Indahnya berbulan madu
Assalamualaikum dan selamat pagi,
alhamdulillah masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini, sentiasa mensyukuri dengan setiap kurnianNya. Usahlah kita terlalu sombong dengan usaha atau apa jua yang kita lakukan, kerana semua hasil yang kita terima adalah kurnian daripadaNya. Jarang sekali aku menulis mengenai kisah kehidupan aku secara terperinci dalam artikel-artikel di sini, namun kali ini aku ingin berkongsi pengalaman berbulan madu sepanjang tempoh perkahwinan aku dan isteri. Artikel ini ditulis adalah sebagai penyertaan Giveaway Ulangtahun Perkahwinan Kak Jie, semoga penyertaan ini akan diterima.
Aku menamatkan zaman bujang pada bulan Disember 2009, namun aku dan isteri tidak terus pergi berbulan madu, disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan kami terpaksa tunggu masa yang sesuai. Pada Mac 2010, kami mengambil keputusan untuk pergi berbulan madu, beberapa tempat menarik perhatian kami, namun akhirnya kami memilih untuk pergi ke Pulau Kapas sebagai destinasi bulan madu kami pada waktu itu.
Kami menuju ke jeti Marang dengan menaiki kereta, di jeti Marang, kami menuju ke kaunter pengurusan bot laju di situ, selepas membuat tempahan tiket, kami membeli sedikit bahan makanan untuk dijadikan bekalan di sana. Selepas menunggu beberapa ketika, giliran perjalanan bot laju kami tiba, tidak ramai ketika itu kerana kami pergi pada hujung minggu musim bekerja. Hanya ada tiga orang penumpang dalam bot termasuk aku dan isteri.
Pengalaman pertama kali menaiki bot laju memang menarik, pada mulanya aku tidak menjangkakan ianya akan begitu mencabar, apabila bot mula keluar dari teluk jeti menuju ke laut lepas, ombak yang ditempoh itu membuatkan hati ini sedikit sebanyak bergelora, secara spontan tangan aku memegang erat besi yang terdapat pada bot laju itu. Pemandu bot laju tampak bersahaja dengan cermin mata hitam dan pakaian lagak penggiat-penggiat pantai seperti dalam filem-filem di hawaii. Setelah beberapa ketika berada dalam bot laju tersebut, hati sudah mulai tenang kembali, permandangan yang cukup indah dinikmati dengan percikan demi percikan air laut yang dirasai disebabkan bot dipandu laju dan melambung-lambung apabila bertemu dengan ombak yang besar.
Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam, setibanya di Pulau Kapas, kami menuju ke chalet yang telah ditempah iaitu Chalet Makcik Gemuk, nama yang menarik perhatian menyebabkan kami memilih chalet ini. Chalet berhawa dingin menjadi pilihan kerana memikirkan cuaca panas di pantai. Selepas berehat-rehat, petang itu kami sekadar berjalan-jalan sekitar pulau dan apabila cuaca mulai redup, air yang sangat jernih di pantai menyebabkan kami tidak dapat menahan untuk berendam (aku sebenarnya yang terlebih seronok nak mandi pantai). Sepanjang kami di sana, memang tidak ramai pengunjung, ini membuatkan ianya destinasi yang baik untuk berbulan madu, kerana boleh memilih ruangan pantai yang agar terpinggir untuk mandi-manda bersama pasangan. Namun pulau ini hanya separuh daripada pulau ini boleh diterokai dengan berjalan kaki, separuh pulau lagi mengadap laut lepas dengan ombak yang besar dan batu-batuan.
Pada hari berikutnya, kami memikirkan apa aktiviti yang ingin dilakukan, kelihatan ada kaunter untuk menyewa peralatan snorkeling, namun pantai tempat kami menginap tidak mempunyak kawasan yang menarik untuk bersnorkeling. Nasib kami baik, semasa berehat di buaian berdekatan chalet, datang seorang pakcik yang agak berumur menghampiri kami, menawarkan perkhidmatan untuk membawa kami pusing pulau dengan botnya dan ke kawasan snorkeling yang menarik. Selepas berbincang mengenai harga, akhirnya kami pergi menaiki bot beliau yang diletakkan tidak jauh dari tempat kami duduk tadi. Jika sebelum ini menaiki bot laju yang berbumbung itu sudah agak mencabar bagi aku, kali ini kami menaiki bot yang tiada berbumbung, pengalaman yang lebih menggerunkan bagi aku apabila perlu mengharungi ombak besar, kerana paras bot dan aras hanya beza sedikit sahaja, dalam hati risau bot itu akan karam (imaginasi aku ni kekadang melebih-lebih).
Kami di bawa ke beberapa tempat yang menarik, pakcik yang gemar dipanggil cikgu itu membawa kami ke pulau berdekatan untuk melihat tempat penyu bertelur, ke tempat snorkeling, pusing keliling pulau dan bercerita mengenai pelbagai perkara. Memang berbaloi aku membayar perkhidmatan pakcik ini, kerana orang lain yang mengikuti rombongan snorkeling yang disediakan oleh chalet hanya berpeluang untuk pergi ke kawasan snorkeling semata-mata. Aku seperti mempunyai tourist guide peribadi yang membawa ke pelbagai tempat, tambahan semasa snorkeling, aku dan isteri di bawa arus ke tempat yang agak jauh, pakcik cikgu datang dengan peralatan kaki itiknya untuk membawa kami kembali ke bot.
Aktiviti malam di pulau ini memang boleh dikatakan hampir tiada, aku menghabiskan masa berehat sambil menikmati hidangan di restoren yang terdapat di sekitar pulau bersama isteri tercinta. Menikmati suasana malam yang menenangkan, jauh kelihatan kerlipan lampu neon di daratan. Semuanya memang menenangkan, kemudahan yang terhad di pulau ini memberikan aku peluang untuk menumpukan perhatian sepenuhnya bersama isteri. Tiada capaian internet, liputan telefon yang terhad, memberikan sepenuhnya ruang untuk melakukan aktiviti bersama.
Sudah menjadi seperti rutin, setiap tahun, kami akan pergi berbulan madu, sekiranya pada tahun 2010 kami ke Pulau Kapas, pada tahun 2011 pula, kami telah meluangkan masa berbulan madu di puncak gunung Jerai. Perjalanan yang tidak dirancang ini telah menjadi salah satu percutian yang sangat menarik bagi kami. Aku pernah berkongsikan mengenai percutian kami dalam artikel Cuti-cuti Malaysia: Puncak Gunung Jerai, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai percutian bulan madu kami di sana, bolehlah merujuk kepada pautan artikel tersebut.
Kini sudah hampir penghujung 2012, kami masih belum berbulan madu untuk tahun ini, mungkin ada yang mempertikaikan, asyik nak berbulan madu jer, mana ada orang berbulan madu setiap tahun. Itu pendapat masing-masing, bagi aku, percutian bersama isteri itu perlu, walaupun saban hari hidup bersama, tetapi apabila bercuti, peluang untuk dilayan oleh restoren ataupun menginap di tempat-tempat yang jauh dari rumah akan memberikan kami peluang untuk menikmati waktu bersama yang lebih berkualiti. Percutian di Malaysia tidaklah memerlukan bajet yang besar sekiranya anda pandai merancang percutian anda, pengalaman bercuti dengan bajet yang rendah memudahkan kami untuk pergi ke mana-mana kawasan rekreasi dan percutian di sekitar Malaysia. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk bercuti dengan bajet yang rendah, boleh bertanya kepada aku untuk tips-tips menarik untuk anda bercuti bersama pasangan anda.
Semoga dengan penyertaan ini, aku dan isteri berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan oleh Kak Jie, bolehlah berbulan madu di Legend Cherating pula pada hujung tahun ini. Penginapan tiga hari dua malam ( 3D2N) di Legend Cherating Resort ditawarkan oleh kak Jie kepada pemenang giveaway semperna Ulangtahun Perkahwinan kak Jie bersama suami. Aku doakan semoga perkahwinan kak Jie dan suami berkekalan sehingga selama-lamanya.



Wahhh bestnyer… Good luck..

Nurul menulis » Pizza Hut Cheesy 7 Tasting Party
Ooo ingatkan penceritaan semata-mata..rupanya masuk contest kak jie ekk..hehe..semoga berjaya..memang best berbulan madu kan..
Hafizul menulis » Karnival Kesihatan @ Jerteh Souq
Wahh..seronok berbulan madu kat situ
wazy menulis » Bertukar Kepada 4G Dan Nikmati Ganjaran Dari P1
Ini yang membuatkan aku tersenyum sorang ni.
Teringat plak zaman2 honey moon dulu,.. rasa macam nak honeymoon lagi la gamaknya,… 

shraqs menulis » Peluang Dapatkan Akaun MaxCDN 1TB Percuma
budget rendah tiada masalah nak pergi jauh kalau benar-benar bijak berjimat
suri menulis » Tersingkaplah Gerbang Cahayacinta.com
wahhh nampak best sangat2… sokmo2 bulan madunya hehe
sweetkurma menulis » selendang sarung terkini di kedai kak siti
Haha..tu la kan kak ct..pasangan yang bahagia memang mcm ni..hehe
Hafizul menulis » Karnival Kesihatan @ Jerteh Souq
bestnyaa tengok gambar tu.. rasa nak pergi
Suraya menulis » Letupan Gegarkan Kampung
cepat-cepat kumpul duit..nanti boleh bawa family pergi bercuti..snorkeling tu best..hehe
Hafizul menulis » Karnival Kesihatan @ Jerteh Souq
tertarik betul dengan nama chalet tu..hehe… =)
bardboo menulis » Hasil Scan Baby I.A
Tu la pasal kan..ada jugak idea kreatif mcm tu..hehe
Hafizul menulis » Karnival Kesihatan @ Jerteh Souq
Senangnya bisa berbulan madu dalam tiap tahunnya…
Mempererat tali kasih kasih antara suami dan istri dan juga menghilangkan kepenatan selama menjalankan aktifitas sehari-hari dan juga pekerjaan kita dalam kesehariannya, apalagi bila bulan madunya di tempat yang indah-indah seperti yang terdapat dalam foto di atas
Blog Keperawatan menulis » Penyakit Endokarditis
Ya memang benar pak!
Mummy Akmar menulis » Tema Harijadi Dengan Tutu Skirt
Bestnya tempat ni. Nampak tenang dan aman. Biru air laut. Suka pegi laut jugak. Tapi tak berani snorkeling! Haha
Mummy Akmar menulis » Tema Harijadi Dengan Tutu Skirt
Percutiaan ke pulau yang menarik. Ia adalah satu adventure.

akubiomed menulis » Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
chalet makcik gemuk… waaaahhh.. aku pun tertarik. lawa laaa pemandangan situ
KiD menulis » BE ke 22 dari Nuffnang
Ermmm.. memang menarik Pulau Kapas nih… Cuma kekadang kena tanya “partner” juga kemana tempat yg sesuai. Kena “partner” kaki shop-o-holic, usahkan pantai, pasir pantai pun tak nampak.. Berbulan madu sambil membeli belah.. huhu… Namun, dengan perkongsian sebeginilah yang berjya menambat hati “partner” untuk beralih angin… itu yg bes nya info sebegini…
irsah menulis » Analisa Keperluan Bines Niaga On-Line Guna Khidmat SEO Tambah Jualan
Seronoknya tengok eizil dapat berbulan madu dekat Pulau kapas..

Anuar menulis » Rahsia Kejayaan Pemenang Top 5 Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati
wah bestnya cuti2 Malaysia ni

kena pulak berbulan madu..
selamat berbulan madu bro
auc dot com menulis » Misteri “Crop Circle” di dalam Laut Jepun Terjawab
Memang sangat mengasyikan kalau bisa berbulan madu….
Dadan menulis » Kelom Geulis Khas Tasikmalaya
Namun….alhamdulillah selama 14 tahun menikah saya tak pernah melakukan perjalanan untuk berbulan madu
Dadan menulis » Kelom Geulis Khas Tasikmalaya
Karena buat saya sepanjang bulan dalam tiap tahun adalah bulan madu saya dan istri
Dadan menulis » Kelom Geulis Khas Tasikmalaya
Good luck eizil, apa kata next honeymoon korang ke pulau Sibu Johor?
Ajumohit menulis » Traffik tinggi tak menjamin dapat Buffered Earning
Pulau sibu? macam nama daerah kat sarawak pula. Sibu, sarawak.
Naziman menulis » Lajukan blog minify HTML, Javascript dan CSS tanpa plugin
murah rezeki dapat kesana..

z menulis » > Jejalan : Hat Yai Floating Market
Keindahan suasana amat mendamaikan,
Perjalanan honeymoon pasti diabadikan,
Menjadi satu titik penuh kemesraan,
Untuk bersama sehidup semati dlm kebahagiaan.
sensasi2020 menulis » Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
Hahah dia ni tak abis-abis berpantun nye
Mummy Akmar menulis » Tema Harijadi Dengan Tutu Skirt
Madu dihirup penuh sopan,
Untuk dibuat ramuan perubatan,
Berbulan madu cukup mengkagumkan,
Penuh simbolik dalam kisah bersuami-isteri dientrikan.
sensasi2020 menulis » Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
Indah bersama berbulan madu,
Indah lagi sinaran rembulan,
Apa yg diharap pada madu,
Jika kahwin bermadu jadi bualan.
Langkah berjalan bersimpang di depan,
Destinasi di tuju menjadi pilihan,
Berbulan madu jadi kenangan,
Abadikan dalam sebuah memori ingatan.
sensasi2020 menulis » Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.
Tabiklah kat Bro Eizil..dah banyak kali pergi honeymoon tu..
Hahahaha
Mummy Akmar menulis » Tema Harijadi Dengan Tutu Skirt