Indahnya islam…
Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua,
harini masih di sintok, Kedah kerana urusan kerja yang masih belum selesai, insyaALLAH esok malam akan pulang semula ke Kota Bharu untuk meneruskan urusan lain seperti biasa. Tengahari tadi kebetulan aku tinggal bersendirian di tempat pelanggan menguruskan kerja yang perlu disiapkan. Apabila tiba tengahari, aku pun bersiap-siap untuk pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat.
Namun jam sudah menunjukkan 1:30 petang, rakan aku yang sepatutnya hadir untuk mengambil aku ke masjid tak kunjung tiba, tiada sesiapa di kawasan tersebut, aku pun mengambil keputusan untuk berjalan kaki walaupun aku memang tidak tahu di mana kedudukan masjid tersebut. Berjalan menuju jalan besar, melilau melihat kelibat orang yang menaiki pelbagai kenderaan ke arah yang berlainan menunjukkan masjid yang mereka tuju.
Aku teruskan perjalanan, kebetulan ada sebuah kereta avanza lalu di sebelah aku, dan dia membuat pusingan U beberapa meter di hadapan aku, dari cermin pemandu, aku nampak seorang lelaki berkupiah. Beliau sudah ke jalan bertentangan dan cuba memecut laju, aku mengangkat tangan melambai, dia sempat menoleh, namun kenderaannya sudah jauh melepasi aku. Syukur alhamdulillah, dia reverse avanzanya mendekati aku, aku pun bertanya lokasi masjid.
Pemandu tersebut yang aku kenali sebagai abang ibrahim itu mengatakan, masjid terletak jauh dari situ, mustahil untuk pergi berjalan kaki, aku pun memohon untuk menumpang kenderaannya. Abang Ibrahim tidak teragak-agak untuk menjemput aku naik untuk bersama-sama menuju masjid untuk solat Jumaat.
Tanpa sebarang soal jawab lanjut, abang itu sanggup menumpangkan aku walaupun aku adalah orang asing baginya. Hanya baru berkenalan beberapa saat, namun disebabkan persaudaraan sesama Islam, semuanya berjalan lancar kerana Abang Ibrahim tahu, tujuan kami berdua adalah sama, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang umat Islam.
Semoga jasa baik Abang Ibrahim akan di balas olehNya, jika tidak, pasti aku akan terlepas untuk menunaikan solat Jumaat. Indahnya kekuasaan Ilahi, selagi mana kita berusaha, Dia akan mempertemukan jalan tanpa kita duga. Sekadar ingin berkongsi pengalaman jumaat pada hari ini yang bagi aku begitu bermakna.
emm memang baik hati sungguh la abang tu kan..walaupun belum kenal sapa lagi, dah berani tumpangkan eizil..hehe..betul tu..indahnya silaturahim dalam islam..hehe
Hafizul menulis » Santapan Rohani – Kepentingan Mentaati Suami
Betul tu bro, memang baik abang tu, zaman sekarang ramai yang mengambil langkah membiarkan sahaja, tanpa berhenti pun… Syukurlah masih ada yang ingin menghidupkan amal makruh…
bantuan yang akan kita terima…kadang2 diluar jangkaan kita
yaa setuju..hehe
Hafizul menulis » Santapan Rohani – Kepentingan Mentaati Suami
niat kalau tulus suci murni insyaAllah Tuhan akan permudahkan urusan kita tu.. balik dari masjid tu jalan kaki ke bro?
Anarm menulis » Dulu Aku Kurus – #WordlessWednesday
balik tumpang abang tu juga… dia pesan dah sesiap suruh tunggu kat kereta dia… hehehe…
jika kita ada keikhlasan sesama kita seagama walaupun xkenal namun bila berjumpa dah tentu dlm hati kita telah anggap kita adalah bersaudara…
allah mempermudahkan hambanya jika kita yakin dgn Nya
segalanya indah tentang ISLAM=)
itulah nikmatnya orang islam..Allah permudahkan
Azydy menulis » 10 Gaya Lelaki Kacak Versi Aku
emm dalam kenikmata tu,ada lagi yang tak menghargai dan menghayati sebaik-baiknya..
Hafizul menulis » Wordless Wednesday #32 – Bila Si Dia Mula Menunjukkan Perangai
Allhamdulilah… kita saudara sesama Islam Eizil.. jauh sampai kesana erk… lama tak dengar khabar dari pakar php ni…
rizal menulis » Samsung I9300 Galaxy S III – Cantik dan Bergaya
Alhamdulillah…Allah permudahkan urusan Bro Eizil,
cikgu naman menulis » WW-Nak Jadi Model Ubat Gigi
alhamdulillah, walaupun nampaknya Abang Ibrahim pun dah terlewat(tu yang bawak laju), masih berhentikan keretanya utk tumpangkan bro
Peristiwa yang bro alami mengingatkan saya ketika berada diluar negara. Kalau jumpa orang seislam diluar negara tidak teragak-agak mereka akan menghulurkan bantuan. Nama Malaysia dan Dr. M cukup dikenali diluar negara.
akubiomed menulis » Kain tudung sudah sampai terima kasih kak Siti
alhamdulillah, Allah permudahkan urusan2 yang menuju ke arahNya
sweetkurma menulis » kak, tudung dah dapat…cantikkkk…tq kak…