Jaringan melayu untuk pendidikan percuma.
Assalamualaikum dan selamat pagi,
harini seperti biasa sibuk dengan pelbagai urusan, hari Isnin merupakan antara hari yang biasanya penuh dengan pelbagai perkara, kerana kebanyakan pelanggan baru memulakan kerja mereka. Jadi masa inilah mereka akan bertanya atau membuat susulan mengenai projek-projek yang sedang diuruskan. Aku setiap hari rutin hampir sama, kecuali ketika pulang ke kampung. Kali ini sekadar ingin berkongsi pendapat peribadi aku mengenai pendidikan percuma.
Sekali pandang, pendidikan percuma ini memang nampak bagus, memberi kemudahan untuk rakyat melanjutkan pelajaran tanpa dibebani yuran yang tinggi dan sebagainya. Namun begitu, mari kita lihat dalam skop yang lebih luas, bagaimana mentaliti bangsa kita di Malaysia, terutama bangsa aku sendiri, iaitu bangsa melayu. Aku tidak mahu bercerita mengenai bangsa lain, kerana memang kurang arif bagaimana gaya hidup mereka, cukuplah bercerita mengenai bangsa sendiri, yang memang sejak dari kecil lagi bergaul dengan mereka.
Sudah beberapa kali aku menjadi penceramah untuk kursus atau seminar perniagaan atas talian dan pembinaan laman web. Kursus atau seminar ini diberikan percuma kepada para pelajar institusi pendidikan tersebut. Kemudahan bilik, komputer, makan disediakan sepanjang sehari atau dua hari seminar di adakan. Pelajar tidak perlu membayar walau satu sen, mereka hanya perlu meluangkan masa untuk menghadiri seminar atau kursus tersebut. Namun sambutan adalah sangat mendukacitakan, kedatangan lewat memang pasti ada, yang tidak hadir terus apatah lagi. Jadi adakah ini situasi yang kita inginkan terjadi apabila pendidikan percuma disediakan secara menyeluruh?
Bagi aku, jika benar kita ingin memberi kemudahan untuk mendapatkan pendidikan secara percuma atau ingin meringankan beban pelajar yang perlu membayar hutang pinjaman dan sebagainya, antara perkara yang perlu kita lakukan adalah untuk membina jaringan orang melayu yang kuat. Jaringan ini perlu mampu untuk menjana dana yang banyak agar boleh membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran tanpa bebanan yuran yang tinggi. Jika bangsa lain boleh berdiri sendiri tanpa mengharapkan bantuan pihak lain, kenapa tidak kita, bangsa melayu? Untuk menjana dana yang banyak, hanya boleh dilakukan dengan satu cara, iaitu perniagaan. Marilah sama-sama kita membina jaringan perniagaan melayu yang hebat, agar kita boleh menyediakan pendidikan percuma kepada semua tanpa perlu berharap kepada siapa.
Marilah sama-sama kita bangkit untuk menjadikan ini suatu kenyataan, bukan hanya duduk untuk membantah, tetapi bangkit untuk melakukan perubahan. Sudah tiba masanya kita semua bersatu padu untuk menjadi bangsa yang lebih hebat. Bangsa yang tidak hanya mengharapkan subsidi dan bantuan daripada yang lain. Apabila bangsa kita sudah maju dan kuat, apa jua pasti mampu dilakukan sendiri, aku memang bukanlah seorang ahli perniagaan yang kaya raya, namun aku tetap percaya, jika perhubungan dalam jaringan yang hebat antara orang melayu dapat dijalin, pasti impaknya sangat hebat untuk kemajuan masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Dari segi dana, perlunya umat mengembalikan semula sistem wakaf seperti yang diguna pakai Al-Azhar masa kini.
muhammad fakhruddin menulis » Warkah Andalusia: Sejenak di Gibraltar
emmm Free??? kata orang kita lebih menghargai sesuatu sekiranya barang itu mahal…kalau free sebaliknya pula. Kalau sistem pendidikan semuanya free alamatnya ramai pelajar terutama Melayu jadi malas…bagi mereka gagal atau lulus tiada bezanya…sebab FREE..
tak nak lah free…susah nanti..lagi-lagi anak melayu kini. lihat sahaja anak jiran kita bagaimana.
sukacuka menulis » Kehilangan Yang Tidak Diratapi
Sudah masanya kita perlu berubah sikap kalau mahu berjaya. Sebab itu ada pepatah ‘janji Melayu’. Ia memberi gambaran tidak baik.
2 hari lepas saya menghadiri kursus kelolaan Kolej Komuniti. Saya diberitahu yang mendaftar kursus ini lebih kurang 40 orang tetapi yang hadir separuh dan pihak pengajur telah mengeluarkan belanja membeli bahan untuk 40 orang yang janji untuk hadir.
Fikir-fikirkan lah.
akubiomed menulis » My #toshibaultrabook Z830 lebih ringan daripada kotak peralatan AkuBiomed
perkara inilah yg selalu org rumah ejam suarakan bila rancang kursus di kolej komuniti dia, yang bersetuju hendak hadir bukan main ramai dan persiapan dibuat agar cukup bahan dan keperluan, akhirnya yang datang tidak seperti dijanji…sedih.
bila tidak dibuat bising minta diadakan.
ejam menulis » Domain Ez2Beli.com dan Lesen NiagaKit Untuk Dijual