Mari bergambar dengan BlackBerry Torch 9800 #Maxis10

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

harini agak sibuk dengan aktiviti di luar, berpeluang untuk menghadiri Dialog MSC Malaysia 2010 peringkat negeri kelantan di Hotel New Pacific, Kota Bharu pagi tadi. Berpeluang berjumpa beberapa kenalan seperti bro Labanon a.k.a Adly dan ramai lagi. Aku pertama kali menghadiri program seperti ini di Kelantan, satu peluang untuk menambah kenalan di sekitar Kota Bharu dan juga negeri Kelantan. Program ini juga memberi peluang untuk mengenali beberapa orang penting dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di kelantan, MDeC, dan beberapa lagi pertubuhan yang bergiat cergas dalam membangunkan program ICT negeri kelantan.

Peluang untuk berada di dalam program seperti ini membolehkan aku mencuba telefon BlackBerry Torch ini pada tahap yang seterusnya, beberapa gambar telah aku cuba ambil, dan di sini aku dapat melihat kemampuan kamera BBTorch ini di dalam dewan yang mempunyai pencahayaan yang tidak begitu bagus dan memberikan aku peluang untuk bermain dengan pelbagai mode di dalam camera ini. Mari kita lihat beberapa gambar contoh yang aku ambil di dalam dewan tadi.

Logo berkilat pada beg kertas, di ambil menggunakan Text Scene Mode BlackBerry Torch

Ruang hadapan dewan dengan Auto Scene Mode

Di dalam BlackBerry Torch ini, terdapat 11 Scene Mode untuk dipilih sewaktu menggunakan kameranya, setiap mode mempunyai fungsi yang berlainan, jika anda tidak mahu memilih mode yang bersesuaian, mode Auto sentiasa tersedia untuk anda gunakan. Setakat ni yang telah aku cuba dengan jayanya adalah Close Up Mode, Text Mode, Sports Mode, Party Mode dan Portrait Mode. Mode yang lain masih tidak ada aktiviti yang bersesuaian untuk aku mencubanya. Kelebihan pelbagai mode ini, ianya akan memberi hasil gambar yang berlainan pada setiap keadaan yang kita gunakan. Di bawah ini adalah senarai pelbagai scene mode yang boleh dipilih pada BBTorch ini.

Scene-mode-list-on-BlackBerry-Torch-9800

Mari kita lihat pula antara kelebihan dan kelemahan kamera BlackBerry Torch 9800, kelebihan dan kelemahan ini adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakannya sepanjang tempoh percubaan ini. Mungkin ianya adalah berlainan dengan orang lain, namun aku hanya ingin berkongsi apa yang aku alami.

Kelebihan dan kekurangan

Fungsi button di sebelah kiri yang digunakan sebagai butang untuk mengaktifkan kamera ini adalah sangat memudahkan terutama untuk mereka-mereka yang suka mengambil gambar. Walaupun fungsi butang ini boleh ditukar, namun aku memang tak nak tukar, sebab ianya membuatkan mengambil gambar dengan BlackBerry Torch ini lebih mudah. Dengan sekali tekan, anda sudah boleh mengambil gambar kegemaran anda. Terdapat juga butang sentuh pada skrin BBTorch ini untuk digunakan mengambil gambar, kedua-dua butang ini berguna untuk keadaan yang berbeza. Contohnya jika aku ingin mengambil close up picture dan tidak mahu bayang2 tangan aku mengganggu gambar, aku akan gunakan butang pada skrin sentuh untuk mendapatkan gambar yang aku inginkan.

Kamera BlackBerry Torch ini didatangkan dengan 5.0Mp bersama-sama auto focus, fungsi auto focus ini memudahkan proses mengambil gambar dan juga video. Walaupun kualiti video di BBTorch ini jika dibandingkan dengan Sony Ericsson Vivaz, memang jauh bezanya. Namun bagi aku, ianya cukup untuk merakamkan aktiviti-aktiviti seharian yang tidak memerlukan kualiti yang begitu bagus. Namun untuk upacara penting seperti majlis pernikahan dan sebagainya, aku pasti akan menggunakan Vivaz untuk merakamkan upacara tersebut.

Selain itu, flash pada BBTorch ini adalah terlalu terang untuk mengambil gambar pada objek yang dekat, flash yang begitu terang itu akan membuatkan gambar yang terhasil mempunyai pencahayaan yang melampau dan menyebabkan objek tenggelam. Namun begitu, flash ini sangat berguna apabila digunakan pada jarak yang agak jauh dari objek, sesuai untuk mengambil gambar di dalam bilik yang suram pencahayaannya.

Satu lagi fungsi tambahan pada Kamera BB Torch ini adalah fungsi Geo Location yang membolehkan lokasi gambar itu disimpan di dalam File Properties gambar di dalam telefon ini. Kemudian anda boleh menggunakan fungsi “View On Map” untuk melihat kembali lokasi kedudukan semasa anda mengambil gambar tersebut. Fungsi ini berguna untuk orang-orang seperti aku yang kadangkala terlupa lokasi gambar diambil, terutama apabila mengambil gambar-gambar taman atau alam sekitar, kerana kadangkala suasana atau permandangan tempat itu adalah hampir serupa. Tapi sebab lain, aku biasanya tengok balik gambar-gambar yang di ambil untuk tempoh yang lama, so tuh yang biasanya lupa tuh. :D

Mari kita tonton cubaan aku untuk menggunakan fungsi auto focus sewaktu mengambil video menggunakan BlackBerry Torch 9800 ni. Ini merupakan video pertama yang aku rakam sepanjang menggunakannya selama lebih 10 hari ni. Mari kita saksikan, nota: video ini aku rakam secara rawak, sekadar nak cuba fungsi auto focus semata-mata

Seterusnya mari kita lihat perbandingan beberapa Scene Mode pada BlackBerry Torch dan juga perbandingan dengan gambar objek yang sama yang diambil menggunakan Sony Ericsson Vivaz dan juga K770i, semua gambar di ambil tanpa menggunakan flash.

Text Scene Mode di bawah lampu kalimantang

Auto Scene Mode BlackBerry Torch

Gambar diambil menggunakan Auto Scene Mode BlackBerry Torch

Close Up Scene Mode BlackBerry Torch

Gambar diambil menggunakan Close Up Scene Mode BlackBerry Torch

Text Scene Mode BlackBerry Torch

Gambar ini pula diambil menggunakan Text Scene Mode BlackBerry Torch, bila background warna putih, dia akan lebih kontra dengan mode ni

Gambar diambil menggunakan Sony Ericsson Vivaz

Gambar diambil menggunakan Sony Ericsson k770i

Apa pendapat anda dengan perbezaan kualiti gambar tersebut? Namun gambar pada SE Vivaz itu aku menggunakan setting 6Mp, bukan kemampuan sebenar camera Vivaz iaitu 8Mp. Berdasarkan perbandingan ini, aku boleh katakan gambar yang dihasilkan oleh Sony Ericsson k770i adalah lebih menarik. Keadaan semasa aku mengambil sample ini adalah ketika berada di bawah lampu kalimantang, bersama kertas putih sebagai lantai untuk meletakkan fridge magnet tersebut dan tanpa menggunakan flash untuk setiap telefon.

Rumusan selepas kira-kira 10 hari menggunakan BlackBerry Torch

Setelah menggunakan BlackBerry Torch ini selama kira-kira 10 hari, aku mendapati bateri BlackBerry Torch ini memang tidak tahan lama jika aku menggunakan pelbagai aplikasi dengan talian 3G, jika aku melayari laman web, menggunakan twitter, foursquare, kamera, membuka email dan beberapa lagi perkara lain, setakat ini bateri akan menunjukkan paras rendah selepas kira-kira 5jam penggunaan. Namun begitu, contohnya harini, aku menggunakan Wifi semasa dalam program tanpa talian 3G, bateri akan dapat bertahan dengan lebih lama. Buat masa ini, aku menyediakan charger ke mana sahaja aku pergi, selain charger di dalam kereta untuk kemudahan.

Kemudian BlackBerry Torch ini adalah berat daripada telefon-telefon aku yang lain, perbezaan berat yang ketara ini pada mulanya mengganggu aktiviti menggunakan telefon ini, namun setelah sekian ketika, aku sudah boleh membiasakan dengan berat telefon ini. Setiap perkara pasti akan mengalami langkah perubahan. Aku akan berkongsi lagi pengalaman dan fungsi yang lain pada artikel seterusnya. Nantikannya.

Sementara itu, anda jangan lupa membaca artikel dari Liyana di blognya mengenai Camera dan video BlackBerry Torch ini, video yang beliau ambil lebih menarik dari apa yang aku kongsikan di sini :D Jom kita usha Video & Camera Review : Chibi Dalam Sangkar. #Maxis10


Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    gambar dari sony ericcson memang cantik… nampak beza tuh… dari gambar, dan hanphone SE aku even 3.2 mp.. tapi okla dari nokia brand apa ntah member aku 5 mp… gmbr lagi blur..
    zik menulis ยป Bayi berkungfu!!My Profile

    • menulis

      aah bro, untuk test environment kali ni mmg BBTorch kalah dengan SE k770i tuh, tapi waktu outdoor, camera BB Torch ni mantap gak, cuma aku takder gambar perbandingan antara 2 phone tuh. k770i pun 3.2Mp gak macam bro. :D

      nokia tak pernah try, tapi dgr cerita nokia baru tuh pakai Carl Zeiss nyer lensa gak kan?

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.