Kemaskini Februari 2012

Kemaskini Februari 2012

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu kepada semua,

sudah beberapa hari tidak berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini, tiada alasan yang boleh diberikan, semuanya terjadi pasti ada hikmahnya. Sepanjang 2012 ini, memang kehidupan aku lebih sibuk jika dibandingkan semasa 2011, banyak projek-projek yang ingin aku laksanakan dalam tahun 2012 ini. Kali ini ingin berkongsi serba sedikit dengan rakan-rakan pembaca beberapa projek yang akan dilancarkan tahun ini.


Tema WP

Pernah beberapa ketika dahulu, aku bertanya kepada rakan-rakan pembaca, apakah ciri-ciri yang diinginkan dalam sebuah tema WP. Semuanya telah aku pertimbangkan, dan pembangunan tema WP ini juga telah dimulakan. Antara ciri-ciri yang akan diperolehi:

  1. Tema responsif sepenuhnya
  2. Panel pengurusan iklan menyeluruh untuk digunakan dalam tema WP tersebut
  3. Pelbagai susunan layar tema yang boleh dipilih
  4. Pengurusan warna pelbagai elemen terus daripada panel tema
  5. Fungsi istimewa untuk kelajuan blog anda (akan diterangkan selepas tema dilepaskan)
  6. Dan banyak lagi fungsi-fungsi lain yang akan dikongsi apabila dilepaskan

Nantikan kemunculan tema ini, tarikh pelancaran masih belum boleh diberitahu, tapi dijangkakan sekitar April 2012.

Waktu Solat Plugin

Projek Waktu Solat Countdown ini masih lagi diteruskan, terdapat banyak fungsi-fungsi baru untuk kemudahan para pengguna yang akan dilepaskan dalam versi akan datang. Setakat ini, projek ini telah menerima beberapa alih bahasa dari rakan-rakan yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi kebolehan mereka bertutur dan menulis dalam bahasa asing. Jika anda juga mempunyai kebolehan tersebut dan ingin berkongsi dengan projek waktu solat ini, sila hubungi aku untuk maklumat lanjut.

WP Guardian

Ini merupakan projek yang akan dilancarkan dalam bulan Mac akan datang. Projek WP Guardian ini adalah kesinambungan daripada projek perkhidmatan sekuriti yang telah diperkenalkan tidak lama dahulu. Projek WP Guardian ini akan membolehkan anda hanya fokus kepada penulisan blog anda tanpa risau mengenai perkara-perkara lain seperti kemaskini WordPress, plugins, themes dan sebagainya. Perkhidmatan sekuriti juga akan diberikan, laman sesawang akan sentiasa dikemaskini dan diperiksa sama ada mempunyai malware atau jangkitan serangan daripada penggodam. Nantikan pelancaran projek ini dalam bulan Mac ini.

Santapanminda 2.0

Projek Santapanminda ini juga masih diteruskan pembangunannya, terdapat beberapa fungsi baru yang akan membolehkan anda untuk menyumbang kata-kata menarik ke santapanminda dengan lebih mudah. Jika sebelum ini semua kata-kata di santapanminda adalah diisi oleh aku sendiri. Namun begitu, dalam versi 2.0 akan datang, pengguna berdaftar juga boleh menyumbang kata-kata motivasi, pesanan dan pelbagai lagi yang berkaitan ke santapanminda. Semoga ianya akan menjadi projek yang dijana oleh komuniti internet di Malaysia atau mana-mana tempat di seantero dunia. Jika anda belum pernah tahu mengenai projek santapanminda ini, bolehlah mengunjungi laman web rasmi santapanminda di http://santapanminda.com atau ikuti di twitter @SantapanMinda

Pantau Kesihatan Anda

Projek ini sebenarnya sudah lama aku ingin buat, tetapi atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, projek ini terpaksa ditangguhkan. Semoga tahun 2012 ini akan memberikan ruang untuk projek ini dilaksanakan untuk kegunaan para pengguna. Projek ini akan memberikan kemudahan untuk anda memantau kesihatan anda, pemakanan, gaya hidup, dan beberapa perkara lagi. Sekiranya anda ingin membantu projek ini dari segi kewangan mahupun kemahiran, bolehlah menghubungi aku untuk butiran lanjut.

Projek-projek usahasama

Selain projek-projek yang telah aku senaraikan, terdapat juga beberapa projek yang dibangunkan atas usahasama dengan pihak lain yang tidak dapat disenaraikan buat masa ini kerana menghormati perjanjian untuk tidak mengwar-warkan projek tersebut selagi ianya belum dilancarkan. Semoga semuanya berjalan lancar.

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan setakat ini, tanpa sokongan anda semua, pasti projek-projek ini tidak akan dapat dilaksanakan. Jika terdapat maklum balas, idea dan sebagainya, bolehlah hubungi aku untuk menyampaikan perkara tersebut.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
26 February 2012 19:33
4 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Fazreen 4 March 2012 at 1:37

    Semoga bro dapat menjayakan projek ini satu demi satu. sebenarnya tak sabar nak tunggu theme wp

    • eizil 4 March 2012 at 1:54

      Terima kasih bro, insyaALLAH berkat sokongan rakan-rakan, projek ini akan dapat dilaksanakan, terutama theme wp tu.

  • akubiomed 27 February 2012 at 17:33

    Banyak projek-projek yang bakal dilaksanakan. Kebanyakkan yang disenaraikan memberi manfaat kepada pengguna. Syabas bro

    • eizil 27 February 2012 at 17:56

      Terima kasih bro, harapnya semua projek-projek ni akan berjaya dilaksanakan.