Jom hantar kad raya secara percuma
Assalamualaikum dan selamat petang,
syukur alhamdulillah kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan di bulan ramadan ini, kali ini sekadar ingin membuat tawaran kepada sesiapa yang ingin menghantar kad raya dengan mudah. Ini sekadar projek suka-suka aku semasa bulan ramadan ini. Budaya menghantar kad raya ni sudah semakin pudar kerana pelbagai teknologi lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan perkara yang sama tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak.
Namun kali ini, Eizil Network memberi peluang untuk menghantar kad raya tanpa perlu bersusah payah, anda hanya perlu mengisi borang di bawah dan pihak kami akan menghantarkan kad tersebut bagi pihak anda. Kos kad raya dan penghantaran akan ditanggung oleh pihak Eizil Network. Mudah bukan? Anda boleh menggunakan borang di bawah ini untuk menghantar kad raya kepada diri anda sendiri atau kepada orang lain yang anda ingin hantar.
Aku akan buka borang ini kepada 100 kad pertama atau sehingga tarikh 3 Ogos (menjelang petang), ini untuk membolehkan aku memproses semua kad raya yang akan dihantar. Jika anda berminat, bolehlah mengisi borang ringkas di bawah.
Tempahan kad raya telah ditutup, aku akan proses semua kad raya isnin ni insyaAllah. Terima kasih kepada yang sudi menyertai program ini.
wahh ada projek kad raya..tahun depan buat la pula..pondok kecil pun nak join..hehe
Hafizul menulis » Review Ringkas Jobdirumah
Terima kasih Admin.
Assalamualaikum wbt.
Bro nak tanya. Ada jaminan x alamat yg diisi pada form akan menjadi maklumat sulit dan x akan disiarkan atau disalagunakan. Mengambil langkah berhati2. Terima kasih.
Wassalam,
ya saya janji selepas selesai urusan penghantaran kad, semua maklumat akan dipadam untuk menjaga privasi penghantar dan penerima. Saya ikhlas nak hantar kad, bukan nak kumpul maklumat sulit.
Terima kasih bro! Moga dirahmati

muhammad fakhruddin menulis » Baca @ Ramadan 1433H: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
terima kasih kembali…
menarik ni..tak ada blogger yang buat khidmat masyarakat yang cukup menarik ni

wandisini menulis » Jangan Sia-siakan Ramadhan Ini
hehehe… projek suka-suka jer bro… jom la join…
Erk, ni khidmat masyarakat ke apa ni? Haha
sajer jer suka-suka bro…
kalau nak hantar ke kanada pun boleh…
Assalamualaikum,sekarang ini hanya dapat kad raya dari suplyer2 dari teman-teman dapat sms je
onlajer menulis » Wordless Wednesday : Myanmar Olympic?
wassalam, okaylah tu ada juga kad raya dari supplier…
saya memang dah lama tak terima kad raya ni… hehe
wahhhh budaya yang semakin dilupakan
sweetkurma menulis » wordless wednesday – siapa lah aku di sisimu
biasa aa kak, banyak perkara berubah setiap masa…
Bagus ni.. sekurang2nya tradisi lama kad raya post masih diteruskan..
support u..
nurmisnan menulis » A baby hippopotamus with giant male century old tortoise
ni terbaik bro.. haha..
zhazmi menulis » Eyriqazz vs Denaihati
ok dh hantar tempahan khas ditujukan utk wife sendiri…hehe
ejam menulis » Kesan Awal Pendidikan PERCUMA di Malaysia
ehehe, terima kasih bro sebab sudi buat tempahan…
kalau nk hantar kat ramai2 boleh x? hehe
Azah menulis » Wordless Wednesday #10
kalau masih cukup kuota tu, boleh jer, tapi bagilah peluang kat orang lain juga…
Budaya menghantar kad ucapan Raya semakin pudar.
akubiomed menulis » Coretan pada bulan Ramadhan
tu aa bro… dulu seronok kalau dapat kat raya, siap buat hiasan kat rumah