jQuery: Cara menggunakan hide, show, toggle, fadeOut dan fadeIn
Assalamualaikum dan selamat pagi,
tempoh hari ada yang bertanyakan bagaimana untuk menggunakan fungsi toggle dalam jQuery dan untuk memudahkan membuat rujukan di masa akan datang, aku memberitahu beliau untuk menunggu sementara aku menulis cara-cara menggunakannya dalam artikel di blog ini. Harini aku akan berkongsi cara-cara untuk menggunakan beberapa fungsi dalam jQuery ini.
Terlebih dahulu, sebelum kita boleh menggunakan fungsi jQuery ini, kita perlu memuatkan file jquery dalam halaman yang ingin kita gunakan, kod di bawah boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
Selepas kita telah muatkan skrip jQuery seperti di atas, kita sudah boleh menggunakan fungsi-fungsi seperti hide(), show(), toggle(), fadeIn() dan juga fadeOut().
jQuery hide() dan show()
Dua fungsi ini saling berkaitan, ianya digunakan untuk memperlihatkan sesuatu elemen atau menghilangkannya. Fungsi show mempunyai format berikut, .show( [duration] [, easing] [, callback] ) dan fungsi hide mempunyai format berikut, .hide( [duration] [, easing] [, callback] ) . Contoh mudah untuk menggunakan dua fungsi ini adalah seperti kod di bawah
Anda boleh melihat contoh bagaimana fungsi ini digunakan seperti di bawah:
jQuery toggle()
Fungsi toggle ini hampir sama dengan fungsi show() dan hide(), namun begitu, fungsi toggle() lebih mudah untuk digunakan, ianya akan menukar dua kondisi yang ditetapkan, contohnya show dan hide. Fungsi ini juga mempunyai format seperti hide() dan show(), .toggle( [duration] [, easing] [, callback] ). Contoh kegunaan toggle() adalah seperti dalam kod di bawah:
Anda boleh melihat contoh bagaimana fungsi ini digunakan seperti di bawah:
jQuery fadeIn() fadeOut()
Seterusnya adalah fungsi fadeIn() dan juga fadeOut(). Dua fungsi ini menggunakan format .fadeIn( [duration] [, easing] [, callback] ) dan juga .fadeOut( [duration] [, easing] [, callback] ). Contoh kod adalah seperti di bawah
·
Anda boleh melihat contoh bagaimana fungsi ini digunakan seperti di bawah:
Kesemua fungsi ini boleh digabungkan dengan durasi 200,300,400 atau nombor yang anda inginkan, ataupun anda boleh menggunakan slow, fast ataupun menggunakan fungsi itu seadanya tanpa memberikan sebarang durasi tambahan. Durasi default akan digunakan oleh fungsi-fungsi tersebut. Jika terdapat sebarang persoalan mengenai fungsi-fungsi ini bolehlah mengemukakan persoalan di ruangan komen.
ijin save page as ya mas, saya lagi belajar jquery nih, belum punya buku nya pulak..
pernah guna… tapi cuma copy and paste sajalah…
Banyak efek menarik yang kita boleh buat dengan jquery… tinggal lagi kena tahu nak buat apa saja lagi…

Fahmi Raazali menulis » Mental Block…
Salam kenal…dan tumpang lalu. Aku pon blurr dan taktau ape2 langsung pasal ni…tp aku ingin tahu..kalo eizil sudi berkongsi kat sini…nak tanya…
1. kalau jquery lazy load tu..dia guna fade in kan? mcmane pulak kalau kita nak buat secara manual tanpa plug in dgn setting yg membolehkan certain image atau post tertentu je yg boleh guna fade in ni? ade ke? teringin nak tau…
2. apa beza durasi nombor dengan perkataan slow fast tu…kalau durasi nombor ade 200, 300 dan seterusnya mengikut durasi yg berbeza…kalau durasi slow n fast tu bersamaan dengan durasi nombor yg mana…atau durasi perkataan ni akan membuat durasi standard je?
sekadar bertanya dan rasa ingin tahu. maaf kalau terlebih tanya..
terima kasih ye eizil.
aku memang fail benda-benda cam gini. haha..
Belum ada pengalaman mengunakan JQuery sebelum ini.
akubiomed menulis » Bila serba tak menjadi
takper bro, jQuery ni kalau tak develop web, mungkin takder keperluan nak pakai…
tapi kalau guna WordPress banyak juga fungsi yang berasaskan jQuery digunakan.
Terima kasih bro!
Akhirnya ada juga rujukan untuk saya memahami dengan lebih lanjut jQuery ni. Rasanya FadeIn & FadeOut tu best untuk digunakan. Kalau yang Toggle tu dia keluar secara mengejut. Hehe.
Terima kasih sekali lagi bro!
Haah. Aku pun suka effect fade ni, effect die nampak macam sophisticated sikit haha
Affan Ruslan menulis » Jangan Lari Daripada PLKN!
tudia, nak nampak sophisticated yer abang affan kita…
ada juga fungsi slide kalau nak guna, toggle tu kalau set time dia lebih lama, mungkin kurang sket mengejutnya…