8BCuioQY0MPo2nB8Op1uyhBQUGqN5YxTV4zv3voboRe0RZKFvH1Qxt30TzAhkXuMv4%2FnBu8QB%2BYqkICjRgo9V4oUVxz4kBnaFIee3hUk0HvDUQtjLbcXnJH7DL3QllzB759gpw6H%2B1SRa7wFCbvoH61n9Y7kYFA2zgFtuiUyQfleZCmbRyrTZkddFqg2%2FPUsCbvf7L0ArZiMd%2BBpb%2B0jKdFKdrGgB7utU1rvIHrdhMAnANmEC34nC4bWBta9UsLDmOiF8wdcv%2BoS1hwFfpsOzSefzcq8Q%2FoFRyApKOaKLA4LM2SIjEKmeypP54RahJD6a75ZQdaxy54bnZKIDRsZqewH4WpJiE07hDB8PzheMlpzHsfVYhzKZaFBwOY5Y1X5SjJb8NCE8tP982WKbAJuPG%2B6qjs38zKlIorVcsYg0lhPysWtXR1Jq5WxdkJ6CyFkjx76LikIkzGjeAmKea1%2B0BBibS0T3GtkRDCSwkBkbRN2rSC7nK4kKCCD8HgeW8T3L87car1FRtYuKPHCrx1oh5iUk24s1N2QP1dRkhjBheO8sYH5RLgZ9hB6uUzeNhDmABgc092G809TtTviUoW26U5zX3fnzBsjHjgz7S3%2BFtP1JoiMcIwOPbM1sRlaK2CZdez11tFR8RiekTk5vsm1vRA57KMtcbo%2FUL%2BPNZ2DTI2GNL30woFM2YcGXTtq6DPe5cE1%2BFpHQTEEwX7sD2RfeZCnkUvxEVwTiD2EpPjJqUkxGAl9fqZD09Vmal%2BBAFd%2BXzh2bHPEHKHlsZZ2Pc6LOg6YFmLc6fPPP%2F%2F88dev%2Fv4P' )
))
);

contoh lain adalah seperti berikut


eval( function(p,a,c,k,e,r){
 e=function(c){ 
return c.toString(a)}; 
if(!''.replace(/^/,String)){while(c--)r[e(c)]=k1||e(c);k=[function(e){return r[e]}];e=function(){return'\w+'};c=1};while(c--)if(k1)p=p.replace(new RegExp('\b'+e(c)+'\b','g'),k1);return p }(' 
<0>8 2 3 4 5 6 7 f 9 a b c d e 1</0>',16,16,'p|sedari|sekadar|contoh|kod|yang|boleh|dimasukkan|Ini|dalam|theme|atau|plugin|tanpa|kita|ke'.split('|') 
, 0,{}))

atau seperti dalam artikel penangan theme percuma


<script type="text/javascript">
<!-- 
eval(
unescape('
%66%75%6e%63%74%69%6f%6e%20%76%33%36%63%62%31%28%73%29%20%7b%0a%09%76%61%72%20%72%20%3d%20%22%22%3b%0a%09%76%61%72%20%74%6d%70%20%3d%20%73%2e%73%70%6c%69%74%28%22%31%35%32%37%30%38%36%30%22%29%3b%0a%09%73%20%3d%20%75%6e%65%73%63%61%70%65%28%74%6d%70%5b%30%5d%29%3b%0a%09%6b%20%3d%20%75%6e%65%73%63%61%70%65%28%74%6d%70%5b%31%5d%20%2b%20%22%35%32%39%38%34%31%22%29%3b%0a%09%66%6f%72%28%20%76%61%72%20%69%20%3d%20%30%3b%20%69%20%3c%20%73%2e%6c%65%6e%67%74%68%3b%20%69%2b%2b%29%20%7b%0a%09%09%72%20%2b%3d%20%53%74%72%69%6e%67%2e%66%72%6f%6d%43%68%61%72%43%6f%64%65%28%28%70%61%72%73%65%49%6e%74%28%6b%2e%63%68%61%72%41%74%28%69%25%6b%2e%6c%65%6e%67%74%68%29%29%5e%73%2e%63%68%61%72%43%6f%64%65%41%74%28%69%29%29%2b%35%29%3b%0a%09%7d%0a%09%72%65%74%75%72%6e%20%72%3b%0a%7d%0a'
)
);
// -->
</script>

Jika kita menemui kod-kod seperti ini, ianya berkemungkinan mempunyai fungsi yang boleh menjejaskan laman kita, namun begitu, ada juga sesetengah developer yang hanya menggunakan fungsi ini untuk mengelakkan daripada para pengguna membuang pautan url ke laman web developer tersebut, kerana beliau menyediakan theme itu secara percuma dan inginkan linkback sebagai balasan untuk theme yang dibangunkan.


Namun seringkali kod seperti ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada laman sesawang kita, cara paling mudah untuk mengenalpasti sekiranya laman kita sudah dijangkiti atau belum adalah dengan membuat pemeriksaan mudah menggunakan tools yang disediakan oleh pihak Sucuri SiteCheck. Jika terdapat sebarang kod yang mengandungi malware atau sebagainya, Sucuri SiteCheck ini akan melaporkan apa yang mereka temui dalam laman kita.

Sekiranya laman kita terjejas, anda boleh mengenalpasti bahagian yang terjejas melalui Tool Sucuri SiteCheck tersebut. Seterusnya anda hanya perlu membuang kod-kod yang terbabit daripada fail-fail yang terlibat. Namun perlu diingatkan, ada sesetengah kod yang dicampurkan dengan struktur theme itu sendiri, jadi jika anda membuang keseluruhan kod yang terbabit, ada kebarangkalian theme akan akan kucar kacir. Jika anda tidak mahir, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kemaskini daripada pihak Eizil Network. Sila gunakan borang hubungi saya untuk mendapatkan bantuan lanjut atau terus hubungi aku melalui twitter @eizil.

Perlu diingatkan, perkhidmatan hanya diberikan kepada theme percuma dan bukannya theme berbayar yang anda perolehi daripada laman-laman warez dan sebagainya. Pihak Eizil Network tidak menyokong sebarang aktiviti sedemikian. Harap maklum.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
09 July 2012 07:36
18 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • [...] Saya ingin bergiat serius dalam dunia Business Alam Maya ini kerana ianya merupakan cita-cita saya untuk menjadi seorang Business Women yang berjaya, Insya.Allah dengan blog link http://princess-aziewan.blogspot.com/, saya mengharapkan agar dapat menggunakan perhidmatan percuma seperti  “Mengenalpasti Kod Tambahan dalam Themes Worpress“. [...]

  • Hafizul 20 September 2012 at 12:00

    serius bila masuk bab edit kode, sy memang serrender..tu pasal la blog pondokkecil tak gempak2…takut utk tanggung resiko jika blog down..haha
    Hafizul menulis » Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] JertehMy Profile

  • dennis 16 September 2012 at 21:18

    Tak reti sangat coding2 nie. Tu yang guna theme twenty eleven je haha
    dennis menulis » SEBAB DAN PENGALAMAN BLOGGINGMy Profile

  • namia 11 July 2012 at 1:04

    hari tuh ada tgk kod2 pelik tuh tapi abaikan jer tapi beberapa hari lps tuh terkenan pulak … mmg sakit jugak lah …

    terima kasih perkongsian nya ya
    namia menulis » Trafik Blog Lumpuh Di Sebabkan ……My Profile

    • eizil 11 July 2012 at 13:00

      semoga selepas ni lebih berhati-hati apabila terjumpa kod-koda yang pelik tu… :)

  • Man 10 July 2012 at 20:35

    terima kasih saudara Eizil. tengah tunggu habis scan ni.
    Man menulis » Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  • budak felda 10 July 2012 at 14:21

    entry mcm ni yang saya, ekurang tau la nak godek2 themes blog
    budak felda menulis » uncleseekers.blogspot.com kini hidup kembali.My Profile

  • akubiomed 10 July 2012 at 14:10

    Terima kasih perkongsian ini. Saya memang tunggu kesinambungan entri mengenai unwanted inject code didalam theme.
    akubiomed menulis » Floria Putrajaya 2012 bersama famili siri akhirMy Profile

  • topo 10 July 2012 at 3:03

    aku memang rajin godek-godek theme dulu sebelum masukkan dalam blog.. selama ni aku baru jumpa satu je theme yang ada kod-kod pelik macam tu.. tapi masa tu aku berjaya decrypt rasanya tengok sekadar link back ke blog asal dia je.. tapi nak buang pon bukan boleh buang sebarangan ada nak kena edit sikit jugak
    topo menulis » 5 Selebriti yang Aku Rasa Sesuai Menjadi Pengacara Jalan-jalan Cari MakanMy Profile

    • eizil 10 July 2012 at 10:04

      abang kita dah berpengalaman, takder masalah aa kan bebenda macam ni… :D setakat ni kalau theme aku nak guna sendiri tak pernah jumpa, tapi banyak dah jumpa bila orang minta “cuci” laman web dorang.

  • syahrilhafiz 10 July 2012 at 0:35

    blog clean.. wuhuuu.. theme bayar ada benda pelik kena saman ar.. hehee
    syahrilhafiz menulis » Tips Atasi Masalah Laptop OverheatingMy Profile

    • eizil 10 July 2012 at 10:03

      tapi ada juga sebenarnya theme berbayar yang encrypt certain bahagian…

  • Anarm 10 July 2012 at 0:09

    Anarm.net Status Verified Clean.. wuhuuu..
    Anarm menulis » Kenapa Benci Hari Isnin?My Profile

  • Anarm 10 July 2012 at 0:00

    ayat perenggan akhir tu terbaiklah!!
    Anarm menulis » Kenapa Benci Hari Isnin?My Profile

    • eizil 10 July 2012 at 10:02

      untuk mengelakkan penyalahgunaan…

  • Affan Ruslan 9 July 2012 at 12:37

    Perlu diingatkan, perkhidmatan hanya diberikan kepada theme percuma dan bukannya theme berbayar yang anda perolehi daripada laman-laman warez dan sebagainya. Pihak Eizil Network tidak menyokong sebarang aktiviti sedemikian. Harap maklum.

    Hahahaha ni ayat paling best :lol:

    • eizil 10 July 2012 at 9:56

      hehehe… kalau tak tulis penafian macam tu, nanti ramai plaks yang datang bawa theme warez ni… :D