Kualiti kereta proton dipertikaikan?
Assalamualaikum dan selamat hari jumaat,
mood menulis masih belum rancak seperti sebelum ini, banyak perkara yang ingin dicoretkan, tetapi jari-jemari acapkali kaku apabila menyentuh papan kekunci ini. Kali ini sekadar ingin berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai kereta Proton. Sejak pelancaran proton prevé dan seperti juga pelancaran-pelancaran model proton yang lain, rungutan, kejian, pandangan negatif ke atas jenama Proton memang tidak pernah lekang daripada komen-komen yang dilontarkan. Namun tidak kurang juga pujian yang diberikan kepada mereka yang nampak usaha gigih yang dilakukan oleh pihak Proton.
Aku juga adalah pengguna kereta Proton, kereta pertama aku yang dibeli 2nd hand adalah model proton iswara aeroback (ramai menggelar sebagai kereta kebal). Disebabkan kereta 2nd hand, ada beberapa aksesori yang sudah lusuh, namun begitu, kereta tersebut tetap gagah untuk berulang alik dari kelantan ke kuala lumpur, tak kurang juga tempat-tempat lain seperti perlis, johor, terengganu dan banyak lagi lokasi yang jaraknya beratus kilometer.
Ia merupakan antara kereta yang mudah dijaga bagi aku, kos maintenance juga tidaklah tinggi, kereta pun alhamdulillah setakat ni tak pernah meragam seperti yang seringkali diwar-warkan oleh ramai pengguna lain. Aku bukanlah ingin menyokong secara membuta tuli, ini sekadar perkongsian pengalaman sebagai pengguna kereta Proton. Selain kereta iswara itu, kereta kedua dari Proton adalah dari model Savvy. Kereta kompak yang sangat jimat minyak ini adalah kereta utama yang digunakan sekarang. Pasti ramai pengguna Savvy yang pening kepala disebabkan kos alat gantian yang sangat mahal disebabkan kebanyakan komponennya adalah dari jenama renault.
Namun begitu, aku bersyukur kerana Proton Savvy aku juga tidak pernah meragam, sekadar kerosakan kecil yang memerlukan kos yang sedikit. Sudah menjadi adat barangan atau mesin yang sering digunakan pasti ada barang-barang yang akan rosak atau haus digunakan. Sedangkan mesin yang harga berjuta pun perlu digantikan komponen-komponen tertentu, inikan pula kereta yang berharga puluhan ribu sahaja.
Apa yang aku ingin kongsikan di sini adalah cara penjagaan. Proton telah menyediakan buku panduan servis yang lengkap untuk memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Namun berapa ramai yang mengikuti jadual yang telah dicadangkan itu? Ramai yang mengambil langkah mudah dengan pergi ke bengkel biasa untuk menukar minyak hitam sahaja dan membiarkan komponen-komponen lain tidak berganti, tujuannya untuk berjimat cermat. Dan hasilnya adalah komponen-komponen tersebut digunakan dalam tempoh yang lebih lama dari tempoh selesa yang dicadangkan. Ini akan menyebabkan kereta tersebut akan lebih cepat bermasalah setelah beberapa tahun digunakan.
Mungkin ramai yang akan melenting mengatakan banyak komponen tersebut minta diganti hanya kerana Proton inginkan untung lebih, walhal semuanya telah dikaji sebelum jadual servis itu dikeluarkan. Kereta Savvy aku memang mengikuti jadual servis itu sehingga sekarang, setakat ini, tiada masalah besar yang dialami, kereta sudah menjangkau 4 tahun digunakan, ramai rakan-rakan lain yang sudah beralih arah dengan bertukar kepada model proton yang lain atau jenama kereta yang lain. Aku setakat ini masih setia kerana kereta ini memang bagus bagi aku, pemanduan di jalan berselekoh amatlah baik, ditambah dengan penggunaan minyak yang amat menjimatkan.
Jika aku ingin menukar kereta Savvy ini bukanlah kerana prestasi kereta, tetapi kerana ruangan letak barangnya yang agak kecil. Sekiranya ingin mengangkut barang yang banyak dan penumpang yang ramai, Savvy bukanlah kereta terbaik untuk tujuan itu. Apapun, usahlah kita asyik nak menyalahkan pembuat kereta (walau apa jenama sekalipun), kerana jika kita sebagai pengguna tidak menjaga dan memandu dengan baik, kereta mahal seperti BMW juga boleh tersadai di tepi jalan akibat kelalaian dan sikap kita sendiri.
yaaa ayah sy pun pakai kerta kebal ni jugak..tahun ni habis bayar..dan alhamdulillah tak pernah meragam lagi kecuali tukar tayr jer…emm betul tu eizil..kos membeli alat ganti savvy mahal…
Hafizul menulis » Giveaway Hatiputera.com
Lain orang lain seleranya. Macam aku plak, lebih prefer perodua. Lebih kecil dan sesuai untuk jejaka comel mcm aku haha. Mau aku langgar sana sini kalau kereta gedabak besar.
dennis menulis » SEBAB DAN PENGALAMAN BLOGGING
sama la..sy pun pakai viva jer..mudah nak ciluk..hahaha
Hafizul menulis » Giveaway Hatiputera.com
saya adalah pengguna proton iswara aeroback (kereta kebal) 2006. prototaip proton model ni nampak bersegi… tapi dalam ok la ada perubahan berbeza model lama. enjin pun ok juga cuma leaking pada head je… low cost untuk repair…
proton ni leceh masalah cermin la biase nye jadi…tgk keluaran baru ni terliur jugak den
Myra guna kereta Proton Wira (hubby dan Abah), 2 2 kereta selalu masalah, rasa fobia lak nak beli kereta Proton…huhuu
Myra Jay menulis » Hadiah termahal dalam berblog-Kamera Nikon D90
aik???mengikut pengalaman kawan-kawan yang pakai wira, kereta wira tahan lasak..mudah nak modified..tapi tak tau ler..sebab tak pernah pakai..
Hafizul menulis » Giveaway Hatiputera.com
Memamng bab modified sangat setuju, cuma bila usia kereta tu lebih 10tahun, hmmm memang teruk..
Myra Jay menulis » Nak poligami tak perlu keizinan Isteri
ada betulnya tu bro, kereta bapak aeroback tu memang lasak habis, cuma yang baru beli ni Proton Exora, hmm kurang dah sikit. ada rosak itu ini
rasa tengok model jugak la…dan dari segi penggunaan tu..
syahrilhafiz menulis » Proton Preve Yang Pertama Kemalangan Jalan Raya?
kereta ni memang ada kalanya kita terkena pengeluaran yang bermasalah, semua jenama kereta pun ada masalah ni, sebab setiap kali pengeluaran tu biasanya akan ada penukaran pelbagai benda.
Saya pengguna proton wira , setakat ni enjin masih bagus , lagi setahun dari sembilan tahun habis lah bayar , tak de kerosakan teruk apa , setakat ganti minyak hitam , bateri dan pendawaian sikit sahaja ..
puanbee menulis » Hilangkan sengugut dengan halia
Lama dah pakai yer puanbee… semoga kereta tersebut tidak mendatangkan apa-apa masalah besar…
beli mula2 kawin dulu
umur anak yg sulung lebih kurang .. lama betul nak habis hutang sebijik kereta , nasib tk meragam teruk2
puanbee menulis » Ulang Tayang Entri Meraih Undi Untuk Contest Gadget Impian
emm betul kan proton wira ok…emm mesti puanbee ni jenis cermat…
Hafizul menulis » Giveaway Hatiputera.com
saya telah beli proton saga fl baru tahun 2010. Dah 2 kali tombol penekan gear automatik tercaput. Boleh komen.
saya tak tahu cara penggunaan saudara, jadi tak adil kalau saya berikan komen yang membuta tuli.
Aiyak, baru 2 tahun penggunaan dah 2x tercabut..

Konpius nih
Myra Jay menulis » Nak poligami tak perlu keizinan Isteri
suka menyalahkan org, itu antara sifat masyarakat kita hari ni….
Manan Qayyim menulis » Kenangan Terindah – Sepetang Bersama Blogger #jumpadenaihati
tu aa bro… suka menyalahkan dan acapkali cuba untuk mencari kesalahan dan bukannya mencari perkara yang positif.
Ramai yang mengeluh kerana harga kereta proton lebih mahal di negara sendiri berbanding dengan harganya di luar.
Sebagai contoh, untuk memasuki pasaran eropah, proton terpaksa ikut spec yang telah ditetapkan di eropah. Spec kereta proton di luar adalah lebih tinggi berbanding dengan spec yang dipasarkan di negara ini. Tapi harganya jauh lebih murah.
Bagi mereka yang suka membandingkan kualiti dan harga yang dibayar, ini juga boleh dijadikan isu.
Walau apa pun, apabila kita menggunakan kereta, ia perlu diselenggara mengikut masa yang ditetapkan. Kereta mahal macam mana pun sekiranya tak diselenggara. Mesti pendek umurnya…

Fahmi Raazali menulis » Kita Mahu Percaya – Kenali Diri Dari Bulan Kelahiran
berkenaan harga ni, saya sendiri tak berani nak komen, sebab kurang arif dengan cukai yang dikenakan dalam negara dengan cukai yang dikenakan di luar negara. Namun begitu, jika kita ambil contoh proton exora, sebenarnya ianya lebih baik daripada toyota avanza, komen ini diberitahu oleh salah seorang pekerja toyota sendiri.
Itu perkara baru bagi saya. Bukan semua benda buatan luar negara itu bagus. Barangan tempatan juga ada yang berkualiti.
Cuma bagi sesetengah barangan tempatan, imej mereka tercalar oleh prestasi produk keluaran mereka.
Itulah pentingnya menjaga imej syarikat. Sekali tercalar ia mengambil masa yang lama untuk diperbaiki.

Fahmi Raazali menulis » Kita Mahu Percaya – Kenali Diri Dari Bulan Kelahiran
Betul bila imej tercalar, akan ambil masa untuk diperbaiki, tapi bila tiap kali cubaan untuk memperbaikinya hanya dilayan dengan cacian disebabkan produk tempatan, ianya adalah lebih kepada mentaliti pengguna sebenarnya. Mentaliti yang terlalu mengagungkan produk luar negara sehingga semua produk tempatan dipandang sebelah mata walau bagaimana pun cubaan untuk menaik taraf dilakukan.
Saya bukanlah ingin menyokong membuta tuli, betul ada kesilapan sana sini, begitu juga jenama-jenama lain, ada juga kesilapan sana sini, tetapi kesalahan jenama lain seringkali diabaikan, hanya sebab mereka jenama luar negara, namun perkara sebaliknya berlaku bila jenama tempatan yang membuat kesilapan yang sama.
setuju sangat tu, pemilik sendiri kena jaga betul-betul.
Ini pengalaman saya mengunakan 2 model Proton. Model pertama adalah Iswara Aeroback yang terkenal dengan panggilan kereta kebal. Dari segi ketahanan enjin tidak ada masalah kerana banyak Iswara digunakan sebagai teksi. Kos penyelenggaraan rendah cuma masalah yang saya alami adalah tingkap kuasa rosak dan badan kereta berjerawat. Saya jual Iswara ini kerana mahu ruang kereta yang besar.
Kereta ke 2 adalah Proton Gen2, saya suka rekabentuknya yang berlainan cuma mengalami 3 kali tukar penggera kereta Captor sebanyak 3 kali kerana masuk air hinggakan lantai kereta boleh diperah ada air. Lantai kereta Proton mempunyai material tebal supaya menyerap bunyi. Nasib baiklah semuanya berlaku didalam waktu jaminan kerana penggera Captor perlu ditukar satu set dengan kunci sekali. Sedih juga kereta didalam jaminan telah dibuka dashboard untuk mengenal pasti kebocoran tersebut.
Adakah saya akan beralih jenama lain pada masa akan datang kerana masalah-masalah ini, mungkin kereta ke 3 pun daripada Proton juga.
akubiomed menulis » Maklumat Google+ profile author pada Google search results
Saya hanya mampu bersimpati dengan bro kerana menimpa masalah tersebut, semoga sekiranya bro memilih proton juga untuk kereta ke 3, tiada masalah kebocoran dan kunci lagi…
Abah aku guna Iswara dari tahun 2001 till now sihat walafiat
cuma biasalah ada part2 body kena bikin… bocor..
cuma disini harga kereta proton sedikit mahal dan hampir serupa
dengan harga kereta import.. adakah kemungkinan cara pembikinan
dan barang2 yang digunakan diimport dr luar menjadikan harga
proton begitu?..
nurmisnan menulis » Khasiat daun parsli
saya sendiri tak berani nak komen berkenaan harga ni, sebab tak pernah ada maklumat yang lengkap mengenai kos pembangunan ataupun pengendalian kereta Proton ini sendiri. Tapi jika kita melihat tahap industri automotif tanahair, rasanya memang masih banyak barang-barang dah peralatan seperti untuk membuat acuan dan sebagainya yang masih diimport dari negara luar kerana kekurangan kepakaran dalam negara (berdasarkan perbualan dengan beberapa pekerja yang terlibat secara langsung dalam industri automotif).
bab penjagaan memang kena ikut jadual, tu betullah.,
tapi kebanyakan orang komplen pasal harganya.,
macam mana kereta buatan malaysia harganya lebih murah diluar negara berbanding dalam negara sendiri..
Botak menulis » SENI SILAT, MEROGOL DAN PERSENJATAAN
bab harga saya tak berani komen, sebab tak arif dalam bab2 cukai, ini sekadar menyentuh bab kualiti kereta proton itu sendiri.
pernah dengar juga org kata mcm tu….
Manan Qayyim menulis » Volkswagen Golf TSI : Hadiah Utama Peraduan “iPunya Beli & Menang” P1
ada betulnya juga
razifredz menulis » Jumaat sebagai “Sayyidul Aiyam”