Kereta murah, membantukah?

Kereta murah, membantukah?

Assalamualaikum dan selamat beredar dari musim cuti kepada semua,

terasa juga apabila sekali sekala bercuti lama dari kerja-kerja dan aktiviti atas talian, hampir seminggu lebih meluangkan masa bersama keluarga, sememangnya sesuatu yang indah apabila dapat bersama dengan keluarga yang tinggal jauh dari kita di waktu lain. Hari raya telah menjadi salah satu sebab untuk membolehkan semua berkumpul, dari keluarga terdekat, sehinggalah sanak saudara yang jauh. Namun sekarang tiba masa untuk meneruskan kegiataan dan pekerjaan yang belum selesai, tiada lagi alasan untuk bermalas-malasan, cuti sudi, makan sudi, bergembira sudah, keluar duit pun sudah :D hehehe. Semoga semuanya dipermudahkan.


Artikel kali ini sekadar ingin mengajak rakan pembaca berfikir bersama-sama aku dalam hal harga kereta murah ini, sejauh mana ianya akan membantu masyarakat kita secara keseluruhan. Kepada golongan berpendapatan sederhana dan tinggi, memanglah seronok apabila boleh memiliki kereta idaman pada harga yang lebih murah, namun jika difikirkan semula, kos untuk selenggara kereta-kereta yang lebih besar atau canggih ini tetap akan memberikan beban kepada belanjawan harian/bulanan/tahunan kita.

Bagaimana pula golongan yang berpendapatan rendah? adakah harga kereta murah ini akan memberikan mereka peluang untuk memiliki kereta jika sebelum ini tidak pernah memilikinya? sedangkan untuk membeli sebuah motorsikal yang harganya hanya dua tiga ribu pun kadangkala berfikir beribu kali, inikan pula ingin membeli kereta? Jadi adakah kita hanya mementingkan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi dalam memastikan ekonomi kita dalam keadaan yang baik? Persoalan-persoalan yang aku seringkali tanya kepada diri aku sendiri, tetapi kekadang diri sendiri tidak dapat menemui jawapan yang boleh melegakan hari ini.

Kenapa tiada yang ingin meningkatkan hasil pendapatan golongan-golongan yang berpendapatan rendah? Seringkali sebelum ini, mentor-mentor aku memberi nasihat, “usah pertikaikan harga barangan naik, usahakan untuk meningkatkan hasil pendapatan kita juga, kerana sampai suatu masa, memang semua barang akan meningkat harganya”. Ayat ini seringkali terlintas di fikiran dan membuatkan aku termenung jauh, memikirkan apa yang boleh aku lakukan untuk memastikan aku berada dalam keadaan yang selesa dan boleh menyediakan keperluan untuk isteri dan keluarga.

Kita boleh mengubah taraf hidup kita dan masyarakat sekeliling, tidak bermakna apabila kita membantu orang lain menjadi kaya atau lebih selesa, kita akan menjadi miskin, seringkali hasilnya adalah kita sendiri akan mempunyai kehidupan yang selesa juga. Teringat kata-kata salah seorang mentor aku, katanya, dia berusaha untuk memastikan orang bawahannya akan mencapai sekian XX pendapatan dalam tempoh YY, dan apabila beliau berjaya mencapai apa yang dicitakan itu, kehidupan beliau juga bertambah baik.

Kehidupan di dunia ini bukanlah untuk kita sendiri sahaja, sebab itu islam menyuruh kita mengeluarkan Zakat harta, fitrah dan pelbagai lagi jenis zakat yang perlu kita keluarkan sekiranya kita telah mencapai syarat yang ditetapkan. Aku banyak belajar dari mentor-mentor aku yang seringkali berkongsi cerita tanpa meminta balasan dan setiap cerita itu membuatkan aku berfikir lebih mendalam, mengubah apa jua yang aku cuba capai sebelum ini, semuanya kerana mereka telah membuka mata aku dalam sesetengah sudut pandangan disebabkan dek pengalaman yang mereka telah lalui.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
27 August 2012 23:08
13 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Hafizul 19 September 2012 at 0:01

    pengalaman kan guru yang sejati..hehe..betul kata eizil tu..sy pun nak beli motor harga 3 ribu lebih, pikir semasak-masaknya dulu..kot rasa kerugian jer..sebab nak simpan duit smp jumlah tu bertahun baru boleh..adoiii…pening-pening fikir bab duit..
    Hafizul menulis » Review Ringkas JobdirumahMy Profile

  • sensasi2020 18 September 2012 at 19:13

    Jarang kita lihat majikan kita dpt memberi kita kehidupan yg lebih drpd mereka. Harga barangan naik, tapi gaji alamak, sgt susah nak naik, tak minta dinaikkan teruslah dgn gaji lama, bila diminta naikkan, pelbagai alasan diberi.
    sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?My Profile

  • sensasi2020 18 September 2012 at 19:10

    Bagi yg gaji sederhana, kereta yg murah dah lama ditunggu-tunggu. Mereka tidak kisah akibat penyelengaraan, yg penting dpt beli, baiki itu dan ini, lain kira.
    sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?My Profile

  • sensasi2020 18 September 2012 at 19:08

    Kereta yg murah, satu kegembiraan buat mereka yg berpendapatan sederhana rendah.
    sensasi2020 menulis » Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?My Profile

  • akubiomed 29 August 2012 at 1:22

    Harga kereta murah sekali pun tentu syarat pinjaman lebih ketat.
    akubiomed menulis » Wordless Wednesday – # Next Malaysian AstronautMy Profile

  • puanbee 28 August 2012 at 20:55

    Bertuah kalau dapat mentor yang memastikan orang bawahan nya berjaya , tetapi zaman sekarang susah nak ada orang yang sanggup membantu orang lain .. kereta murah atau mahal bukan lah ukuran , asalkan ada sudah memadai .. bagi saya lah ..

    • eizil 28 August 2012 at 23:21

      Sebenarnya masih ramai yang sudi dan sanggup untuk membantu orang lain, kita hanya perlu mencari, insyaALLAH pasti akan berjumpa.

      Ya setuju, jika ada kereta untuk dinaiki sudah memadai, tujuan menulis berkenaan harga kereta ini adalah merujuk kepada kempen yang dijalankan sesetengah pihak. Ianya untuk membantu ekonomi masyarakat katanya, walhal, ada banyak lagi perkara lain yang perlu kita ambil berat untuk mengatasi masalah tersebut.

  • ApplePurple 28 August 2012 at 15:03

    Setiap rezeki yang datang atau yang akan datang…semuanya telah ditentukan olehNya..

    • eizil 28 August 2012 at 23:18

      Ya betul tu, rezeki memang sudah ditentukan, namun kita juga perlu berusaha sebelum berserah dan tawakkal kepadaNya.

  • Firdaus Latib 28 August 2012 at 13:49

    Pesan mentor dan sahabat-sahabat saya, ‘sentiasa menambah nilai dalam kehidupan orang lain’. :)
    Firdaus Latib menulis » 3 Tip Membuatkan Pemilik Blog Lain Mahukan Entri Guest Blogging KitaMy Profile

    • eizil 28 August 2012 at 23:18

      Cantik sungguh ayat yang digunakan… terima kasih atas perkongsian…