Langkah pertama untuk menjadi kaya
Assalamualaikum dan selamat hujung minggu,
Harini semua pelajar sekolah dan guru sudah memulakan cuti, pasti ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman, atau pergi bercuti ke pusat-pusat peranginan, tak kurang juga yang mengambil peluang untuk duduk berehat di rumah. Apapun perancangan anda, semoga berhati-hati di jalanraya dan semoga segala perancangan berjalan lancar.
Kali ini sekadar ingin berkongsi satu perkara yang seringkali diabaikan dalam mengejar kekayaan. Kepada yang tidak ingin mengumpul kekayaan, tetap boleh mendapat faedah daripada amalan ini. Nasihat mudah ini seringkali aku dengar daripada mentor-mentor yang mengajar aku pelbagai perkara dalam kehidupan, terutama dalam pengurusan perniagaan dan juga motivasi diri.
Mereka yang sudah bergelar jutawan dan hartawan ini mengamalkan satu tabiat yang sama. Mereka mengumpul kekayaan mereka kerana mereka gemar untuk berjimat cermat dan menyimpan. Kunci kekayaan bukan terletak pada berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita menyimpan.
Aku pernah berbual dengan sepasang suami isteri yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM80,000-RM95,000 sebulan, namun begitu, pendapatan mereka tidak pernah cukup. Pengurusan kewangan mereka sangat bermasalah. Mereka mengaku, jika mereka keluar untuk makan-makan atau windows shopping, sekurang-kurangnya RM2k-RM3k. Aku sendiri terkejut mendengar mereka bercerita.
Jadi disamping kita ingin menambah pendapatan bulanan, kita perlu berusaha juga untuk menambah simpanan. Jika tidak, kita akan menjadi seperti pasangan suami-isteri yang aku ceritakan tadi. Perkara yang tampak mustahil berlaku, tetapi itulah hakikatnya. Ianya boleh terjadi. Kalau semasa kecil dahulu kita boleh menabung sebaiknya, kenapa kita tidak meneruskan amalan yang baik ini?
Usah bebankan diri untuk menyimpan dalam jumlah yang banyak sekali gus. Kita perlu lihat berapa banyak yang kita selesa untuk menyimpan. Mungkin bermula dengan RM50 sebulan, dan kita tambah jumlah itu apabila kita sudah semakin selesa dengan perbelanjaan bulanan kita. InsyaAllah dengan duit simpanan itu, kita akan dapat mencapai apa yang kita inginkan. Tetapkan impian anda, pastikan ianya realistik dan boleh dilakukan, dan seterusnya bertindak agar ianya terlaksana.
Selamat hujung minggu…
Bukan senang nak senangkan, sikit2 lama isya.Allah menjadi bukit. W/pun tak banyak simpan tapi Insya’Allah dapat juga apa yang diinginkan.
Azie menulis » Sambal Sotong Petai Azie dan Petua Hilangkan Bau Petai
Terima kasih eizil di atas tips yang diberikan..sungguh sukar sebenarnya untuk menyimpan..RM10/bulan pun belum tentu jika nafsu tu membuak-buak…ke gane?hehe
Hafizul menulis » Karnival Kesihatan @ Jerteh Souq
Ya betul tu bro. Nak menyimpan ni memang bukan perkara mudah… Kena cuba sedikit demi sedikit insyaAllah akan berjaya juga nanti…
dapat ilmu dari sini
terima kasih…
Nurlaila menulis » Resep Membuat Kue Brownies Coklat Panggang
Fuhh gaji sebulan 80 – 90 k.banyak tu.
infoserius [dot] com menulis » Sup Bayi Di China
Itulah yang orang kita silap. Sepatutnya bila banyak income banyak menyimpan. Bukan Banyak berbelanja. Fikir-fikirkan
Mereka kurang satu ilmu, iaitu ilmu pengurusan kewangan. Kerja gaji besar macam mana pun, jika tak ada ilmu pasal kewangan dan self-control, duit sentiasa tak mencukupi.
Fahmi Raazali menulis » Mereka Tetap Berkata-Kata
Haha..ye doh tu..kalau bab uruskan kewangan ni fail, gaji banyak pun tak pernah cukup…
Hafizul menulis » Berapa Peratuskah Yang Anda Akan Berikan?
Dah ada 85~95K sebulan pun masih tak cukup?? Makk aihhh….sikitnya nilai rm tu pada merekaa….:(
yas menulis » Projek 100 Bloggers Bro Framestone
Kena pandai gak pusing duit, untuk maintain perjalanan duit keluar masuk.
sekali keluar 2-3k??? biasa je..saya ni sekali keluar tak kuar apa-apa.hehe =,=”
sukacuka menulis » Gambar Dalam Gambar
Bak kata pepatah Melayu,”Besar Periuk maka Besarlah Keraknya”. Berbeza dengan zaman sahabat Rasulullah serba kekurangan tapi mereka mempuyai masa untuk beribadat berbanding zaman kita ada bermacam-macam kemudahan tapi kita tak punya masa untuk bersujud kepadaNya
akubiomed menulis » Projek 100 Bloggers oleh Broframestone