Kisah pembulian internet buat pengajaran.

Kisah pembulian internet buat pengajaran.

Assalamualaikum dan selamat petang semua,

semoga hari anda dalam keadaan yang baik, kali ini aku sekadar ingin berkongsi kisah Amanda Todd yang telah dibuli sehingga beliau membunuh diri. Kisah ini sepatutnya kita jadikan iktibar agar tidak sewenang-wenangnya memaki atau mencaci sesiapa yang telah membuat kesalahan atau kesilapan dalam hidupnya kerana kita mungkin menjadi salah seorang pembunuh jika mereka yang kita caci, maki atau keji itu mengambil langkah mudah dengan membunuh diri untuk lari dari keadaan tersebut.

Saksikan video pengakuan yang telah dimuatnaik kira-kira sebulan lebih yang lalu.

Blog eizil yang popular kecam pembulian di internet


Amanda yang berumur 15 tahun telah membunuh diri akibat terlalu tertekan dan tidak berjaya mengawal emosinya dengan pelbagai dugaan yang ditempoh. Anda boleh lihat sendiri video yang telah dimuat naik oleh Amanda beberapa minggu sebelum dia membunuh diri.

Semoga peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita, agar tidak sesuka hati membuli sesiapa di mana sahaja kita berada. Kita pasti tidak mahu menjadi punca orang lain membunuh diri.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
17 October 2012 14:29
48 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • donnyien 30 October 2012 at 7:16

    baru tahu pula pasal video ni.. rip Amanda Todd.. semoga dijauhkan perkara sebegini.
    donnyien menulis » (True story) Dr Richard Teo – Thoughts of Life, Wealth, Success & HappinessMy Profile

  • iAwani 19 October 2012 at 14:15

    … online bully berlaku di mana-mana. Kiat perlu lengkapkan diri dengan knowledge untuk elak menjadi mangsa
    iAwani menulis » Dapatkan Domain Percuma Dengan Servis DNS Dari Ml.myMy Profile

  • shraqs 19 October 2012 at 11:07

    Lumrah dunia sekarang,.. pantang kita tersilap langkah sikit memang ramai yang akan ambik kesempatan untuk menghukum. IMHO
    shraqs menulis » Cara – Cara Root Galaxy Note IIMy Profile

  • Naziman 19 October 2012 at 4:01

    Sebenarnya tak dapat tengok video ni. tapi kalau cakap bab buli ni sebenarnya buli ni susah nak kata juga. Buli ni terlalu banyak jenis, buli dengan pyschology ada. Buli dengan keganasan pun ada.

    Biasanya permulaan orang di buli ni masa sekolah lagi. Main nama bapa, ada suruh buat itu ini, macam2. Bagi orang yang kuat, kena buli macam mana pun tetap boleh tahan. tapi kita manusia ada tahap kesabaran.

    Susah juga nak kata, saya dulu di sekolah pun kuat membuli tapi apa boleh buat, dah berlaku, yang penting tak buat lagi. Nasib baik la, orang di buli tak jadi apa-apa.
    Naziman menulis » Lagu 60an Pop Yeh Yeh terbaik Koleksi sayaMy Profile

  • KiD 18 October 2012 at 21:33

    fuuuuuhhh… kuat kesannya sampai hilang pertimbangan mendiang ketika itu.. minta dijauhkan.. SAY NO TO BULLY!
    KiD menulis » Kena Paw dengan Pomen KeretaMy Profile

  • Puan Bardboo 18 October 2012 at 19:27

    dah pernah tengok juga video ni..memang sedih..dia tak ada siapa2 untuk berkongsi masalah..dan akhirnya, ambil keputusan bunuh diri..
    Puan Bardboo menulis » Wordless Wednesday #13: Penat MenungguMy Profile

1 2