#KhidmatBlogger : Laporan 2
Assalamualaikum dan selamat petang semua,
[dropcap2]H[/dropcap2]arini jadual di pagi hari agak penuh, pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan, ditambah petang ni perlu ke Kuala Berang, memang hari yang sangat produktif, anda pula bagaimana? Di harap hari anda juga berjalan lancar. Seperti biasa, sepatutnya hari khamis aku akan memberi laporan untuk perkhidmatan #KhidmatBlogger yang aku sediakan secara percuma ini. Namun begitu, beberapa minggu lepas, banyak pertolongan yang minor dan aku mengumpul semua untuk dimasukkan dalam satu laporan terus. Sepanjang tempoh ini juga, ada 2 orang yang menempah slot, tetapi tidak menuntut atas pelbagai sebab.
[dropcap1]A[/dropcap1]ntara bantuan yang telah diberikan adalah kepada blogger didikasi.com, beliau telah memberikan beberapa persoalan untuk blog beliau, tiada bantuan teknikal secara terus yang diberikan. Persoalan berkait rapat dengan prestasi blog beliau, dan beberapa perkara berkaitan optimasi blog beliau. Di harap jawapan yang diberikan dapat membantu beliau untuk terus memajukan blog beliau ke tahap yang seterusnya.
[dropcap1]S[/dropcap1]eterusnya bantuan secara langsung yang diberikan melalui twitter tanpa tempahan telah diberikan kepada puanbee.com, beliau menghadapi masalah untuk login ke WP Dashboard blog beliau, ini adalah disebabkan pemasangan plugins yang tidak bersesuaian. Sebelum ini aku ada berkongsi artikel WordPress: Antara menggunakan plugin ataupun tidak, manakah lebih baik?, semoga kita semua lebih berhati-hati semasa memilih plugins-plugins yang ingin dipasang atau ingin dibuang. Setiap apa yang kita pasang atau buang dari blog kita, akan memberikan kesan yang berbeza-beza. Jika anda memerlukan bantuan terus melalui twitter, sila gunakan hashtag #KhidmatBlogger kerana aku sentiasa memantau hashtag ini, dan jika ada kelapangan, bantuan akan diberikan serta merta.
[dropcap1]K[/dropcap1]hidmat blogger seterusnya telah diberikan kepada blogger @sidiq90 yang menulis blog di cdiqlife.com, beliau ingin menambah ruangan author box bersama dengan ruangan hire me di bahagian single post beliau. Disebabkan beliau menggunakan theme Thesis, cara untuk meletakkan author box tersebut agak berbeza. Aku hanya memberikan kod asas untuk digunakan bersama custom_functions.php dan custom.css untuk digunakan bersama-sama theme Thesis ini, bro @sidiq90 telah berjaya meletakkan author box tersebut ke dalam blog beliau, anda boleh lihat hasilnya di ruangan single post beliau.
[dropcap1]B[/dropcap1]egitulah serba sedikit laporan untuk kali ini, jika anda memerlukan bantuan untuk tambah baikan blog anda, sila ke halaman Khidmat Blogger untuk menempah tarikh. Walaupun setakat ni untuk bulan Mei dan juga Jun sudah penuh, jika bantuan yang diperlukan itu adalah penting, anda mungkin boleh cuba mendapatkan bantuan menerusi Twitter. Cuma satu yang aku mohon, harap memahami aku menyediakan perkhidmatan ini secara percuma, janganlah sampai marah-marah apabila aku terlambat untuk memberi maklum balas sama ada di twitter mahupun email.
Petang ni nak ke Kuala Berang, singgah sebentar di Giant Kuala Terengganu, ada sesiapa yang duduk area sini nak ber #MobileOffice dengan aku?

Dah buat tempahan dan dah terima maklumbalas daripada Eizil. Terima kasih dan tunggu hari untuk dapatkan Khidmat Blogger daripada Eizil.

Kak Long Mawar Merah menulis » Dia pulang
Okay kak long mawar merah… nanti saya akan hubungi pada tarikh yang ditempah. Terima kasih
hehe thanks 4 da coding bro..lepas buat rujukan dgn coding2 sedia ada dan customize cket akhirnye jadi..tp tanpa bantuan bro mgkin xkan jadi..
so dah tempah utk kali kedua..hehe..
thanks again bro
really2 helpful
Haru menulis » Facebook- Medium Pemasaran Masakini
terima kasih kembali kerana sudi menggunakan perkhidmatan Khidmat Blogger…
eh..janganlah sampai ada yg marah2 blogger eizil yg baik hati ni he semoga berjaya bro, walaupun percuma, tapi TE tau sesuatu..
practices always make perfect
hehehe… terima kasih bro TE…
eh, ada ke yang marah2? sampainya hati. btw, suka ada khidmat2 mcm ni. next time if ada problem boleh la rujuk sini

Chybee menulis » Contest- Are You Care Enough
hehehe… biasa aaa chybee, manusia ni macam-macam perangai, apabila ada masalah yang berat, dorang akan hilang pertimbangan dan lupa segalanya.
worait, kalau ada masalah apa-apa, bitau jer aa erk…
Assalam..
Sedang tunggu turn…
iza menulis » Sambal Belacan- Aku Sudah Jatuh Cinta
Salam Iza,
lagi 3 minggu erk iza…
19/05 nanti kita bincang pasal apa yang iza perlukan yer.
Wah.. Baiknya hati bro.. Setakat ni belum ada problem lagi.. Kalau ada cuba selesaikan sendiri, at least dpt belajar sikit2.. Tapi kalau major problem yang xleh nak settle2, blh la rujuk ngan bro..
Dipersilakan jai…
kalau sekadar nak minta pendapat pun boleh… tak semestinya perlu minta selesaikan masalah tuh.
Salam,
wah menarik, bagus jugak dpt tlg kawan2

yanmie menulis » Siti Sarah Mengandung
Salam,
yup, kalau bukan blogger yang tolong blogger, siapa lagi.
bagus betul ada khidmat blogger ni..
naimulfirdaus menulis » kesilapan dalam rancangan Maharaja Lawak
sekadar membantu rakan-rakan blogger yang mempunyai masalah…
hehe. perkhidmatan percuma, tapi sangat memuaskan!
ps: wow. theme baru. cun gak ni hehe
terima kasih bro…