Mat rempit @ mat motor?

Mat rempit @ mat motor?

Apa bezanya antara mat rempit ni ngan mat motor? mat rempit ni biasanya menggunakan jalan bandar atau pekan untuk dijadikan pentas persembahan mereka, manakala mat2 motor pula menggunakan trek2 yang tersedia untuk dijadikan pentas persembahan mereka. Sudah tentu gejala mat rempit lebih merbahayakan orang ramai kerana mereka memandu laju dan dengan cara yang merbahaya di bandar-bandar tanpa memikirkan orang lain yang juga menggunakan jalan raya tersebut.


Sejak dua menjak ni, semakin banyak kematian disebabkan oleh gejala mat rempit ni. Kes meragut pun dah jadi kes membunuh disebabkan tiadanya kesedaran di kalangan mereka ini. Tetapi janganlah kita senang2 menuding jari mengatakan bahawa mereka yang membawa motor ber cc rendah itu “mat rempit”, bukan semua pengguna motosikal adalah “mat rempit”. Tetapi bak kata peribahasa melayu lama… “disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Kepada yang ingin melibatkan diri dalam sukan motosikal ini, kini terlalu banyak trek yang boleh disewa dengan kadar yang murah untuk dijadikan tempat untuk kita mencuba skil pemanduan dan kelajuan motor masing-masing. Contohnya baru-baru ini Melaka International Motorsport Circuit ada mengadakan track day untuk motor2 yang ingin beraksi di dalam trek. Dengan bayaran yang rendah, semua pemandu motorsikal boleh menggunakan trek yang pastinya lebih selamat untuk mengasah skil mereka.

Dahulunya kes kecurian motorsikal sering dikaitkan dengan mat rempit, namun kini gejala mat rempit ini mula merisaukan. Terasa takut untuk memberikan perempuan menggunakan beg tangan semasa di jalanan. Mereka ini tiada belas kasihan meragut tidak kira sama ada di atas motor, di tepi jalan, di perhentian bas, dan di mana-mana saja yang mereka nampak dan jumpa… Mungkin ada yang merasakan dirinya mat rempit dan berbangga dengan title tersebut. Sedarlah wahai kawan, merempit di jalanraya biasa bukanlah caranya untuk menunjuk hebat, jomlah kita masuk trek dan bertarung di dalam sana dengan peralatan yang lengkap.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
12 May 2009 15:07
0 komen