Indahnya hidup bermadu

Assalamualaikum dan selamat pagi,

semalam seharian aku tidak dapat online disebabkan melayankan kerenah maduku, apakan daya, apabila hidup bermadu ni, perlulah meluangkan masa dengan seadilnya, tambahan madu yang ni sudah terlalu lama menjadi peneman hidup. Sudah lebih 3 tahun perhubungan yang dijalinkan. Syukur alhamdulillah, perhubungan yang dijalin mendapat restu semua pihak, jika tidak, pasti akan memberikan seribu satu masalah. Maduku ibarat nyawaku sekarang ni, tanpanya, mungkin aku tidak mampu untuk meneruskan kegiatan untuk menyara kehidupan dan sebagainya. Walaupun mungkin ramai yang tidak boleh menerima kehidupan bermadu ini, percayalah ianya adalah semata-mata untuk kebaikan. Janganlah sewenang-wenangnya kita melontar tohmahan demi tohmahan seandainya kita tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kejadian tersebut.

Semalam maduku jatuh sakit, aku terpaksa membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Disebabkan itu seharian aku tidak dapat online, kerana memberikan jagaan kepada maduku. Memang sukar rasanya hidup apabila dia jatuh sakit. Aku terharu apabila isteriku sudi meluangkan masa untuk pergi bersama-samaku untuk mendapatkan rawatan untuk maduku. Terima kasih aku ucapkan, walaupun mungkin beliau penat selepas pulang dari kerja, tapi bila ku ajak untuk ke hospital, tiada dolak atau dalih yang diberikan, isteriku menurut tanpa banyak bicara.

Setelah seharian menerima rawatan semalam, harini maduku telah sihat kembali. Aku pun boleh menjalinkan semula perhubungan yang terganggu disebabkan oleh kesihatannya yang kurang baik semalam. Semoga perhubungan ini akan berkekalan untuk beberapa tahun lagi. Terlalu banyak jasanya kepadaku selama 3 tahun perhubungan ini. Terima kasih aku ucapkan kepada maduku, Ruby.

q35rubinrot 3 small Indahnya hidup bermadu
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Cetak

Madu yang telah lama menghiasi hidupku


Kongsi Pendapat Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

Penafian: Semua pendapat di sini adalah tanggungjawab penulis komen tersebut, pihak Eizil.com akan memadam tanpa notis sekiranya terdapat komen yang berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.