Ini adalah kata laluanku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi ini dimulakan dengan agak lembap, disebabkan talian celcom broadband membuat hal dan menyebabkan aku tidak boleh melayari internet seperti biasa, semua kerja-kerja yang berlonggok itu tidak surut pun longgokannya. Mungkin sudah tiba masa untuk aku berdaftar kembali dengan streamyx, semoga prestasinya tidak akan mengecewakan aku seperti talian celcom ini sekarang. Harini sekadar nak berkongsi mengenai kata laluan atau dengan bahasa lainnya, passwordatau kennwort.

kata laluan lock Ini adalah kata laluanku

Kata laluan


Berapa ramai antara anda yang menggunakan hanya 1 atau 2 kata laluan untuk aktiviti di internet atau di luar? aku sendiri tidak pasti jawapannya, tapi jika dalam lingkungan kenalan aku, kebanyakkannya menggunakan 2 kata laluan, jarang sekali yang menggunakan lebih dari itu. Mari kita lihat kenapa mereka menggunakan 1 atau 2 kata laluan sahaja?

Susahlah nak ingat kata laluan kalau guna yang berlainan setiap kali.
Kenapa aku nak kena ada banyak kata laluan? aku bukannya berkongsi kata laluan aku dengan orang lain, takkan orang lain tahu.

jawapan pertama itu, yang paling banyak aku perolehi bila bertanya soalan yang sedemikian. Memang aku sendiri akui, memang agak sukar untuk mengingati kata laluan yang banyak, namun sebenarnya ada cara mudah untuk kita pelbagaikan kata laluan dengan menggunakan satu kata kunci asas.

contohnya kata laluanku adalah Hadihaizil bagaimana kita boleh pelbagaikan perkataan ini?
1. kita gunakan tulisan menggunakan nombor h4d1h41z1l – kata laluan masih menggunakan perkataan yang sama, tetapi penulisan yang berbeza.
2. kita tambah abjad untuk kata laluan ini, contohnya fbhadihaizil atau hadihaizilfb kita gunakan fb sebagai penunjuk ini adalah kata laluan untuk facebook.
3. kita tambah nombor ke dalam kata laluan ini, contohnya hadihaizil5054 nombor 5054 yang merupakan penghujung nombor ic digunakan di sini atau kita boleh gunakan tarikh lahir.
4. kita gabungkan nombor dan abjad tadi, contohnya fbhadihaizil5054 – pasti semakin sukar untuk orang mengetahui kata laluan kita.

pada awalnya, mungkin kita masih tidak biasa dengan cara ini, tetapi jika kita mengamalkannya, kita akan boleh mempunyai banyak kata laluan untuk setiap perkara yang kita gunakan. Sama ada kata laluan itu adalah untuk perbankkan online, atau laman jaringan sosial atau kata laluan untuk blog anda. Jika kita menggunakan kata laluan yang sama, jika salah satu dari aplikasi online kita mempunyai masalah dan telah diceroboh, kemungkinan untuk kemusnahan semua perkara-perkara yang lain amat tinggi.

semalam semasa aku nak masuk ke dalam akaun google aku, terpampang halaman untuk mengemaskini maklumat untuk aku recover akaun aku senadainya terdapat sebarang masalah.

google accounts Ini adalah kata laluanku

Google account recovery option


Kalini aku menambah nombor telefon, kerana khuatir sebarang yang tidak diingini berlaku. Account google aku ni dah jadi sebahagian daripada medium penting dalam aktiviti seharian aku selaku seorang blogger dan pengaturcara sepenuh masa. Anda boleh membaca butiran lanjut mengenai recovery option ni di Update your recovery options : Google Accounts – account help

Aku biasanya akan menggunakan satu kata laluan biasa untuk laman-laman web yang bagi aku tidak penting, seperti forum-forum dan password berbeza untuk email, bank, blog atau aplikasi online yang aku punyai, internet messenger, phone lock, pin atm dan lain-lain yang mempunyai kepentingan yang tinggi bagi aku.


Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

  1. menulis

    mungkin password sama, tapi guna email yang berlainan juga dapat membantu.
    contohnya password untuk facebook mungkin sama untuk secondary email kita, tapi email fb dgn secondary email kita lain-lain. Cuma yang penting, jangan reveal lah email tu.

    Mungkin sesetengah orang ada sampai 5 email, password cuma 3, so pandai2 lah “crosskan” benda tu :D

    Rasanya lagi senang ingat email dari ingat password.

    Amacam?

  2. menulis

    alah bisa tegal biasa. Kena istiqamah la. For the first time mmg kekok, lupa. Esok2 dh biasa. Susah sikit je, jgn smp susah kmudian hari. Dek kerana ‘x ingat’ (actually malas nak ingat panjang2 atau yg rumit), akhrnya dr sendr yg merana. Susah dulu pndptn, susah kemudian, baru padan. Hehehe. Sbnrnya password pnjg atau mix bkn isu, password ‘katalaluankutahun2010′ pun susah nak diteka. Bnyk web hosting risau lemahnya paswrd boleh rosakan server,+ ancaman ruang untk hack.

    • menulis

      terima kasih bro, aku stakat ni yang paling panjang melibatkan 20 digit dengan menggunakan konsep gabungan kata laluan seperti dalam artikel ni :D

    • menulis

      lupa tu dah jadi masalah yang sering dialami oleh kebanyakan orang, sebab tu kita cuba buat yang panjang, tapi ada pattern dia

  3. menulis

    salam, tmpang tambah. Selain huruf dan nombor, penggunaan simbol juga amat bguna. Antara simbol (aksara) yg jrg kta gunakan ialah space (jarak). Kbnykan database (md5, sha-1). Lg 1, elakan guna sesuatu yg berkaitan dgn peribadi spt no ic, telefon, atau nama ibu. Ini kerana, kbnykn social networking web ni, akan btanyakan password reminder mengenai peribadi kita, sdgkan peribadi kta itulah yg kta share kat twitter or fb.

    • menulis

      ehehe… sebab tu kalau guna pattern macam ni, kita jarang lupa, sebab dah ada rules yang kita follow, dan rules tu yang kita yang tahu ;)

  4. menulis

    Kata laluan aku pn byk gak..kadang2 smpi terlupe…anyway, thanks for the tips..cantek gak tuh, at least ade gak keyword tertentu utk ingat password..thanks bro!!

    • menulis

      sekadar berkongsi apa yang aku buat dalam kehidupan seharian, ada 2-3 template asas, dan kemudian pelbagaikan guna teknik yang aku kongsi tu… :) stakat ni memang kalau lupa pun, tak sesusah mana nak dapatkan balik.

    • menulis

      saya soalan untuk email yahoo saya memang saya dah tak tahu apa, sebab itu email pertama yang saya buat waktu zaman sekolah dulu. Kalau lupa kata laluan yang tu, memang lenyap jer laa email tu tanpa berkubur :)

  5. menulis

    nice tips bro. ada sesetengah yang aku dah biasa gunakan. ade juga tips baru yang aku baru dapat huhuhu. btw, kata laluan yang complicated memang sangat penting untuk elak dari di hack. macam dulu2 aku biasa pakai username sebagai admin. walaupun passwords very strong, tp still leh di hack disebabkan username yang sangat command. thanks bro!

    • menulis

      betul gak tu, username terutama untuk kat WordPress ni seeloknya ditukar kepada yang lain juga, jangan guna default admin. terima kasih juga atas peringatan username tu :D

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.

Trackbacks