Locking Down WordPress, Panduan keselamatan untuk anda
Assalamualaikum dan selamat pagi,
jika anda pengguna WordPress, pasti anda seringkali tertanya-tanya bagaimana untuk memastikan laman anda tidak diceroboh oleh pihak-pihak berkenaan. Code Poet telah mengeluarkan sebuah ebuku yang bertajuk Locking Down WordPress, ianya merupakan panduan yang ditulis oleh pakar WordPress mengenai apa yang boleh kita lakukan untuk memastikan laman WordPress kita tidak mudah untuk diceroboh. Ebuku setebal 39 muka surat ini menerangkan pelbagai perkara mengenai keselamatan WordPress.
Kebanyakan tips-tips dalam ebuku ini seringkali aku kongsikan dalam seminar-seminar yang aku adakan, namun ada juga tips-tips tambahan yang boleh kita ambil perhatian untuk memastikan laman kita selamat. Jika sebelum ini anda telah membaca Panduan Ringkas Keselamatan WordPress, anda bolehlah menambah pengetahuan dengan membaca ebuku Locking Down WordPress ini. Semoga laman kita tidak begitu mudah diceroboh. Seperti biasa, sekiranya anda memerlukan bantuan untuk memastikan keselamatan WordPress anda sentiasa berada dalam keadaan terkawal, anda boleh melanggan perkhidmatan sekuriti yang disediakan oleh pihak Eizil Network.
Anda boleh mendapatkan ebuku ini di halaman Locking Down WordPress, selamat menelaah semua.
emm harapan sy nak kumpul duit nak temah tema blog..dengan kelengkapan security yang terbaik…sebabnya sy sekarang masih tak tahu apa-apa tentang keselamatan blog..wordpress pun sy susah nk update..ntah kat mana silapnya…
Hafizul menulis » Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh
Kalau ada kesulitan, bolehlah bertanya kepada saya untuk bantuan lanjut…
kalau ada modal, boleh langgan terus perkhidmatan penjagaan WordPress yang saya sediakan…
memang penting ada security ni, cuma bab ebuk ni akak memang tak brapa rajin nak baca tapi kena baca jugak lah
terbaik, sekarang pun dah pasang balik plugin security.. dulu biar macam tu je.. takut gak

syahrilhafiz menulis » Wang Kertas & Duit Syiling Malaysia Terbaru
Dah download. thx utk info ini

dennis menulis » KELEBIHAN DAN KEKURANGAN EBOOK ARIFF SHAH
Boleh dikatakan hari-hari ada sahaja brutal force attack di blog saya berjaya direkodkan. Kadang-kadang tidak aman rasanya blogging.
akubiomed menulis » Wordless Wednesday – # Call me Pak Long
itu sudah menjadi asam garam apabila mempunyai laman web, anggaplah ianya sebagai cabaran yang perlu dihadapi. hidup tanpa cabaran pasti membosankan…
emm bahaya jugak kalau hari-hari kena attack..hehe..
Hafizul menulis » Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh