Kaligrafi Kufi
Assalamualaikum dan selamat malam semua,
tempoh hari aku berpeluang menonton video mengenai bagaimana kaligrafi kufi ataupun kufic ini dibuat, video tersebut telah dirakam oleh abang @tekong kita. Selepas menonton video tersebut, aku terpanggil untuk mencuba hasil seni ini, beberapa cubaan untuk menulis nama aku dalam kaligrafi kufi ini telah dilakukan. Namun begitu, setelah beberapa kali cubaan, masih banyak kesilapan yang aku lakukan, aku meminta bantuan daripada @tekong untuk buatkan satu kaligrafi kufi ni untuk aku, dan hasilnya adalah seperti di bawah.
Ini adalah nama penuh aku iaitu Mohd Hadihaizil, cantik bukan? Sedikit petikan daripada wikipedia mengenai kufic ini,
Kufic is the oldest calligraphic form of the various Arabic scripts and consists of a modified form of the old Nabataean script. Its name is derived from the city of Kufa, Iraq. although it was known in Mesopotamia at least a 100 years before the foundation of Kufa. At the time of the emergence of Islam, this type of script was already in use in various parts of the Arabian Peninsula. It was in this script that the first copies of the Qur’an were written.
kepada yang ingin belajar mengenai kaligrafi ini, bolehlah merujuk kepada beberapa laman web berikut
atau mungkin boleh bertanya sendiri daripada abang @tekong kita melalui twitter. Jangan lupa untuk follow @kuficamp untuk berita-berita mengenai kaligrafi.
Entri ringkas ini untuk tatapan semua yang mungkin berminat untuk menceburi seni kaligrafi kufi ini. Jika anda mempunyai hasil kufi anda, apakata kongsikan di ruangan komen.

salam, cantik bikinan kaligrafi iini.. singgah ke blog ku juga.
cantik kufi saudara…
pergh smart kufi ni.. boleh cuba usya ni

topo menulis » Koleksi Sudu- Garpu dan Pisau yang Sangat Unik dan Kreatif
perghh, kalau bro dah pandai nanti, lerh aa kongsi ajar camner nak buat erk…
Perasan jugak bro tekong guna kufi ni
memang cantik kaligrafi kufi
saya pun teruja nak mencubanya
wazy menulis » E Book Panduan Berhenti Merokok Dalam Masa 3 Minggu
Terbekanan ngan kufi ni memang sbb nampak tekong dok guna sebagai avatar dia…
nanti kalau bro dah cuba, kongsi2lah hasil dia…
Insya Allah
ni pun tengah cari tutorial mudah nk buat kufi ni
memang cantik kalau dapat hasilnya nanti
wazy menulis » E Book Panduan Berhenti Merokok Dalam Masa 3 Minggu
boleh try usha video ni bro… http://goo.gl/iJKaz
aku sangatx1000 suka kaligrafi kufi ni. studio jauhari byk jual frame kaligrafi ni utk wall deco. mmg sgt2 berseni. tapi mahal yg amat. sampai seribu lebey sebuah. huhu
ekspresiruang menulis » Sagemcom Sixty- Telefon Old School Yang Dimodenkan
Owhh yer ke… perghh.. sampai seribu lebey… memang jenuh gak tuh…
tak try buat sendiri ke bro? tulis kufi tuh sendiri, pastu gi hantar tempah… mesti lagi murah…
yeke 1000? mhl btul ek? try buat sndiri lah….
munna menulis » Ekspo Hartanah untuk Bumiputera – jom serbu!
nice. minat gak jenis khat ni.
cuba try ambigram, pun lawa gak, tapi tu bukan khat lah hehe
Affan menulis » Pengalaman Sekolah Yang Mampu Membuatkan Anda Tersenyum
ambigram ni yang patutnya bila terbalikkan tuh dia akan boleh baca perkataan yang sama tuh kan? ke benda lain erk?
wah! Memang menarik, seni kaligrafi kufi ni memang menarik. Abang sulung aku dulu pandai buat khat kufi juga. Tapi tak taulah mana pegi skill dia sekarang.
zuls menulis » Pemenang Contest Retweet dan Menang USD5 zulscontest
Menarik kan bro…
Abang sulung bro tuh sure ada lagi skill dia tuh, tapi tak nak buat jer kot… cer minta dia buatkan satu.
kaligrafi ni macam bentuk labyrinth or maze, tapi tiada pula jalan mati,
sekali imbas, TE cuma nampak huruf m je, tak biasa tengok huhu
tengkorak emas menulis » Nak kurus ingat joegrimjow
cuba tgk untuk cari huruf jawi…
mesti boleh nampak keseluruhan kaligrafi ni.
heh! aku memang peminat seni kaligrafi nie.. (walaupun aku sendiri tak tau buat) haha..
search awangpurba.. terbaik!
menteil menulis » 5 Blog Pilihan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
thanks sbb bitau pasal awangpurba tuh, memang terbaik… uhuhuhu… mantap sungguh kaligrafi beliau
Dah macam game makan2 tu ntah apa namanya lupa dah..he3
decrewz menulis » Kenapa Mesti Entry SEO Search Engine Optimization
Game makan2? Pacman ke? hehehe…
A’ah..he3
decrewz menulis » Saya Nak Jadi Bloglist Simanis-Cadburlady
ya rabbi. kaligrafi ke? HAHAHA. patut yonna pelik apesal mcm ramai dok guna gambar ni. ingatkan ada hidden secret sebalik gambar ni T_________T thanks for the info bro! mmg menarik sangat seni kaligrafi kufi ni

yonna menulis » 24 Jam
hehe… sekali pandang, macam QR code pun ada kan…
ha’a baru TE nak komen, mcm QR code
Saya ingatkan kod QR
akubiomed menulis » Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan
sekali imbas memang macam kod QR…
ni nanti buat pakai ape2 software khas ke? tak pun pakai photoshop jek…
Fahmi Raazali menulis » Kenali Diri Sendiri Dari Bulan Kelahiran
pakai photoshop pun boleh, atau apa2 grafik editor, sebab kita yang akan kena susun sendiri setiap huruf untuk di jadikan kaligrafi ni.