Kejutkan daku pabila september berakhir.
Assalamualaikum dan selamat pagi,
tiba-tiba ingin menulis artikel bertajuk seperti di atas selepas membaca tweet cikgu zara seperti di bawah.
Assalamualaikum. Selamat pagi semua. They said, wake me up when September ends. Last day of September
![]()
— Lord Zara ? (@Zara_Syed) September 29, 2012
Berakhirnya bulan September, bermaksud sudah tiga sukuan tahun ini telah berlalu dan hanya tinggal tiga bulan sebelum berakhirnya tahun 2012. Perancangan, azam dan pelbagai lagi yang mungkin sudah pudar dalam ingatan perlulah kita rujuk kembali. Sudah acapkali aku tulis dalam artikel terdahulu, bagaimana kita perlu berusaha untuk mencapai azam atau menyelesaikan perancangan yang telah kita atur, terutamanya pada permulaan tahun. Janganlah jadikan azam setiap tahun sekadar adat atau rutin yang hanya dinyatakan untuk mengikut trend atau khuatir ditertawakan orang lain kerana tiada azam.
Aku seperti biasa, memang akan membuat penilaian setiap tiga bulan, jatuh naik itu perkara biasa, tetapi aku akan cuba kenalpasti apa kesilapan yang telah dibuat. Tiga bulan terakhir ini aku akan gunakan untuk menyelesaikan projek-projek yang telah dirancang untuk tahun ini, disamping persediaan untuk menghadapi tahun 2013 pula. Jika kerajaan sudah menyediakan bajet 2013, aku juga tidak mahu ketinggalan untuk menyediakan bajet dan perancangan untuk 2013, kerana ekonomi diri sendiri tidak dapat diselesaikan atau dibantu oleh orang lain secara terus, kecuali kita sendiri yang merancangnya.
Seawal Januari 2013, ada beberapa program pembelajaran yang aku akan hadiri, ini adalah untuk mencuba sesuatu yang baru pada tahun 2013 nanti. Jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, insyaALLAH aku akan kongsikan pengalaman menceburi dalam bidang baru di blog ini kelak. Teringat kata-kata mentor, jika tiada pekerjaan yang boleh dijawat atau dipohon, kenapa kita tidak menyediakan pekerjaan untuk diri sendiri, pasti ianya lebih baik. Jadi kepada graduan-graduan yang masih menjadi kerja tapi menemui jalan buntu, ambil kesempatan untuk menyediakan pekerjaan anda sendiri, usah terlalu berharap dengan orang lain. Anda juga boleh melakukannya, bahkan anda boleh menyediakan pekerjaan untuk orang lain juga sekiranya semuanya berjalan lancar kelak.
Masa tidak akan menunggu kita, jika saban hari kita hanya pandai merungut tentang nasib yang kita hadapi, cubalah ambil inisiatif untuk merubah nasib tersebut dengan tindakan yang lebih baik. Rungutan tidak akan mendatangkan hasil tetapi tindakan yang baik dan usaha yang berterusan pastinya akan memberikan kita kita hasil yang lumayan. Kita mempunyai hak untuk memilih gaya hidup kita, yang penting lakukannya dengan beretika, usah menipu atau melakukan perkara yang tidak baik semata-mata ingin mencapai kehidupan yang mewah dan senang lenang.

Bila kita ingin mendapatkan impian dan kesuksesan bekerja keras dan berusaha serta berdoa adalah jalan yang harus ditempuh
Blog Keperawatan menulis » Keutamaan Hikmah Qurban
haha..ni lagu greenday ni bro ..hahaha
nice laa.. nak tuju lagu boleh ?haha
syaifuddin alias menulis » Rajin Usaha Dapat 4 Angka
Saat berganti minit,
Minit pasti menanti jam,
Jam bertemu harinya berdigit,
Genablah ia sehari semalam.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Bicara manis di tepi bibir,
Janji ditabur harus ditepati,
Tahun ini kian berakhir,
Tahun hadapan pasti hadir.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Semalam berlalu hari ini berlari,
Masa bergerak sangatlah terperi,
Sekejap pagi kini petang ke mari,
Malam menjelma esok pagi muncul kembali.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Masa yang akan menentukan,
Ke mana kita di kemudian hari,
Cuba lakukan perkara yang menguntungkan,
Pasti hati terasa sangatlah berseri.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Nasib diuji kemahuan dicari,
Apa yang kurang jangan dikeji,
Buat yang baik pasti dipuji,
Masa akan datang kita diuji.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
[...] Kejutkan daku pabila September berakhir. Sangat menarik tajuk artikel yang diberikan. Tajuk ini sungguh memberi kesan pada pondok kecil. Tajuk ini juga mengingatkan aku akan sejarah yang berlaku di bulan September. Alhamdulillah sepertimana yang dijanjikan, akhirnya rakan blogger dah pun mendapat habuanya. Pemenang cabutan bertuah dan penulis pendapat terbanyak dalam blog Eizil telah pun diumumkan. Tahniah kepada pemenang. Sungguh besar komitmen yang diberikan. Disebabkan kekangan kerja dan masa yang ada sangat terhad, membuatkan pondok kecil terlepas peluang untuk menang. Hehe. Aku suka hadiah yang Eizil berikan. Bukan wang ringgit tapi ebook tu. Wow!!! [...]
Sungguh bertuah dapat si isteri,
Orangnya ramah dan baik budi,
Apa yang diluah dibuat entri,
Supaya menjadi panduan dikemudian hari.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Siang dan malam mencari rezeki,
Untuk memilihara anak dan isteri,
Semua yang dikejari jangan lupa Ilahi,
Keran tanpa Allah hidup tak bererti.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Jari memetik menyusun kata,
Kata diluah penuh bererti,
Apa dikata mesti dikota,
Janji yang duucap harusdi tepati.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Jalan yang mana harus di tuju,
Takut nanti apa yang dibuat semakin keliru.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Sekali air bah sekali pantai berubah,
Sekali terjatuh bukan selamanya kita rebah.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Kerja dibuat tak pernah habis,
Ada saja program diatur,
Segala rintangan kena tepis,
Semoga kerja dibuat tidak luntur.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Naik dan jatuh lumrah kehidupan,
Sekali di atas sekali di bawah,
Masa mesti lihat ke hadapan,
Kalau tersasar kenalah ubah.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Masa yang ada cepat berlalu,
Tapi kehidupan masih di takuk lama.
Jangan ada pula yang buntu,
Cuba berfikir sejenak apa yang perlu ada.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.
Akhir tahun dah mula semakin dekat,
Azam dibuat belum tertunai,
Minta nasihat dan juga pendapat,
Apa yang terbaik perlulah diikuti.
sensasi2020 menulis » Pantun-Janji Ditepati.