kesihatan: Air minuman

kesihatan: Air minuman

Assalamualaikum dan selamat petang semua,


sudah beberapa hari tidak menulis di sini, kerana kesihatan yang tidak mengizinkan aku untuk mengadap skrin komputer ini lama-lama, petang ni kesihatan sudah bertambah baik, cuma ada batuk kecil dan masih selesema sedikit, di harap esok hari akan kembali seperti sedia kala. Kebelakangan ini, cuaca tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas, dengan angin yang kuat, membuatkan badan kadangkala tidak mampu untuk mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Antara perkara yang perlu kita ambil berat apabila cuaca panas, pastikan mengambil air minuman secukupnya, untuk memastikan apabila badan kita terdehidrasi, semua cecair yang diperlukan itu akan diganti dengan air minuman tersebut.

Namun begitu, kali ini aku ingin berkongsi mengenai kualiti atau tahap kebersihan air minuman kita. Sejauh mana kita mengambil berat mengenai kebersihan air minuman di rumah kita? Adakah air minuman itu cukup bersih untuk diminum oleh kita? Semua persoalan ini adalah bergantung kepada persepsi setiap individu, aku sekadar menulis dari pengalaman hidup seharian aku menggunakan air untuk dijadikan bahan minuman. Harap tiada yang salah anggap dengan apa yang aku ingin kongsikan di sini. Aku mula mengambil berat dengan sumber bekalan air aku sejak aku berpindah ke Kota Bharu, Kelantan. Sejak aku berada di sini, sumber bekalan air di sini lebih kotor jika dibandingkan sewaktu aku tinggal di Bukit Rotan, bukan tujuan untuk menghina atau sebagainya, tetapi ini adalah hakikat yang terpaksa diterima.

Bekalan air yang diterima pada pili air di rumah kadangkala kelihatan kekuningan seperti mengandungi kandungan bendasing yang agak banyak, dan kadangkala, rasa air tersebut juga agak lain dari sumber bekalan air yang aku pernah guna di kawasan lain. Disebabkan kerisauan bekalan air itu mungkin mengandungi kandungan yang tidak bagus untuk kesihatan dalam jangka masa panjang, aku menggunakan filter air yang dihadiahkan oleh akak aku semperna perkahwinan aku tempoh hari. Sudah beberapa kali aku mencuci filter air tersebut sepanjang setahun aku tinggal di sini, dan sebentar tadi, sekali lagi aku mencuci filter tersebut, anda boleh melihat contoh kotoran yang melekat pada filter tersebut dalam gambar di bawah.

Kotoran yang tebal menyebabkan filter berwarna putih bertukar menjadi warna cokelat

Sekarang ini, terdapat banyak cara untuk kita mendapatkan sumber air yang bersih untuk dijadikan minuman seharian. Salah satu caranya adalah dengan membeli filter air yang boleh di pasang di pili dapur atau mana-mana bahagian dalam rumah anda, harga filter air ini dari puluhan ringgit hingga ratusan dan ribuan ringgit, anda boleh memilih mengikut kemampuan anda. Selain itu, terdapat banyak mesin-mesin untuk membeli air dengan harga yang murah, iaitu sekitar RM0.20 seliter, anda boleh pergi membeli air yang bersih ini apabila diperlukan. Ada juga bekalan air minuman yang di jual dalam bentuk botol 10 liter di jual di kedai-kedai runcit. Pilihan air minuman di dalam botol 10 liter ini boleh diperolehi dengan mudah di Kelantan, boleh dikatakan hampir semua kedai runcit menyediakan bekalan air seperti ini, mungkin kerana semua sedia maklum dengan kualiti bekalan air mereka di rumah. Atas kesedaran tersebut, ramai peniaga yang menyediakan bekalan air minuman untuk mereka yang memerlukan. Harga air minuman dalam botol ini adalah RM7 iaitu RM2 untuk air minuman + RM5 untuk harga botol, jika anda sudah mempunyai botol, anda hanya perlu membayar RM2 untuk isian semula air tersebut yang menjadikan nilainya RM0.20 seliter juga.

Jika sebelum ini ramai yang kecoh mengenai teh timbang yang digunakan oleh penjual minuman yang mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser, pasti anda juga ingin menjaga sumber air minuman anda, kerana jika mengandungi karat dan sebagainya, bahan ini juga boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan anda. Semoga kita akan lebih mengambil berat dengan apa yang kita makan dan minum setiap hari demi menjamin kesihatan yang baik sepanjang hayat kita di muka bumi ini.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
01 February 2011 17:38
12 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • yonna 7 February 2011 at 4:26

    masa duduk putrajaya dulu, selalu je mandi air kuning T______T terpaksa la.nak buat mcm mana. nak pegi kerja kan. sana mmg bad qualiti air dia. stresss! kalau air bersih pun, bila dah biar lama2 air masak tu, perh berkeladak bendasing. eiii geli!

    • eizil 9 February 2011 at 12:05

      owhh erk… putrajaya bandar sket nyer moden pun ada masalah air… huhuhu… memang payah gitu…

  • aimannajmy 3 February 2011 at 23:19

    saya sejak kecik lagi dah biasa di didik minum ayaq filter…pastu bila mana tepaksa minum ayaq masak (ayaq paip) jadi cam tak lalu huhu
    aimannajmy menulis » Jalan-jalan Stadium Darul Aman Kedah Part 1My Profile

    • eizil 9 February 2011 at 12:11

      owhh… baguslah kalau macam tuh, memang kalau dah biasa minum air filter, bila minum air biasa ni, akan terasa beza dia…

  • mekar 3 February 2011 at 23:15

    Betul, 75% tubuh manusia terdiri dari cecair, hanya 25% shj dari pepejal. Melalui bebrapa proses spt perpeluhan dan pernafasan tubuh kita akan kehilangan 10 gelas air sehari. Jika tidak diganti dgn air yg bersih dan selamat, manusia akan mati dlm tempoh beberapa hari sahaja.

    Nasib baik saya dah ada kesedaran minum air yg ditapis. sekurang2nya karat &klorin yg tdpt dlm air dpt di elakkan. Sya pakai jenama CNI. dAH 3 tahun pakai. alhamdulilah terasa minum air yg suci. tp kena rajin cuci filter dia juga !
    mekar menulis » Aku Seorang SurirumahMy Profile

    • eizil 9 February 2011 at 12:10

      semoga kesedaran ini akan dapat diberikan kepada lebih ramai lagi untuk kesihatan badan yang lebih baik pada masa sekarang dan akan datang.

  • madlut 2 February 2011 at 22:28

    saya rasa filter air memang dah jadi keperluan dah sekarang nie, air yang disalurkan kat kolam ikan pun pakai filter sekarang nie

    • eizil 9 February 2011 at 12:09

      tuh aa kan… air kolam pun kita bubuh filter, inikan pula air minuman kita… :D

  • tengkorak emas 2 February 2011 at 6:28

    dan jgn lupa tukar penapis dalam water filter tu hehe
    kadang kalau guna water filter pun air tu masih lagi dimasak, bergantung pada individu tula,

    bro, Bukit Rotan?Assam jawa?
    tengkorak emas menulis » Doa sebagai senjataMy Profile

    • eizil 2 February 2011 at 7:21

      yup, betul tuh bro, penapis tuh selalu kena tukar atau buat selenggaraan.

      aah, bukit rotan, assam jawa, naper bro duk area tuh ke erk?

  • ekspresiruang 1 February 2011 at 18:31

    aku pakai RO water Elken. mmg skjp je dah naik coklat kat external water filter. air kt perlis lg teruk sbb klorin tinggi
    ekspresiruang menulis » Idea konkrit- Bahagian 2My Profile

    • eizil 2 February 2011 at 7:20

      elken external tuh yang ada tangki besar tuh erk? ingatkan kat sini jer bermasalah, kat sana pun hadapi masalah yang sama erk… huhuhu…