Internet berkelajuan tinggi memberi kesan kepada blogger?

Internet berkelajuan tinggi memberi kesan kepada blogger?

Assalamualaikum dan selamat petang,

harini cuaca sangat nyaman, hujan sepanjang pagi membuatkan kepanasan sebelum ini semuanya lenyap digantikan dengan suasana yang sangat selesa. Syukur alhamdulillah, semoga cuaca sebegini berkekalan. Bagaimana pula cuaca di tempat anda? semoga baik-baik sahaja, sepertimana di sini. Kali ini ingin berkongsi mengenai kesan internet berkelajuan tinggi kepada ramai blogger tempatan. Seperti kita semua sedia maklum, sekarang ini pelbagai perkhidmatan internet berkelajuan tinggi disediakan oleh beberapa syarikat tempatan dengan harga yang berpatutan, justeru itu, ramai yang beralih menggunakan perkhidmatan yang lebih laju ini, semuanya pasti dengan sebab ingin mendapatkan pengalaman melayari alam maya dengan lebih selesa.


Namun begitu, aku lihat, disebabkan internet berkelajuan tinggi ini, ada sesetengah blogger yang mengabaikan beberapa perkara penting. Antara yang paling utama, adalah tidak mengecilkan gambar yang ingin digunakan dalam artikel mereka. Mereka memuat naik gambar bersaiz yang begitu besar, sehingga kadangkala mencapai 1-2Mb satu fail. Jika anda menggunakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, mungkin gambar itu boleh dipaparkan dalam masa yang singkat, tetapi pernah tak anda terfikir bagaimana pula mereka-mereka yang masih menggunakan talian internet yang berkelajuan sederhana dan rendah?

Acapkali aku perlu menunggu untuk melihat keseluruhan gambar yang digunakan dalam sesebuah artikel, ya aku hanya menggunakan internet berkelajuan 1Mbps untuk semua aktiviti atas talian. Lebih menyedihkan, apabila blogger tersebut menggunakan platform WordPress yang telah tersedia dengan fungsi untuk mengubah saiz gambar kepada yang lebih kecil, semuanya berlaku dengan automatik, tetapi masih ramai yang menggunakan fail saiz sebenar dalam artikel. Jika anda menggunakan fail bersaiz seperti 2500x1900px (sekadar contoh), tetapi hanya “mengubah saiznya” menggunakan kod html, jumlah yang perlu para pembaca muat turun, tetap saiz sebenar gambar tersebut. Jika pembaca menggunakan talian internet yang berkelajuan sederhana atau rendah, pasti kebarangkalian mereka untuk meninggalkan blog anda lebih tinggi (kecuali blog anda memang mempunyai gambar yang terlalu sedap untuk ditinggalkan).

Semoga kita menjadi blogger yang lebih bijak, jangan disebabkan kita mempunyai internet berkelajuan tinggi, kita melupakan keperluan untuk memudahkan para pembaca kita mendapatkan apa jua maklumat yang kita cuba sampaikan. Sama-samalah kita meningkatkan kualiti blog kita untuk kemudahan semua.

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
06 April 2012 14:32
29 komen



Pendapat anda amat dihargai, jom tulis di bawah.

  • Kongsikan pendapat anda

    CommentLuv badge
  • dennis 16 September 2012 at 21:25

    Iya. Sangat memberi kesan kepada aku :) Rimas kalau loading time lama sangat.
    dennis menulis » SEBAB DAN PENGALAMAN BLOGGINGMy Profile

  • Hanif 15 May 2012 at 15:23

    haah..gambar ni beh bg masalah pd blog seseorang..tp kadang2 dah minat sgt gmbar tu nak jugak letak..he3

  • zuls 17 April 2012 at 11:01

    aku perasan aku pun ada buat juga yang upload gambar ni. Terima kasih tips berharga ni :D
    zuls menulis » Pengalaman Bermakna Di #SeminarDenaihatiMy Profile

  • pipoq 16 April 2012 at 23:41

    kadang kadang terlepas pandang jugak masalah camni..hehehe

    baru dapat pedoman blogging pasal gambo ni..
    pipoq menulis » Syariat siapa ?My Profile

  • sadiq 10 April 2012 at 23:19

    yup..betul tu..ramai yang tak amik cakna hal2 ni..penting kot.nak bagi blog kita loading lebih cepat dan mesra pengguna,elemen ini mesti dititikberatkan..
    sadiq menulis » Computer Technology and ProgressMy Profile

  • aimannajmy 10 April 2012 at 21:46

    huhu aku pun salu kecikkan gambar tu dulu, baru senang dan cepat orang nak bukak.. tp kadang pakai image hosting pun lembab jugak
    aimannajmy menulis » Sayugia – Menjadi PastiMy Profile

  • Kujie 9 April 2012 at 8:36

    suka letak gambar…..suka sgt letak gambar
    entah beribu2 gambar dah ada,
    saiz tu selalu dikecilkan, tapi tak pasti pula pada komputer org lain
    Kujie menulis » Mengembalikan Aura Positif Dalam HidupMy Profile

    • eizil 9 April 2012 at 8:43

      stakat ni, tak pernah lagi ada masalah nak buka atau baca apa2 artikel dalam blog kak jie… kalau blog kak jie, dah lama saya beritahu kak jie, ni orang lain yang saya tak kenal, so saya diamkan diri, sebab dah banyak kali orang tersalah anggap bila saya cuba nak beritahu sesuatu mengenai blog.

  • syahrilhafiz 8 April 2012 at 15:14

    aku tengok gambar..kalau rasa ada kepentingan host kat sendiri, kalau tade, tempat lain la jawabnya..tapi still gambar yang dikecilkan pelawat boleh hover untuk klik besarkan la…
    syahrilhafiz menulis » Proton Preve Baru – Adakah Anda Sudah Bersedia?My Profile

    • eizil 9 April 2012 at 3:10

      hehehe… kalau ruang hosting mencukupi, tak jadi hal kalau nak host tempat sendiri, sebab kita dah resize kan… :D

  • Omar 8 April 2012 at 7:06

    Bagi aku lah, kalau gambar atas 500kb tu dah kira besar dah, ibarat letak video klip 2 minit yang bersaiz 100Mb dalam talian, kualiti kalau stream guna HSBB memang takde masalah, cuba kalau guna berukband, sakit tu.
    Omar menulis » Bila charger buat halMy Profile

    • eizil 9 April 2012 at 3:09

      500kb tu memang besar sangat dah, kalau nak kongsi infografik yang panjang2 tu, takper aa kan, ni sekadar nak kongsi satu objek ringkas, memang sakit kalau guna internet limited.

  • Anarm 8 April 2012 at 6:50

    entri2 kat blog aku biasanya memang aku mulakan dengan gambar.. tapi gambar tu semua awal2 aku dah crop ngam2 ikut saiz lebar content blog aku.. kat photoshop aku siap create ‘action’ khas utk resize gambar.. memudahkan kerja.. tekan play je.. huhu
    Anarm menulis » Program SENYAP Vol #1.1 di PutrajayaMy Profile

    • eizil 9 April 2012 at 3:08

      siap ada create action tu, memang mantap sungguh… nanti lerh aa share action tu kat blog, boleh ramai yang guna… hehehe

      aku masih buat manual kalau nak edit2, kalau resize, juga guna windows nyer tool, lerh right click resize terus gambar.

  • Affan Ruslan 7 April 2012 at 19:27

    Haha betul. Ramai yang tak sedar.

    Selalunya saya resize image ke 600px (width), pastu kurang kan sikit kualiti. Saiz fail selalunya dalam range 40-80kb, purata satu gambar je dalam satu entry. Itupun untuk thumbnail. Harap2 tak membebankan pembaca :D
    Affan Ruslan menulis » Bercuti Daripada Dunia BlogMy Profile

    • eizil 8 April 2012 at 1:35

      sama aa kita bro… resize image untuk bagi muat dalam artikel, kalau tak nak guna dalam artikel, resize sekadar untuk muat ruangan thumbnail. Sejak dua menjak ni, sentiasa cuba kurangkan gambar dalam artikel, kecuali artikel tu betul-betul memerlukan gambar (contoh Wordless Wednesday).

  • nuriz 7 April 2012 at 7:13

    kadang kadang orang yang pakai internet kelajuan tinggi dia seronok upload sebab laju tak sedar apa, bagi yg intenet yang slow awal2 dah tau masalah tu hehe

    • eizil 9 April 2012 at 3:11

      hehehe… seronok sangat sampai tak sedar erk… :D

  • puanbee 7 April 2012 at 0:09

    Saya selalu resize dulu .. guna photoscape aje pun , sesetengah orang tak tahu edit gambat , main upload jek .. itu pasal le kot.. andaian saya jek
    puanbee menulis » Dara Semula Dengan Vibrant Kegel DeviceMy Profile

    • eizil 7 April 2012 at 4:43

      Ada betulnya ada yang tak pandai, tapi yang saya jumpa ni, memang orang yang pandai edit2 gambar (sebab pernah nampak dia dok edit gambar), jadi memang tak ambil berat pasal saiz aa kot. huhuhu

    • Affan Ruslan 7 April 2012 at 19:29

      Hehe saya pun guna photoscape. Ada photoshop, tapi malas nak guna kalau tak melibatkan proses mengedit gambar yang berat. PS lambat nak loading masa awal-awal launch software tu. Lagipun photoscape laju, dan boleh edit gambar (tukar tone, resize dsb) secara pukal :D
      Affan Ruslan menulis » Bercuti Daripada Dunia BlogMy Profile

  • akubiomed 6 April 2012 at 16:03

    Elok dikekalkan saiz fail kecil terutama gambar. Kesian kepada pengunjung yang tidak mempunyai broadband kelajuan tinggi.
    akubiomed menulis » SENYAP Vol #1.1 menampilkan Altimet dan Bro FramestoneMy Profile

    • eizil 7 April 2012 at 4:44

      tu aa bro, banyak jer cara mudah nak kecilkan saiz gambar ni, tapi masih ramai yang tidak ambil berat.

  • Shahrul 6 April 2012 at 15:56

    betul tu, bukan semua ada high speed broadband
    Shahrul menulis » Patutkah Kepimpinan FAM Dibubar?My Profile

    • eizil 7 April 2012 at 4:43

      tu aa kan bro, tapi ada yang terlupa perkara ni sebab dok seronok sendiri boleh buka tanpa masalah :D

  • Syafiq ?omo???? 6 April 2012 at 14:35

    hamboiiiiiiiii 1-2mb gambor. aku nak naik 200kb pun rasa kesian.
    maksimum sekarang aku upload 1000px, show in post 600px. sebab wide post aku 650px. 600px just nice.

    kalau tak kesian dengan orang yang ada net laju, at least kesian dengan orang yang guna limit bandwith package.
    Syafiq ?omo???? menulis » laman ini dalam pemindahanMy Profile

    • eizil 6 April 2012 at 14:40

      tu aa bro, ini kisah benar, gambar sampai 1.6Mb letak kat artikel, sempat aa layan benda lain dulu baru boleh load gambar kat artikel. Kalau yang guna limit bandwidth tu, memang dah lama tutup, sebab macam tak berbaloi nak tunggu load 1 gambar jer. :D