Kisah bekerja sendiri yang jarang diceritakan.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
alhamdulillah aku sudah kembali ke meja kerja sendiri selepas seminggu berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur kerana menghadiri beberapa majlis ilmu, banyak perkara yang aku belajar dan tidak kurang juga sempat bersama beberapa individu untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang ditimba sebelum ini. Semoga ilmu-ilmu yang baik akan dapat memberikan faedah kepada aku dan sesiapa sahaja yang mempelajarinya.
Kali ini sekadar ingin berkongsi kisah atau cerita disebalik keseronokan bekerja sendiri. Tujuan aku ingin berkongsi kisah ini bukan ingin menakut-nakutkan sesiapa, tetapi ianya sekadar panduan atau rujukan kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang ini. Seringkali kita disogok dengan kisah-kisah indah bekerja sendiri, seperti bebas untuk bercuti pada bila-bila masa yang kita inginkan, boleh melakukan pelbagai perkara lain tanpa kekangan dari majikan dan pelbagai lagi kisah-kisah indah yang akan dikongsikan.
Namun dalam masa yang sama, tidak ramai yang menceritakan perkara sebenar yang perlu dilalui. Memang benar bekerja sendiri bebas untuk bercuti pada bila-bila masa yang kita inginkan, tetapi dalam masa yang sama, kebiasaannya kita akan bekerja sepanjang masa kerana ingin memastikan apa yang kita cuba bina berjaya dicapai dalam tempoh waktu yang telah dirancangkan. Bekerja setiap masa ini tidak bermakna anda akan mengadap komputer setiap masa, tetapi apa yang aku maksudkan adalah, minda anda kebiasaannya akan sentiasa memikirkan apa yang anda usahakan, contohnya kalau dalam situasi aku, setiap masa aku akan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah projek ataupun mencari jalan penyelesaian baru atau idea-idea menarik yang boleh aku cadangkan kepada pelanggan-pelanggan aku.
Jika anda bekerja makan gaji anda hanya bekerja 8-12jam (bergantung kepada jenis pekerjaan), bekerja sendiri, ada kalanya anda bekerja lebih daripada 16 jam sehari. Ya ini adalah kenyataan yang jarang-jarang diberitahu oleh mereka yang menceburi bidang ini. Situasi ini mungkin akan berubah apabila anda melangkah setapak lagi menjadi empunya entiri perniagaan atau menjadi pelabur. Namun usaha yang berterusan masih perlu untuk memastikan perniagaan atau pelaburan anda mendatangkan hasil yang lumayan.
Bekerja sendiri bermaksud pendapatan anda seiring dengan usaha yang anda lakukan. Maksudnya walaupun anda bebas untuk bercuti, namun kebiasaannya anda ingin bekerja setiap hari kerana anda tahu, jika anda tidak bekerja, pendapatan anda tidak akan dapat dijana seperti yang anda inginkan (bergantung kepada jenis perniagaan).
Beberapa benda yang anda perlu persiapkan diri untuk hadapi jika anda ingin menceburkan diri dalam bidang pekerjaan sendiri ini adalah antaranya:
- Disiplin diri – kerana tiada sesiapa yang akan memantau sekiranya anda bekerja atau tidak, jika anda tidak mempunyai disiplin, banyak kerja tidak akan selesai
- Motivasi diri – anda perlu pandai untuk memotivasikan diri sendiri, kerana usaha anda berkadaran dengan pendapatan yang anda akan jana
- Tiada istilah malas – jika bekerja makan gaji anda boleh mengambil peluang untuk “curi tulang”, bekerja sendiri tiada amalan seperti ini, jika anda curi tulang, maksudnya anda akan “makan tulang anda sendiri”
- Tiada lagi alasan – jika dengan majikan anda, pelbagai alasan boleh diberikan, bekerja sendiri, anda hanya boleh menelan semua alasan-alasan tersebut untuk memastikan aktiviti perniagaan anda berjalan lancar.
- Bersedia dengan pelbagai risiko – jika bekerja makan gaji anda ada risiko dipecat, bekerja sendiri anda mempunyai risiko perniagaan anda menghadapi kerugian dan seumpamanya, jadi persiapkan diri dengan simpanan dan pelan kecemasan.
- Usah mengikut hati dan perasaan – jika anda ingin berhenti kerja dan bekerja sendiri, usah mengikut hati dan perasaan. Keluarga anda memerlukan wang ringgit anda untuk memastikan kehidupan berterusan, jika anda hanya mengikut hati dengan berhenti kerja walaupun anda masih belum pasti aktiviti perniagaan anda selepas itu akan mendatangkan hasil yang stabil, sila pastikan anda mempunyai simpanan atau pendapatan sampingan yang cukup untuk menampung keperluan asas keluarga anda.
Banyak lagi sebenarnya yang ingin aku senaraikan, tetapi ianya bergantung kepada jenis perniagaan yang ingin diceburi. Aku sentiasa berasa gembira apabila lebih ramai bangsa seagamaku yang menceburi bidang perniagaan kerana ini adalah perkara penting dalam penguasaan bidang ekonomi di negara kita dan juga ekonomi dunia secara amnya. Dalam masa yang sama, aku juga telah melihat ramai yang kecundang kerana tiada persiapan awal semasa ingin menceburi bidang yang penuh pancaroba ini, dan akhirnya mereka kembali kepada aktiviti asal bekerja makan gaji.
Satu perkara yang seringkali aku ingin sampaikan, dalam merancang sesuatu perkara, usah lihat perkara positif semata-mata, perkara negatif juga perlu diambil kira untuk mengelakkan kita daripada panik apabila sesuatu masalah itu berlaku. Semoga kita semua akan berjaya dalam apa juga yang dirancang, bekerja makan gaji juga boleh memberikan kita kehidupan yang selesa jika kita komited dengan kerja yang kita lakukan dan bukannya sekadar melayari pelbagai jaringan sosial di waktu bekerja.


dari pengalaman kawan2 yang berhenti kerja, ambil VSS, 9 dari 10 orang gagal bina perniagaan, kalau tak bersedia buatlah persediaan secukupnya, kalau tak ada ilmu carilah ilmu secukupnya.
betul kata ezil…bukan senang kerja sendiri
lensa menulis » Kehidupan Ini Adalah Satu Perniagaan Uruslah Dengan Baik
betul tu bro. kerja sendiri banyak cabaran wey

pahan menulis » Menjadi superman dalam keredupan Ahad
Post yang bagus. Betul tu motivasi perlu kuat bila berniaga sendiri. Yang penting pengurusan minda kena betul.
Memang ada hajat nak berniaga sendiri. Sedang bertindak ke arah tu. Doa2kan ye

Encik Din menulis » Marketing Cara Oppa Gangnam Style
perkongsian yang sangat menarik bro. boleh dijadikan pandun kalau nak ber bisnes sendiri
wandisini menulis » ‘Keyboard Warrior’ Dunia Internet
Harapnya begitulah bro… Semoga boleh dijadikan panduan…
lamanya tak datang komen.. hehe
kerja apa apa sekalipun mesti kena ada disiplin. tak kira la sendiri ataupun kerja dengan orang..
suka kiyosaki’s flow tu..
mohd luthfi menulis » Akhirnya, berjaya juga pijak bumi Jerman!
sy x penah lg kerja sendiri..selalu keje ngan org jer..
ariff menulis » Adam dan Hawa Episod 24
sop tabik dgn yg kerja sendiri.. satu motivasi yg hebat perlu ada

plg best kerja sendiri, byk usaha, banyak hasil nya..
Sop menulis » Wikki Stix – bermain dan bina kreativiti anak
hehe..seronok kan bila hsil yang diperolehi setimpal dengan usaha yang dibuat…
Hafizul menulis » Giveaway Hatiputera.com
bekerja sendiri hanya apabila kita betul2 sudah bersedia
beckhr00y menulis » Hosting Serverfreak | Hosting Keempat Dan Terbaru
ada org suka kerja sendiri bila dah berkemampuan dan ada juga yg suka bermajikan..
andai yang dicari sudah sy ketemui, sy akan mulakan pekerjaan sendiri…sebab 3 tahun kerja dengn org, memang tak seronok..hehe..tapi sy tak merungut sgt sebab dah rezeki kita kerja tu jer..
Hafizul menulis » Giveaway Hatiputera.com
Ada kawan ajak menjadi rakan niaga tetapi saya belum berminat lagi kerana saya mempunyai misi tersendiri yang belum tercapai.
akubiomed menulis » Kawasaki Z800 The Undisputed Super Middle Weight
emm hidup mesti ada prinsip ni..tak mcm sy..hidup kadang2 ada prinsip, kadang2 tak ada prinsip..tapi lebih kepada hangat-hangat tahi ayam jer..insyaAllah lepas ni nak tanamkan satu tekad..
Hafizul menulis » Giveaway Hatiputera.com
Salam, bekerja sendiri telah jadi pilihan saya sejak menikah…
bro maaf, nama domain untuk blog saya sudah diganti lagi. Insya Allah nama domain yang satu ini tak akan diganti lagi, terima kasih.
Dadan menulis » Hikmah Qurban
banyak cabrannya kalau bekerja swndiri ini, kalau ia diambil secara poaitif ia akan menjafi pengajaran kelak
Ajumohit menulis » Pertama kali ke Office Nuffnang!!
akaui kerja sendri memang mencabar saya rasa detik itu sewaktu berhenti kerja lama. masa sebulan dpt tempuh dengan penuh sabar. saya bos, saya kuli, saya poskan barang2 org hee.. saya buat penyata kira untung rugi..di situ ada kemanisan, pengalaman..minat..kerja sendri bukan mudah tapi mencabar akal, sabar dan ketahanan mental
suri menulis » Kamek Jiwa Berblogging
sy stil buat kerja part time walaupun dia ada beri cadangan dok umh jaga ank smbil bukak kedai niaga sy kecil-kecilan.. yapi sy tak berminat sb biasa mkn gaji. byk gak faktor sb keje makan gaji slh satuya perniagaan saya terkadang kurang juga mendapat sambutan. ada masa2 tertentu sahaja..
suri menulis » Kamek Jiwa Berblogging
Saya masih bekerja di Instansi Pemerintahan bang eizil, masih belum bisa bekerja sendiri
Blog Keperawatan menulis » Keutamaan Hikmah Qurban
penuh dengan cabaran ..insyaAllah jika ada usaha , setiap pekerjaan pasti bertemu kejayaan
syaifuddin alias menulis » 7 Ciri Blog Yang Baik (Part II)
bekerja sendiri lebih cabarannya dan perlukan usaha dan akal sendiri. kalau makan gaji tu akal tak perlu lagi berfikiran banyak kerana setiap bulan sudah pasti dapat imbuhannya.
Syarih menulis » Tiga Tahun Lagi!!
p/s : bila nak berjunpa?InsyaAllah jika ada rezeki dan jodoh..tapi bila tiba saat tu, saya pulak yang akan rasa segan.hehehe..sebab saya bukan sesiapa.. cuma orang kecil sahaja.. rasa begitu kerdil jika bertemu dengan bro.. bro dah punya nama juga, dan bro juga adalah someone dalam arena blog ni, sedangkan saya pula baru bertatih..hehehe..memang segan teramat..
boni kacak menulis » Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU, kampus Damansara
wah…setuju sangat2… tak bermakna bekerja sendiri tu lebih indah daripada makan gaji..cuma yang membezakannya, kita sendiri yang mampu mengawal keuntungan kita sendiri berbanding makan gaji yang hanya akan berapa pada tahap itu sahaja.cuma bila bekerja sendiri ni, perancangan,plan dan taktikal haruslah bijak. lebih baik kita buat tapak dahulu agar ramai yang mengenali kita. bak kata pepatah, nak membina rumah, biarlah kita kukuhkan tiang dan tapak dahulu, baru rumah yang siap tu akan utuh. bila dah utuh pula rumah tu, kita perlu bersaing pula dengan ramai pesaing..bila dah ramai pesaing, kita perlu perah otak memikirkan strategi agar menjadi lebih baik daripada pesaing kita, disitu, kekuatan mental dan fizikal perlu kuat kerana bila otak yang bekerja, kepenatan dia melebihi daripada kerja yang menggunakan fizikal.. hanya yang benar2 melepasi semua tahap tu sahaja yang dapat melangkah ke peringkat seterusnya…
boni kacak menulis » Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU, kampus Damansara